Showing posts with label Tesco. Show all posts
Showing posts with label Tesco. Show all posts

Saturday, 3 September 2016

Pasaraya Carrefour dah meninggalkan Malaysia pada 2012...TESCO juga BAKAL MENINGGALKAN MALAYSIA?

Ahad, 4 September 2016
Hidup M01
Ekonomi Msia aman damai. Makin maju dan terancang. Kalah zaman Tun M 22 tahun tu.

Akan tetapi knapa banyak bank2 utama seperti maybank n cimb terpaksa menutup cawangan2ya di seluruh Malaysia. TV3 n Utusan Msia tetap mengeluarkan berita ekonomi Msia berkembang n terancang.

#HAPUSKANM01

Betoi kata bro ini...dgn keadaan negara kite skng ni.

Apa komen anda lak..?


Azme Omey
Azme Omey ```TESCO BAKAL MENINGGALKAN MALAYSIA```

*26hb Ogos*- Tesco bakal meninggalkan Malaysia menyusul seperti Pasaraya Carrefour yang meninggalkan Malaysia pada 2012. Disebabkan faktor ekonomi Malaysia yang tidak beberapa memberangsangkan kebelakangan ini d
an cukai kerajaan yang semakin meningkat. Tesco Store Malaysia mengambil inisiatif VSS & MSS secara berperingkat-peringkat bermula dari Ibu Pejabat Utama (HQ) pada awal tahun ini dan pada peringkat Cawangan Setor yang telah dilaksanakan pada 23hb Ogos yang lalu.
Tesco Store Malaysia Sdn Bhd yang dahulunya syarikat bersekutu Sime Darby Sdn Bhd sedang berbincang dengan beberapa syarikat peruncitan di negara ini tentang pembidaan jualan Setor-Setor Tesco di Malaysia. Pembidaan tersebut akan mengikut beberapa kategori setor yang berukuran Saiz 10K sehinggalah 3K. Untuk setakat ini telah ada beberapa setor di Zon Utara telah di jual kepada pembida namun ianya masih dirahsiakan berkenaan cawangan setor yang telah dijual.
Untuk Tesco Express masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat kedai runcit 24jam yang terkemuka di Malaysia dan sebuah lagi dari badan koprat peruncit Angkatan Tentera Malaysia (PERNAMA) tentang pembidaan cawangan Ekspress tersebut. 
Perancangan penstrukturan organisasi baharu yang dilakukan baru-baru ini adalah dalam peringkat pemantauan untuk melihat sama ada ianya mampu dilaksanakan oleh kakitangan dengan jumlah tenaga kerja yang semakin dikurangkan. Sekiranya ianya masih utuh bertahan, setor-setor yang berpotensi akan terus beroperasi sehingga diberitahu notis selanjutnya, manakala setor yang tiada potensi akan di buka untuk pembidaan kepada pesaing.
Keputusan penilaian setor-setor yang berpotensi dan tidak berpotensi akan dibentangkan pada hujung tahun ini. Tesco Setor Malaysia mungkin bakal meninggalkan Malaysia selepas memperoleh keputusan pembentangan tahun kewangan yang selalunya dilakukan pada awal bulan Mac.
Sekian, Terima Kasih. 

_Jurucakap Dalaman Komersial_
*Tesco Store Malaysia Sdn Bhd*

Copy & Paste

Belanjawan negara, tanggungjawab kita

Malaysia mempunyai tiga jenis kerajaan, pertama adalah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan ini bertanggungjawab penuh menguruskan dana awam.
Dana awam adalah dari kutipan cukai dan hasil pendapatan negara dari sumber yang lain. Akses kepada perbelanjaan dana awam bukanlah perkara yang bersifat sulit. Kerana itu ia dibentangkan setiap tahun sama ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan.
Hak Warganegara?
Sebagai warganegara yang prihatin kita harus memantau bagaimana kerajaan membelanjakan dana awam ini. Dokumen yang boleh kita dapati di ruang maya adalah Laporan Audit Negara
sama ada di peringkat persekutuan atau kerajaan negeri. Dengan meneliti dokumen ini kita boleh menilai tahap kecekapan sesebuah kerajaan.
Sebagai warganegara juga, sudah tentu kita mahu kerajaan menjalankan konsultasi awam sebelum dana awam dibawa untuk kelulusan di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri ataupun Kerajaan Tempatan. Perkara ini penting supaya perbelanjaan dana ini bersifat inklusif dan sampai kepada semua kumpulan sasar.
Belanjawan Responsif Gender dan Partisipatori (GRPB)
GRPB merupakan sebuah proses perbelanjaan yang melibatkan campur tangan kerajaan dan pa
rtisipatori (keterlibatan) rakyat supaya dana awam lebih mesra gender dan inklusif. Belanjawan ini mempunyai metodologi, dan boleh berkembang mengikut kesesuaian projek atau program.
Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dan sekarang dalam proses menginstitusikannya di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sejak 2012, rakyat boleh mengakses pelbagai kejayaan dan perkara baharu yang telah dan akan diterapkan.
Rakyat Pulau Pinang juga boleh mencadang dan menilai keberkesanan belanjawan tahunan majlis tempatan melalui maklumbalas atau tinjauan belanjawan. Selain itu dialog belanjawan juga diadakan oleh kedua-dua majlis tempatan di Pulau Pinang sejak 2012.
Apa yang harus kita lakukan?
Kita akan memasuki suku keempat tahun 2016. Kebiasaannya pada waktu ini kerajaan-kerajaan akan mula membentangkan cadangan perbelanjaan bagi 2017 untuk kelulusan. Sebagai warganegara Malaysia, ayuh kita pantau dan menilai belanjawan ini sama ada ia berkesan dan menurut kehendak masyarakat. – Roketkini.com
*Hafizan Mazuki adalah Pegawai Projek Kanan Gender Responsive & Participatory Budgeting (GRPB), PWDC Pulau Pinang.
Read More

Tuesday, 1 April 2014

TESCO Kota Bharu terbaik di dunia... Shahidan Kassim pula jahil Perlembagaan...

Rabu, 2 April 2014
Gambar: Fakta TESCO Kota Bharu yang tidak diketahui ramai rakyat Malaysia
-TESCO Pertama di Dunia yang ditutup pada waktu Solat Jumaat
-TESCO Pertama di Dunia yang tidak menjual minuman keras, arak ataupun produk segar yang tidak halal
-TESCO Pertama di Dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya
-85% Pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai.

Sumber : Majalah Qiadah Edisi 12
Fakta TESCO Kota Bharu yang tidak diketahui ramai rakyat Malaysia
-TESCO Pertama di Dunia yang ditutup pada waktu Solat Jumaat
-TESCO Pertama di Dunia yang tidak menjual minuman keras, arak ataupun produk segar yang tidak halal
-TESCO Pertama di Dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya
-85% Pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai.


Sumber : Majalah Qiadah Edisi 12 — bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

TERBUKTI!!! PERKAUMAN menjadi teras utama Umno untuk KEKAL berkuasa ..
⇨⇨⇨
Jelas disini Shahidan menunjukkan kebodohan ,mengenai sistem pilihan raya Shahidan Kassim mencadangkan sistem undi berasas KAUM termasuk fakta yang diutarakan dalam cadangan itu. ini lah sifat pemimpin Umno sikit-sikit mesti ungkit pasa
l bangsa dan agama ...

Tak habis habis lagi soal perkauman, bila Umno kian terdesak untuk kekal berkuasa isu kaum jadi modal TAPI lagi jahat nanti pihak lain di persalahkan.

Sistem mengikut pecahan kaum yang dicadangkan Shahidan iaitu ‘Satu Undi, Satu Manusia, Berdasarkan Kaum’ merupakan amalan di Afrika Selatan semasa era Aparteid.

Satu rakyat, satu undi tidak jamin keadilan, yang adil bila melayu undi melayu cina undi cina india undi india yaitu bertanding sesama kaum..

sistem pengundian di Malaysia perlu berteraskan kepada komposisi kaum agar dapat memberi keadilan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya kata Shaidan Kassim.

Memalukan bila Menteri dari melayu Umno semakin Bodoh, takkan satu kaum nak diletakkan dalam satu kawasan. Melayu satu kawasan Cina satu kawasan India satu kawasan, apakah ini bertepatan dengan slogan ciptaan najib 1 Malaysia..

ini bukan demokrasi tapi kuku besi... Menteri bodoh lahir dari tangan pengundi yg bodoh...

BENAR & TEPAT kata MAHATHIR.. "Hanya yg BODOH MASIH bersama Dalam UMNO".. 
Umno/bn Menipu Rakyat

ℑσм pαкατ² ⇨ Ƭσηтση✔ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔
and Support Page Rιηтιнαη Rαкyαт
https://www.facebook.com/RintihanRakyat

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim segera meletakkan jawatan kerana mencadangkan pilihan raya dijalan menerusi sistem berasaskan kaum seperti era Aparteid di Afrika Selatan.

Beliau berkata, kenyataan Shahidan itu jelas menunjukkan beliau dan kerajaan masih memandang perkauman sebagai agenda utama untuk mengekalkan kuasa.

Pagi tadi, Shahidan mencadangkan pilihan raya Malaysia dijalankan menerusi pecahan kaum untuk kononnya mengukuhkan keharmonian negara kerana sistem sedia ada tidak menggambarkan keadilan.

“Sistem mengikut pecahan kaum yang dicadangkan Shahidan iaitu ‘Satu Undi, Satu Manusia, Berdasarkan Kaum’ merupakan amalan di Afrika Selatan semasa era Aparteid.

“Saya menggesa beliau meletakkan jawatan dengan segera kerana kejahilannya terhadap Perlembagaan untuk menuntut sebuah ‘Pilihan Raya Aparteid’

“Perlembagaan Persekutuan tidak langsung menyebut seseorang wakil rakyat itu harus diundi pengundi daripada kaum yang sama. Negara kita mengamalkan prinsip satu orang satu undi dan ini termaktub dalam Perkara 2 (c) Perlembagaan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Strategis Pilihanraya DAP menegaskan, Aparteid secara meluas dikutuk masyarakat seluruh dunia termasuk Malaysia.

Katanya, Shahidan jelas menunjukkan kebodohan mengenai sistem pilihan raya termasuk fakta yang diutarakan dalam cadangan itu.

“Biar saya ingatkan Shahidan bahawa prinsip ‘satu orang, satu undi’ adalah satu standard yang diterima umum di negara demokratik.

“Kebanyakkan negara demokrasi mengamalkan sistem pilihan raya ini, menghormatinya prinsip dan undang-undangnya kerana ia menghadkan jurang perbezaan di antara pengundi di setiap kawasan. Ia juga ditekankan dalam satu daripada 22 cadangan yang diberikan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Pembaharuan Pilihan Raya.

“Jika beliau tidak sedar bahawa ia merupakan prinsip demokrasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ditekankan dalam PSC, maka beliau tidak layak kekal sebagai menteri,” tegasnya.
ROKETKINI
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena