Showing posts with label TG Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label TG Nik Aziz. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

[Video] Ikut sunah ketika ziarah pusara Nik Aziz...

Ahad, 14 Februari 2015




memang suasano di situ panas tapi dop panas .. ambo sendiri ado di situ..


(gamba masa sblm masuk tanah perkuburan)



Ikut sunah ketika ziarah pusara Nik Aziz

KOTA BHARU - Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.

"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Tinjauan Bernama di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini, mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun.

Adun Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada 11.30 pagi semalam. - Bernama

Photos from Otai Reformasi's post



Tolong bagi komen yg baik2 je...ok




Fakta pasal awan membentuk khalimah Allah dan awan mendung sekitar pengkebumian Arwah Tok Guru yang dikatakan edit oleh pihak yang pertikai kejadian kekuasaan Allah...






Read More

Thursday, 12 February 2015

[Video] Solat Jenazah Tuan Guru...Sekitar Pengebumian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Murabbi Kesayangan Umat

Jumaat, 13 Februari 2015
Jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, dibawa ke Masjid Pulau Melaka untuk disembahyangkan oleh orang ramai pagi tadi. - Foto Bernama
Nik Aziz disemadi sebelah pusara bapa



Sekitar Pengebumian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Murabbi Kesayangan Umat


Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu. 

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer. 

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini. Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan. 

LAPORAN LANGSUNG 10.15am: Bagi Normadiah Abdul Rahman, 59, beliau sedih dan terharu melihat puluhan ribu yang menunaikan solat jenazah itu. 

Sambil menangis, dia yang tinggal di Kampung Senang, Pulau Melaka berkata, jasa Nik Aziz akan sentiasa diingati, memandangkan mursyidul am PAS itu menyerahkan seluruh kehidupannya untuk Islam. 

"Saya tak pernah lihat ramai sangat solat begini. Saya takut tak ada yang boleh ganti dia. Hidup dia untuk Islam," katanya sambil mengesat air mata. 

10am: Ribuan menunaikan solat jenazah. Mereka bersolat di sepanjang jalan sehingga ke masjid Tok Guru. 

Selepas selesai, mereka mula berarak menuju ke tanah perkuburan. 

9.50am: Ketibaan ustaz popular Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana seketika. Rata-rata teruja ketika Ustaz Azhar menuju ke perkarangan masjid. 

Dan pada ketika ini juga, orang ramai sedang bersedia untuk menunaikan solat jenazah. 

9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru. 

Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid. 

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman. 

Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu". 

9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz. 

Katanya, ia adalah atas pemintaan keluarga Nik Aziz. 

Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang. 

9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk berucap kepada orang ramai. 

Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat. 

Nik Aziz, tambahnya bukan sahaja dihormati oleh orang Islam tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam. 

9.05am: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid. 

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini. 

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim. 

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan. 

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar" 

9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 

8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa. 

Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir. 

Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid. 

8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang. 

Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar. 

Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi. 

8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan. 

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz. 

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah. 

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz. 

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz 

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ. 

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.

Addin:

Allah SWT sudah muliakan Tuan Guru Nik Aziz di dunia lagi.. ramai tangisi pemergiannya.. wallahualam...

Posted by 
Read More

Monday, 19 January 2015

Nik Abduh - Gambar lama tu...TG Nik Aziz hanya uzur biasa

Isnin, 19 Januari 2015
Anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyatakan keadaan ayahnya itu hanya uzur biasa dan haya berada dalam keadaan keletihan.

Beliau berkata demikian melalui posting terbaru laman Facebook milik ayahnya itu bagi mengulas mengenai sekeping gambar yang tersebar di media sosial yang menyatakan Nik Aziz kini tenat.

Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, ayahnya hanya dalam keadaan uzur biasa dan keletihan setelah menjalankan aktiviti di rumah.

“Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan.

“Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya-Allah,” katanya.

Beliau turut memohon maaf bagi pihak keluarganya kerana Nik Aziz yang kini berusia 83 tahun memilih untuk tidak diziarahi untuk berehat secukupnya.

“Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.

“Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyebaran gambar berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gambar itu adalah gambar lama.

“Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut,” katanya.

Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa lapor RakyatPost
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Tuesday, 25 March 2014

MH370: "Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” - TGNA

Selasa, 25 Mac 2014

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Tragedi Pesawat MH370

 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU: “Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” kata Mursyidul Am PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang.

“Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala.  Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.

“Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Malam tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.“Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku,” ujarnya.Hrkh
Read More

Friday, 7 June 2013

Nik Aziz is father of kafir? - Selesai Di Luar Mahkamah, Satu Kemenangan Untuk TG Nik Aziz

Sabtu, 8 Jun 2013
Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam. 

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah. 
"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya. 

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab. 

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. 

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan. 

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama. 

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.
Posted By Greenboc.
Read More

Friday, 17 May 2013

Saya tak terasa banyaknya jasa saya – TG Nik Aziz

Jumaat, 17 Mei 2013
Saya tak terasa banyaknya jasa saya – TG Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, banyak pihak menyebut jasa-jasanya di Kelantan, sedangkan beliau sendiri tidak terasa banyaknya jasa itu.
“Ramai pihak menyebut jasa-jasa saya di Kelantan, sedangkan saya sendiri tidak terasa banyaknya jasa saya, yang banyak membantu saya ialah para exco dan pegawai-pegawai kerajaan,” ujarnya pada Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.
Dipetik daripada Facebooknya, bekas Menteri Besar Kelantan itu menambah, beliau umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak.
“Saya umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak, yang membeli lauk pauknya ialah pekerja dan yang menyediakan hidangan pun ialah pekerja, tetapi akhirnya yang dipuji ialah tuan restoran,” ujar beliau lagi.
Harakahdaily.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena