Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

[Video] Tudung: Puteri UMNO Sokong Rosyam Nor...Puteri sendiri bagaimana?

Ahad, 21 Disember 2014




Tudung: Puteri UMNO Sokong Rosyam Nor. Puteri Sendiri Bagaimana?


Hamleys mohon maaf, tidak pernah halang pekerja pakai tudung 
Rosyam Nor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut. 

KL: Kedai permainan Hamleys pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor.

Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung. Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.

Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan rasis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.

Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat. Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Puteri UMNO sendiri boleh memastikan suku-sakatnya berpakaian atau bertudung menurut syari'at Islam?
Read More

Saturday, 12 April 2014

Makin mahal tudung...makin kecik pendek ukurannya....kan?

Sabtu, 12 April 2014



Setelah 3 hari berhijab, Kenyataan terkini Bella Dally

Alhamdulillah, kini ramai artis tampil bertudung. 

Terkini pelakon berdarah kacukan, Nabilah Ali Dally, 22 atau Bella Dally mengakui mula mengenakan hijab sejak tiga hari lalu dan berdoa agar tindakan yang dilakukannya mendapat sokongan semua peminatnya.

Keinginan untuk berhijrah itu bukanlah diinspirasikan oleh sesiapa, sebaliknya datang secara tiba-tiba apabila bangun daripada tidur pada Rabu lalu.

"Saya tidak mengalami sebarang mimpi seperti yang pernah dialami oleh beberapa artis lain.

"Saya juga tidak diminta oleh sesiapa jua kenalan mahupun ahli keluarga untuk tampil sebegini. Semuanya berlaku sekelip mata," katanya dihubungi UM.

Mudah-mudahan, semoga tampil berhijab sepanjang masa...
KiniNEWS.

"Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" - Mawar Fareeda


Baru beberapa hari lalu, para penggemar fesyen tudung digemparkan dengan berita serbuan tudung Fareeda tiruan oleh KPDNKK.
Walaubagaimanapun, tindakan pihak Fareeda dengan kerjasama KPDNKK yang merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu dianggap ramai pihak sebagai tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.
Malah, Facebook tudung Fareeda terus dihujani dengan pelbagai kecaman dan kritikan. Seorang pengguna Facebook, Nurkhamisah Sharil dalam komennya menempelak tudung Fareeda Original yang didakwanya sebagai mahal.
"Fnj mahal,,kesian org yg xmampu tp nk sgt bergaya ala mawar,,, tu yg org lain tolong buatkan yg sama tp murah...apa salahnya..org yg beli tu yg kna adil,, kalo dh kaya,, beli lh yg ori,, yg xori hanya utk org yg xmampu beli yg ori,,," Tulis Nurkhamisah.

Namun, Komen Puan Nurkhamisah dijawab oleh Mawar Fareeda Fan Page yang menyarankannya untuk mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

"Nurkamisah Sharil: Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves dibawah rm100. Jika tak mampu menabung. dan jgn risau jika membazir sb FAREEDA ada harga untuk preloved." Jawab Mawar Fareeda di Fan Page itu.
Walaupun ada benarnya, komen balasan Mawar Fareeda itu dilihat agak kasar. Apapun, sebagai pengguna anda harus bijak memilih fesyen yang berpatutan agar tidak membebankan kewangan diri dan keluarga.
Ba'diah Bolhari · Penolong Kanan Kurikulum at KPM
Jenama jer pun. Klu nak betul2 tutup aurat.....banyak lg tudung2 lain yg murah. Biarlah f***** sarung tudung tu yg tayang dada tu sbb mrk mampu. Kita yg tak mampu...belilah tudung yg tutup litup. Pilihan di tangan kita. Makin mahal tudung...makin kecik pendek ukurannya....kan??????


Daeng Fazilah Othman · Works at Full-time stay at home mommy & wife, and I love it.
Adalah lebih baik kita tumpu pada isu jawapan Mawar kepada saudari Nurkhamisah...benar kita sbg muslimat wajib melabuhkan tudung dan ada terbaca artikel tentang tudung Fareeda yg singkat....pilihan di tangan kita...jgn meletak kesilapan pada org lain...jgn menghukum org lain...kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup org itu...malah pengakhiran hidup diri kita sendiri...Husnu zon... :)
Tengok TV Onlinel

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena