Showing posts with label SUARA ANAK MUDA. Show all posts
Showing posts with label SUARA ANAK MUDA. Show all posts

Friday, 9 June 2017

[Video Suara Anak Muda Kelantan] Pemimpin Pemuda Amanah mungkin direman esok.

Jumaat, 9 Jun 2017

Pemimpin Pemuda Amanah mungkin direman esok

 | ARIF ATAN
Shazni Munir Mohd Ithnin
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin dijangka direman esok di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk lanjutan siasatan kes di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan.
Peguam Biro Undang-undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim berkata demikian selepas melawat Shazni di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang tadi.
Seksyen 341 merujuk kepada kesalahan "menghalang mana-mana orang dengan salah" dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
"Alhamdulillah, Shazni sihat dan masih bersemangat untuk tumbangkn rejim Umno-BN.
"Shazni masih belum disoal siasat sejak dia ditahan di Wisma tengah hari tadi. Alasan polis nak kena tunggu saksi (pegawai komunikasi korporat/pengadu) datang IPD bagi keterangan," ujarnya.
Wan Anwar Wan Ibrahim Beliau yang hadir bersama Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, Shazni akan ditahan di lokap IPD Putrajaya malam ini untuk tujuan siasatan.
"Insha Allah saya akan lawan reman dia esok. Isteri Shazni telah dimaklumkan tentang perkembangan kes," kata Wan Anwar lagi.
Terdahulu, tiga anggota polis berpakaian preman menahan Shazni di Wisma Amanah Negara di ibu negara kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi walaupun pada mulanya mereka dimaklumkan datang untuk merakam kenyataan.
Beliau ditahan polis susulan daripada protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu berhubung bantahan memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT), 23 Mei lalu.

Read More

Thursday, 10 March 2016

Jom raikan SUARA ANAK MUDA..."dgn bdk pun jibby dh takut"...Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK.

Khamis, 10 Mac 2016
Jom raikan SUARA ANAK MUDA....

UNIMAS uni ke-3 yg banned johan pendebat asia utk berceramah.....dgn bdk pun jibby dh takut kahkahakah!

Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham, United Kingdom mengemukakan petisyen kepada pihak universiti bertujuan melobi institusi tersebut untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding di kampus Raja Meadow. – Gambar fail AFP, 10 Mac, 2016.
Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham, United Kingdom mengemukakan petisyen kepada pihak universiti bertujuan melobi institusi tersebut untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding di kampus Raja Meadow. – Gambar fail AFP, 10 Mac, 2016.

Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK 

Petisyen, yang dikemukakan Cassandra Hooi dalam web www.change.org, Persatuan Pelajar Malaysia di universiti itu bertujuan melobi institusi tersebut untuk mengeluarkan potret setinggi 2 meter tersebut dari dinding di kampus Kings Meadow.
Hooi berkata petisyen itu merupakan "satu luahan bersama berhubung  tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang  mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya peribadinya."
"Tindakan yang mudah mampu menghantar mesej yang kuat kepada PM kita yang sudah tiba masanya untuk beliau menjawab dengan benar dan jelas mengenai dakwaan tersebut.
"Universiti Nottingham berkongsi hubungan baik dengan PM, beliau adalah alumni di sini, oleh itu sejurus selepas potret itu dikeluarkan secara umum, ia akan menjadi simbol yang kuat dan signifikan berhubung perbezaan pendapat bersama, mengenai jawapan PM yang tidak memuaskan kita," katanya dalam petisyen itu.
Najib menuntut di Universiti Nottingham sebelum kembali ke Malaysia pada usia 23 bagi bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen selepas kematian bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. Beliau kekal sebagai ahli Parlimen Pekan sejak itu, dan menjadi perdana menteri pada tahun 2009.
Laman web universiti itu menyenaraikan Najib sebagai salah satu "alumni terkenal" mereka.
Petisyen Hooi itu disertakan gambaran keseluruhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal kewangan yang menjadi berita utama antarabangsa dan mendapat respons "kurang diingini" kerajaan berhubung kegagalan itu.
Petisyen itu juga menekankan penggantian peguam negara di tengah-tengah spekulasi terdapat kertas pertuduhan digubal terhadap Najib, rombakan Kabinet apabila beberapa ahli Kabinet mula mengkritik beliau dan jawapan tidak memuaskan oleh kerajaan sebagai tindak balas kepada status wang dan sumbernya.
"Sehingga kini, PM masih tidak bertanggungjawab terhadap transaksi kewangan itu. Peguam negara yang baru dilantik memutuskan untuk tidak mengenakan dakwaan kepada sesiapa, dengan menyatakan wang yang diterima adalah sumbangan politik semata-mata.
"Etika tuntutan seperti itu sudah pasti dipersoalkan tetapi malangnya, dengan keengganan peguam negara untuk mendakwa PM, kita ditinggalkan dengan satu keadaan yang membolehkan PM kita tidak perlu untuk menjawab soalan pengubahan wang haram yang disyaki itu.
"Sebagai rakyat biasa, ramai di antara kita mungkin berasa tidak berdaya untuk mengharapkan Najib bertanggungjawab terhadap wang dalam akaun bank peribadinya itu," petisyen itu dibaca.
"Secara kolektifnya, kita mempunyai lebih banyak kuasa untuk bersuara daripada kita sedar menentang perkara ini . Sebahagian daripada anda mungkin sedia maklum, di Universiti Nottingham, United Kingdom (UK), terdapat potret besar perdana menteri kita pada salah satu dinding daripada kampus (Kings Meadow) yang berada pada ketinggian 2 meter."
Pemohon petisyen itu berkata, usul Persatuan Pelajar Malaysia untuk melobi universiti itu untuk mengeluarkan potret berkenaan akan dikemukakan pada Rabu depan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan tersebut.
Tarikh akhir untuk mengemukakan usul untuk dibahaskan semasa AGM adalah hari ini.
"Kami sedar usul itu mungkin tidak boleh diluluskan untuk perbahasan, maka petisyen ini memerlukan lebih daripada 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada masyarakat isu ini adalah berbaloi untuk dipertimbangkan di AGM.
"Jika usul itu diluluskan, ia akan dibahaskan semasa AGM dan sama ada ia akan diluluskan, akan tertakluk kepada sebarang undi majoriti (iaitu diharapkan, potret itu diturunkan)," kata petisyen itu.
Pada 3.30 petang, petisyen itu sudah mendapat lebih 800 tandatangan.
Ia juga menggesa pelajar Universiti Nottingham untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar Malaysia untuk mengundi pada AGM, minggu depan. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/persatuan-pelajar-kemuka-petisyen-keluarkan-potret-najib-di-universiti-nott#sthash.XvBcLo5U.dpuf

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena