Showing posts with label Perubahan. Show all posts
Showing posts with label Perubahan. Show all posts

Friday, 20 March 2015

"Pemikiran Pemimpinan" PAS perlu perubahan, kata Nizar

Sabtu, 21 Mac 2015
Pimpinan PAS perlu perubahan, kata Nizar
AJK PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpendapat krisis parti berkaitan dengan pemikiran pemimpinnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015.

Perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini. 
"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya di Kuala Kedah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Ahmad dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.
Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.
"Bila PAS berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu."
Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menegaskan parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron.
Nizar berkata pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional. – Bernama, 20 Mac, 2015.
TMI
Read More

Monday, 1 April 2013

*Video Exist - Pasti Kau Ingin

Selasa, 2 April 2013
Pasti Kau Ingin
LAGU terbaru bertajuk "pasti kau ingin" sebuah lagu berentak rock dicipta oleh Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi dari kumpulan Exist. Suara penyanyi rasanya dinyanyikan oleh Joey, vokalist baru kumpulan Exist. Manakala drummer Ujang dan bassist Musa Radhi. Guitarist rasanya tentulah Along Exist. - milosuam
Top Comments
Rais Yatim
Rais Yatim 4 hours ago
Salam 1 malaysia
Saya amat tertarik dengan lagu ini.
Hari-hari saya asyik dengan lagu 1M4U.
Tapi lagu ni kurang elemen dangdut nya.3/5 bintang saya bagi.
Terima kasih.
Reply  · 64  

Najib Razak
Najib Razak 1 hour ago
Cilaka kau rais,dah malam-malam bikin darah aku naik.
Reply  · 17  

Rais Yatim
Rais Yatim 1 hour ago
April fool dato seri!!..kihkihkih

syhrl azim
syhrl azim 22 minutes ago
Hoii najib! bila nak bubar!!!!
Reply  · 2   in reply to Najib R

useree mn
useree mn 1 hour ago
TERRRBAIKKKK.....MUZIK YANG SEGAR...LIRIK YANG CANTIK....segenap sisi mahukan perubahan
Reply  ·  



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena