Showing posts with label Politik Matang. Show all posts
Showing posts with label Politik Matang. Show all posts

Monday, 20 November 2017

[Video Rakyat Sabah Tak Bodoh Terima Dedak Dan Tangki Air 1 M'sia] BERKECUALI? Adakah 2 MP Pas tak peduli DERITA pengundi sendiri? Itukah sebahagian politik matang dan sejahtera?

Selasa, 21 November 2017

Image result for Gambar Tangki air 1 malaysia

ANTARA BERKECUALI DAN SEDAR DIRI, ADAKAH DUA AHLI PARLIMEN PAS TAK PEDULI DERITA PENGUNDI SENDIRI?

Jika tidak kerana sikap berkecuali dua Ahli Parlimen Pas dalam pengundian peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Rakyat malam tadi, Bajet 2018 pasti akan menyaksikan ia ditolak buat pertama kalinya.

Dalam pengundian belah bahagi yang dijalankan, itu pun setelah dilengah-lengahkan oleh Timbalan Speaker untuk membolehkan beberapa Ahli Parlimen BN memasuki Dewan, kerajaan mendapat 52 undi manakala pembangkang beroleh 51 undi.

Dua Ahli Parlimen Pas yang berkecuali sehingga menyebabkan BN mendapat kelebihan satu undi itu ialah Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang).
Meskipun demikian, oleh kerana pengundian berkaitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu melibatkan beban kos sara hidup rakyat, enam Ahli Parlimen Pas telah menunjukkan keprihatinan mereka dengan turut mengundi menolak bajet tersebut.

Enam Ahli Parlimen Pas yang berbuat demikian ialah Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Marzuki Shaary (Bachok), Wan Hassan Wan Ramli (Dungun), Nik Mazlan Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Hussin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).

Memetik kenyataan Mahfuz, pendirian mereka menolak pengundian bajet peringkat jawatankuasa kali ini, sebagaimana yang diberitahu kepadanya, adalah kerana ia melibatkan soal kos kehidupan rakyat.
Sekurang-kurangnya, meskipun berkecuali dalam pengundian Bajet 2018 untuk bacaan kali kedua sebelum ini, enam Ahli Parlimen Pas tersebut ada keprihatinan tersendiri dan sedar diri terhadap tanggungjawab serta amanah sebenar di bahu mereka.
Apakah sikap Idris Ahmad dan Sifi Zailah yang berkecuali itu menunjukkan mereka tidak peduli langsung berhubung kenaikan kos sara hidup yang turut dideritai oleh pengundi pengundi Bukit Gantang dan Rantau Panjang?

Apa pun, pendirian dua Ahli Parlimen Pas itu tersebut secara nyata memperlihatkan kecondongan  yang memihak kepada UMNO, BN dan kerajaan berbanding kepedulian terhadap rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.

Itukah sebahagian politik matang dan sejahtera? (ShahbudinHusin 21/11/2017)
Read More

Monday, 3 July 2017

[Video Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal] POLITIK MATANG? Dedak Oh Dedak! Umno Pasti Gumbira & 'Bodo bertingkat-tingkat' Rahman ni sukar dibendong?

Isnin, 3 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
"Pas Pulau Pinang berpegang pada prinsip dan BUDAYA POLITIK MATANG dalam menempuh PRU-14 nanti." -Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

POLITIK MATANG ???
Dedak Oh Dedak !!!
Umno Pasti Gembira..
Foto Suara Rakyat.
Suka Halaman Ini · Semalam 
Kenyataan Media - 30 Jun 2017
Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Kami menafikan segala dakwaan GERAKAN terhadap isu terowong dasar laut, yang mana laporan SPRM telah dibuat dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2016 lagi tanpa sebarang tindakan yang diambil terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

FAKTA:
1) Bodo bertingkat-tingkat Rahman Dahlan ni sukar dibendong.. SPRM dah siasat sejak Jun 2016 lagi.. nko baru bangun tidor ker ATAU MALAS BACA BERITA ??!

2) Asal saja #UMNOWajibBodoh.
Read More

Wednesday, 17 May 2017

[Video Tun M - "Gembira Balik Parlimen Kubang Pasu" BERGEGARRR Dgn Lautan Manusia] PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta-merta! "Tahniah PKR. Inilah yg dikatakan politik MATANG".

Rabu, 17 Mei 2017

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH telah menambah 4 foto baru
21 jam
TERKINI: Lautan manusia memenuhi tapak ceramah Jelajah Semarak bersama Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz di Parlimen KUBANG PASU.
#GegarKedah
Foto Mukhriz Mahathir FC.
Gambar dari udara ketika Jelajah SEMARAK 3M berlangsung di Jitra, Kedah malam tadi.

Lebih 7 ribu orang mai.. Alhamdulillah. Sama2 kita membuat perubahan!

#HarapanKedah

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta

PKR membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.
Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Sementara itu, beliau memaklumkan, kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kembali daripada lawatan kerja di luar negara.
"Kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan PKR bersama Datuk Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara," katanya.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Sejak perkara itu diputuskan, Azmin belum memberi sebarang kenyataan tentang nasib tiga Exco Pas yang berada dalam barisan Kabinet Negeri Selangor.
Isnin lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka meletak jawatan oleh Azmin.
Selain itu, Wan Azizah berkata, meskipun PKR menerima keputusan Pas membatalkan kerjasama politik tetapi PKR menolak alasan-alasan yang diberikan Pas.
"PKR menerima keputusan Pas yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan.
"Ini walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti," katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.
Justeru, katanya, PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendukung agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Read More

Monday, 21 November 2016

[Video Merah & Kuning 'Kami makan, tidur bersama dalam satu sel selama 3 hari'..."Ni lah Politik Matang namanya!" Habih la Jamal.

Isnin, 21 November 2016








Pemimpin BERSIH, Baju Merah 'mesra' lepas ditangkap bersama

Sebelum BERSIH5, ramai bimbang berlaku pertembungan antara peserta BERSIH dan kumpulan Baju Merah.
Bagaimanapun, lain pula keadaannya selepas perhimpunan besar itu, sekurang-kurangnya bagi anggota wakil rakyat pembangkang Howard Lee dan exco Pemuda Umno Datuk Armand Abu Hanifah.
Selepas dibebaskan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi dan bercakap kepada media petang ini, Armand kelihatan menyeberang jalan dan terserempak dengan Lee yang dibebaskan lebih awal.
Mereka kemudian bersalam dan berpelukan mesra, malah Armand sempat bergurau untuk menukar pakaian.
“Sebenarnya kami nak tukar.

"Dia patut pakai baju merah, saya pakai BERSIH, tapi malangnya saiz tak sama,” seloroh Armand, yang lebih berisi.
Mereka berdua juga sempat beraksi bersama-sama di depan lensa jurugambar.
Sebelum ini, gambar suasana mereka ketika berada dalam trak polis turut beredar di Internet.

Dalam gambar itu, Armand turut bergambar dengan pegawai BERSIH Mandeep Singh, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam dan aktivis Hishamuddin Rais.
Terdahulu dalam sidang media sebelum ini, Armand ditanya berkaitan penglibatan anggota Umno dalam himpunan Baju Merah.
Beliau berkata Umno tidak menghalang anggotanya hadir himpunan itu.

Ditanya jumlah kehadiran anggota Umno, beliau bagaimanapun berkata tidak membawa mesin kira.

“Saya tak bawa kalkulator. Saya tak bawa kalkulator,” katanya.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena