Showing posts with label Ulama. Show all posts
Showing posts with label Ulama. Show all posts

Friday, 29 May 2015

UAA ada kredibiliti satukan ahli Pas (ulama, profesional dan aktivis)

Sabtu, 30 Mei 2015

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas - Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang

SHAH ALAM – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.

Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.

“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.

“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.

“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.

“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.
Read More

TURKEY - Mengapa ERDORGAN begitu hebat... Walau pun dituduh 'Munafiq dan Kafir' oleh para ulama?

Jumaat, 29 Mei 2015

Mengapa ERDORGAN begitu hebat berbanding RAJA-RAJA ARAB & PEMIMPIN NEGARA HUDUD yang lain..!!

MENGAPA AK PARTY DAN ERDORGAN BEGITU HEBAT BERBANDING RAJA-RAJA ARAB DAN PEMIMPIN NEGARA HUDUD YANG LAIN


Walau pun Sudah 10 Tahun lebih AK Parti memerintah Negara Turkey tetapi Perdana Menteri dan Presidennya (Racip Toyyib Erdorgan) belum pernah sekali pun menyentuh apatah lagi untuk mengubah Perlembagaan Sekular di dalam negaranya. Erdorgan dan perdana menterinya tidak pernah menghiraukan segala tomahan serta fitnah dari sebahagian besar para ulama juga gerakan2 dunia islam yg menuduh beliau sebagai pengkhianat agama kerana keluar dari parti Islam Refah di bawah pimpinan Nikmatim Erbakan bagi menubuhkan AK Parti yg kemudiannya bergabung serta bersekongkol dgn Parti Sosialis, Libral serta beberapa buah Parti Kafir yg lainya..

Erdorgan juga tidak memperdulikan tuduhan Munafiq dan Kafir yg dilebel dan dilemparkan oleh para ulama dan gerakan islam tersebut kerana tidak meletakkan HUDUD di dalam Perlembagaan Turkey di bawah pemerintahanya.

Bagi Erdorgan beliau harus memperbetulkan dahulu segala sistem dan undang2 (Takzir) yang pernah dibuat serta digubal hasil dari peninggalan pemerintahan kerajaan terdahulu yang mana ianya adalah suatu undang2 yg tidak Adil, menindas serta menzalimi rakyat jelata.

Beliau berusaha sedaya upaya meningkat ekonomi negara dan rakyatnya secara adil dan saksama. Mengagihkan Wang Zakat seadil2nya dan memastikan segala kutipan wang zakat dilunaskan pada Asnaf yg berhak setiap tahun tanpa berbaik sesen pun dalam tabungan Zakat.

Juga berusaha mengagihkan kutipan Baitulmal telus demi pembangunan bagi mendirikan hospital, pusat pengajian tinggi, sekolah2, premis2 perniagaan, dan segala macam infrastuktur yang lainnya demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau memasukan sedikit demi sedikit nilai2 murni islam, memperbanyakkan kelas2 agama bagi mendidik rakyatnya hidup sabagai seorang yg beragama dan tidak pernah menghalang rakyat yg bukan islam melakukan amalan agama mengikut kepercayaan masing2..

Dengan keharmonian serta kerukunan rakyat di bawah pentadbiran Erdorgan yang adil dan saksama maka dalam waktu yg cukup singkat beliau telah berjaya meningkatkan Ekonomi dan ketenteraan negara Turkey.

Malah kini kekuatan ketenteraan Turkey adalah yang ke-2 terbesar dan terkuat di dalam blok negara Eropah (EURO) sehingga menjadi suatu ancaman buat Israel.

Begitulah kentalnya Erdorgan walaupun sering dituduh sebagai Munafik dan Kafir oleh sebahagian ulama dan gerakan islam kerana meninggalkan perjuangan Parti Islam Refah dan tidak meletakan HUDUD di dalam perlembagaannya tetapi beliau mampu menjadi pelindung ke atas umat islam lainya dan juga digeruni oleh musuh2 islam berbanding Raja Hudud Saudi Arabia yg sepanjang masa melanggan pelacur, berjudi dan kaki arak.

Bagi Erdorgan HUDUD adalah perkara terakhir sekali yang akan tertegak setelah segala sistem dan undang2 negara yg digubal oleh pemimpin ( Takzir ) bersih dari segala penipuan, ketidakadilan dan kezaliman. Erdorgan tidak akan memaksa HUDUD ke atas rakyat di atas sistem dan Hukum Takzir yang tidak Adil, Korap dan Bobrok...

ISLAM DILAKSANAKAN SECARA TADARUJ ( BERPERINGKAT2 )


Beza antra isteri dua pemimpin...yang baju kuning tu,menyampah aku tengok...puiii
Read More

Friday, 29 March 2013

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat Dalam Bahasa Arab, BERANI???

Jumaat, 29 Mac 2013
Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO
Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

 Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau/DCM. 
P/s: Ada berani???
Beranikah ulamak Umno berdebat 'hujah lawan hujah' dengan 'DAP-Islam' berkenaan?
N23 DUN MANJOI

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena