Showing posts with label TERIMA DUIT UMNO. Show all posts
Showing posts with label TERIMA DUIT UMNO. Show all posts

Friday, 9 March 2018

[Video Pendedahan Bekas AJK PAS & Dakwaan Nik Abduh Terima Duit Umno!] CARPET MERAH menanti Jho Low? Beban kepada najib sudah tiada, legaa & ROS beri amaran bubar BERSATU.

Jumaat, 9 Mac 2018

CARPET MERAH MENANTI JHO LOW DAN TOLONG KEMPEN UNTUK BN



Beban kepada najib sudah tiada, legaa..

Berpindah kepada tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan ke tangan buat roadsh

Tangkap mereka yang membuat fitnah dan hasutan ke atas jho low dan PM.
ow ke seluruh negara bagi menjelaskan jho low dan imdb tiada kaitan.
Rakyat harus berbangga mempunyai seorang KPN yang lebih baik dari KPN² sebelumnya. Sepantas kilas membuat keputusan walaupun baru ambil alih jawatan KPN.

Paling penting PRU sudah boleh di adakan untuk menang besar !


Bertambah tambahlah integriti kita di seluruh dunia. Tuduhan dunia nyata sampah.

# Menggunakan bahasa yang indah tidak mengurangkan sedikit pun message yang mahu disampaikan.

Posted by 

ROS beri amaran bubar BERSATU


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah mengeluarkan satu notis kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan itu.
Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim (bawah) berkata notis itu, yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 dan berkuat kuasa pada 28 Feb lepas, diserahkan kepada Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh.
Beliau berkata notis itu dikeluarkan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota-anggota BERSATU kepada pihak ROS dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan mengenainya.
"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa notis yang dikeluarkan itu adalah suatu notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.
Surayati berkata walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi BERSATU memberikan maklum balas, namun ROS memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari kepada BERSATU memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat dan dokumen yang diminta.
"Sekiranya pihak BERSATU gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta sebagaimana notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2), tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas BERSATU,” katanya.
- Bernama
Malaysiakini.

Read More

Friday, 11 August 2017

[Video 'Perang Dingin' PRESIDENG KATA BOLEH TERIMA DUIT UMNO - Pemuda Pas] Kaji selidik tunjuk PH mampu ambil alih Kedah.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Kaji selidik tunjuk PH mampu ambil alih Kedah, kata Rafizi

Pakatan Harapan (PH) mampu menerajui Kedah sekali lagi  seperti yang diraih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-12.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sambutan yang amat memberangsangkan kepada PH di negeri Jelapang Padi itu.
Naib Preisiden PKR Rafizi Ramli berkata, keyakinan yang dizahirkan bukan merupakan suatu telahan semata-mata, malah ia adalah bersandarkan kepada kempen, turun padang dan pertemuan dengan rakyat negeri itu.
"Selain itu kita juga optimis berdasarkan kepada gerak kerja yang dilaksanakan oleh jentera PH.
"Ini turut berkait rapat dengan kaji selidik yang dilakukan setiap bulan sejak sekian lama.
"Ia menunjukkan bahawa Kedah mampu untuk dirampas kembali dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi," katanya dalam program Jelajah Invoke 'Bina Semula Negara' di Alor Setar semalam.
Peluang lebih besar 
Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, walaupun kewujudan pertandingan secara tiga penjuru, PH masih mempunyai peluang bagi memenangi banyak kerusi yang dipertandingkan di Kedah.
"PH akan berusaha semaksima mungkin bagi memastikan lebih banyak kerusi yang akan dimenangi dalam pilihan raya ke-14 nanti.
"Yang menjadi sasaran kita ialah memenangi sebanyak mungkin kerusi sehingga menjadikan Umno dan BN sebagai pembangkang yang baru.
"Kedah bukan saja berpotensi untuk dimenangi oleh PH jika dibezakan dengan negeri-negeri lain, sebaliknya mempunyai peluang yang lebih besar kali ini, " tegasnya lagi.
Selain itu katanya, rakyat Kedah semakin muak dengan pelbagai kerenah dan ketirisan yang menjadi amalan pimpinan Umno dan BN ketika ini.
"Yang hidup dengan kais pagi makan pagi, masih ramai tanpa mendapat pembelaan dari kerajaan.
"Nasib penoreh getah sehingga kini masih lagi tidak dapat dibela oleh kerajaan termasuklah di negeri Kedah.
"Selagi Umno dan BN memerintah, maka selagi itulah nasib rakyat tidak akan berubah dan berada ditakok lama," tambahnya.
Justeru, kata Rafizi, bagi merasai nikmat perubahan yang lebih baik, maka Umno dan BN mesti ditumbangkan tanpa menanti masa yang lebih lama lagi.
Oleh itu beliau menyeru rakyat Kedah bangkit menolak kerajaan Umno-BN dan juga kerajaan pusat yang sedang memerintah kini jika mahu nasib mereka berubah.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan kepimpinan AMANAH, Bersatu dan DAP Kedah.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena