Showing posts with label SOSMA. Show all posts
Showing posts with label SOSMA. Show all posts

Monday, 28 November 2016

Sosma: Maria Chin bebas selepas ditahan selama 10 hari...."Malam ini vigil tetap berjalan di Dataran Merdeka, meraikan pembebasan Maria".

Isnin, 28 November 2016


USD 1 = RM4.80??..huhu

Sosma: Maria Chin bebas

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.Beliau dibebaskan selepas ditahan selama 10 hari.
“Maria bebas! Saya baru sahaja bercakap dengan Maria. Beliau bebas," kata ahli jawatankuasa pemandu Bersih Mandeep Singh.
Bagaimanapun menurutnya himpunan di Dataran Merdeka akan berjalan seperti biasa malam ini bagi meraikan pembebasan Maria.
"Malam ini vigil tetap berjalan," katanya.
Read More

Monday, 21 November 2016

"SETIAP MALAM kita turun ke Dataran Merdeka pula" Himpunan #BebasMaria #MansuhSOSMA Di Dataran Merdeka...Pilu lihat ibu teraniaya, anak Maria buat laporan polis.

Isnin, 21 November 2016


Kita akan berkumpul di Dataran Merdeka SETIAP MALAM sehingga Maria dibebaskan. #BebasMaria#MansuhSOSMA
Joint Action Group for Gender Equality (JAG)
Media Statement, 21 November 2016
Stop the Intimidation and Release Bersih Chairperson, Maria Chin Abdullah

Himpunan #BebasMaria #MansuhSOSMA Di Dataran Merdeka

SOSMA: Pilu lihat ibu teraniaya, anak Maria buat laporan polis

21 November 2016
slide1
Read More

Tuesday, 13 October 2015

SOSMA 2012 - Inilah UMNO/BN...yang dipilih oleh pengundi untuk menjaga Malaysia.

Selasa, 13 oktober 2015

SOSMA 2012 - Inilah UMNO/BN..!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNwbOsuDoekfo7g2hUOpL4lHdJC_LTR_CyPFa4tLmw6z0AQiPlzpH7g6pD-Kvop_jgjyT4cvcVOZZiyhUyuSkcmAXttzu3C6rmw8UzZkCguLxgWI85n1XJMePyy999dbhAySEN_M5Ho-hi/s1600/470x275x42a23bd293774d62231cd1647a5a1754.jpg.pagespeed.ic.iMV98aYJN0.jpg
Muhyiddin Yassin semalam bersama Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Shafie Afdal dalam sidang media menyatakan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA adalah akta yang zalim dan telah disalahguna.

Hari ini Dato' Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN melalui Twitternya menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin semasa menjadi Ketua Whip BN di Parlimen bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen Umno/BN mengundi menyokong Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang kemudiannya menjadi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 setelah berjaya diluluskan dengan sokongan penuh Ahli Parlimen Umno/BN.

Inilah Umno/BN yang dipilih oleh pengundi untuk menjaga Malaysia.
Inilah Umno/BN yang diharapkan menjaga kesejahteraan Malaysia.
Inilah Umno/BN yang masih meminta rakyat Malaysia memberikan mereka kuasa memerintah Malaysia.

Semasa mereka berkuasa, mereka lakukan apa saja...
Apabila ada di kalangan mereka tidak berkuasa dan bersengketa, baru mereka kata dan sedar apa yang mereka lakukan semasa mereka ada kuasa dahulu adalah zalim kepada rakyat.
Apabila ada di antara orang-orang mereka yang melalui azab yang mereka cipta semasa mereka berkuasa, barulah mereka kata ini semua zalim.

Kenapa semasa menggubal Akta ini dulu diminta sokong dan dikatakan baik untuk Malaysia?
Kenapa sekarang apabila tidak berkuasa dan ada kawan sendiri yang dianiaya baru nak kata Akta ini zalim dan disalahguna?

Kami sudah bagitahu dari awal dulu lagi....
UMNO/BN ini jahat!!!
UMNO/BN ini hanya menjaga kepentingan diri sendiri!!!

Cukuplah percaya kepada Umno/BN...
Cukuplah beri ruang kepada Umno/BN...

Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi, Tun Mahathir, Ku Li dan semuanya, mereka itu UMNO..... Selagi mereka itu Umno, mereka tetap JAHAT!!!

Pastikan Umno kecundang!!

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
13102015

KedahLanie.
Read More

Monday, 12 October 2015

SOSMA - Dr Mahathir, Ling Liong Sik, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Razaleigh, Ong Tee Keat & Sanusi Junid dah buat KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Isnin, 12 Oktober 2015

Kenyataan Media Bersama - Muhyiddin Yasin, Tun Dr Mahathir , Ling Liong Sik, Tengku Razaliegh , Sanusi Junid , Shafie Apdal , Ong Tee Keat

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...
 Media Terus - Tanpa Spin
Read More

Tuesday, 29 April 2014

Obama dah balik: SOSMA mengganas 10 ditahan Akta Drakonian

Rabu, 30 April 2014
Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian 
Kenyataan Media
30 April 2014

Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.  
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. 

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?
 
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku. 

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.

Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia - See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2014/04/bodek-amerika-rakyat-jadi-mangsa-undang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29#sthash.JHPh9Dji.dpuf
Read More

Tuesday, 31 December 2013

Eddy Gordo ditahan bawah SOSMA kerana cetak baju perhimpunan 31 Disember...

Selasa, 31 Disember 2013

Uniform baru askar Taiwan macam alien

Posted by 

Seorang aktivis yang berniaga kecil-kecilan mencetak baju dan menerima tempahan secara terbuka telah ditahan oleh polis di bawah SOSMA

Eddy Gordo ditahan di rumah sewanya di Seri Kembanag oleh beberapa orang anggota polis dan diserahkan kepada Bukit Aman.

Polis turut menggeledah rumah sewa berkenaan, merampas t-shirt jualan dan difahamkan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Bukit Aman.

Tindakan polis dilihat seperti cuba mengalihkan isu sebenar yang ingin diutarakan rakyat iaitu tuntutan agar lerajaan segera menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat,
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena