Showing posts with label Rampas Selangor. Show all posts
Showing posts with label Rampas Selangor. Show all posts

Friday, 25 August 2017

[Video Gunakan Isu 'MAMALI' utk TOLAK Mahathir & HARAPAN!] Najib-Hadi bincang pakatan RAMPAS Selangor! Krikk.. Krikk.. Krikk..Apa komen rakyat/pengundi di Selangor? Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor.

Sabtu, 26 Ogos 2017
Foto Suara Rakyat.
Krikk.. Krikk.. Krikk..

Apa komen rakyat/ pengundi di Selangor..

Foto Suara Rakyat.


DAHULU..
Pada 29 Disember 2012 Hadi Awang harap TV3 & RTM1 beri peluang 1 jam perjelas ‘Amanat Hadi’ di TV.

SEKARANG..
Anak Hadi Awang pula harap bapaknya diberi peluang 1 jam perjelas ‘Amanat Hadi’ di TV.

Adalah lebih baik tunggu shj RCI Memali itu ditubuhkan dan boleh perjelaskan kesemuanya yg berkait dgn Insiden Memali itu termasuklah 'Amanat Hadi' di RCI tersebut. Kerana masa itulah segala bukti2 akan didedahkan.

KENAPA nak masih lagi nk harap bantuan media2 pro UMNO sedangkan PAS sendiri sokong untuk boikot TV3 sebelum ini sejak 2008 lagi..

NAMPAK TAK !!!

Kami di SR mengalu-alukan penubuhan RCI Memali supaya rakyat tahu kebenaran mengenai peristiwa berdarah pada November 1985 itu.

Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor

Rafizi Abdul Hadi
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan akan dakwaan mengatakan Pas-Umno merancang merampas negeri Selangor sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar  berbahasa Inggeris hari ini.
Beliau berkata, laporan akhbar News Straits Times itu memberikan kesan besar kapada negara kerana mempengaruhi perkembangan politik di dalam perngkat PKR dan Pakatan Harapan (PH).
"Laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat Keadilan dan PH.
"Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon)," ujarya dalam kenyataan.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar tersebut antara lain melaporkan Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama Pas-Umno untuk merampas negeri Selangor
Turut dilaporkan dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama Pas-Umno dan turut dilihat mengunjungi pejabat perdana menteri beberapa kali. Malah Najib didakwa kerap bercakap dengan Abdul Hadi memalui telefon semasa beliau menjalanai rawatan pada Mei lalu.
Termasuklah satu dari perancangan ialah supaya Pas bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan.
"Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini," tegasnya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan sudah tiba masanya perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan Keadilan mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
"Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk Pas walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran Keadilan  (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk Pas.
"Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh Invoke yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada Keadilan dan PH dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dengan segera.
"Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam Keadilan untuk menjayakan rundingan
mereka dengan Pas dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan
yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman Pas Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan
pada hari ini yang membayangkan kerjasama Pas-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam Keadilan ke arah memuktamadkan
pendirian Keadilan mengenai Pas dan komitmen Keadilan kepada Pakatan Harapan.
"Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada
titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi Keadilan yang lebih besar (bukannya
diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
"Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian Keadilan mengenai kerjasama dengan Pas  dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang, " ujarnya.
Read More

Wednesday, 29 June 2016

Tengok neh! 'PAS Tak Keberatan Bantu BN Rampas Selangor.

Rabu, 29 Jun 2016

'PAS Tak Keberatan Bantu BN Rampas Selangor Jika Terus Sendirian'

Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Beliau berkata berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.

“PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan.

“Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ia bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

“Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Melihat kepada kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar itu, Khalid berkata, PAS sepatutnya berunding dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekiranya mereka menganggap BN sebagai sebuah parti lawan dan ingin menjatuhkan parti berkenaan.

"PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini.

"Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendirian dan Pakatan Harapan terdiri dari tiga (parti), PAS yang berpecah dan berasingan.

"Oleh itu, sekiranya PAS melihat BN sebagai lawannya dan menjatuhkan BN penting demi kepentingan rakyat dan negara, sudah pasti paling tidak PAS akan berunding dan berkerjasama dengan Harapan atau pun menyertainya seperti sebelum ini di dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, BN berjaya mengekalkan kerusi di kedua-dua parlimen itu.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menewaskan tiga calon lain daripada AMANAH, PAS dan Bebas dengan majoriti 6,969 undi.

Manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menewaskan calon PAS dan AMANAH dengan majoriti yang meningkat sebanyak 9,191 undi.
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena