Showing posts with label Umno Celaka. Show all posts
Showing posts with label Umno Celaka. Show all posts

Sunday, 1 May 2016

Dah banyak kali kena tipu dgn BN...'UMNO CELAKA': Rayer lepas, bebas tuduhan menghasut.

Isnin, 2 Mei 2016
Page Liked · 15 hrs

KAMI DATANG LAGI !!!!!!

Terima kasih anda semua.. like emoticon

KERANA TETAP SETIA UNDI KAMI... WALAUPUN KAMI KERAP MENIPU & MUNGKIR JANJI...

Dah banyak kali tipu dgn BN...
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

Page Liked · 17 hrs

Tak dinafikan.. SAH !!!

Sememangnya..
"UMNO CELAKA"

#KitaSemuaPenghasut
'Umno celaka': Rayer lepas, bebas tuduhan menghasut

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini, dua tahun lepas.

Hakim Roslan Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

Roslan dalam penghakimannya berkata, perkataan yang digunakan oleh tertuduh  tidak membuktikan kecenderungan untuk menghasut.

"Umno bukanlah satu kaum, tetapi merupakan sebuah parti politik, dengan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dalam kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948," katanya.

Hakim itu turut melepaskan dan membebaskan Rayer yang juga seorang peguam daripada pertuduhan pilihan yang dihadapinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana pihak pendakwaan turut gagal membuktikan elemen menghasut yang dibuat oleh tertuduh.

Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei 2014.

Dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh  memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit manakala Rayer diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo. - Bernama

Sinar Harian
Read More

Thursday, 19 June 2014

'Celaka Umno' Rayer tidak dikenakan tuduhan hasutan..Aikk?

Khamis. 19 Jun 2014

Peguam Negara kini sedang bersembunyi .....

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer tidak dikenakan tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen hari ini di sini .

 Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya di sini untuk menangguhkan tindakan mahkamah kepada suatu tarikh yang tidak ditentukan yang akan ditetapkan kemudian.

 Ketua Polis bandar George Town ACP Mior Farid Alathrash memaklumkan media mengenai ini melalui mesej teks.Tiada sebab diberikan bagi penangguhan itu. di sini  Sumber

 Sumber tidak resmi pula menyatakan, akibat kemaluan besar,  Peguam Negara  kini sedang bersembunyi ...

Catatan Oleh 

Read More

Wednesday, 18 June 2014

'Umno Celaka'...YB RSN Rayer ditangkap...

Khamis, 19 Jun 2014

Rayer ditangkap, didakwa esok kerana menghasut?

Photo: Rayer ditangkap, didakwa esok kerana menghasut ?

OLEH LOOI SUE-CHERN

Published: 18 June 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer (tengah) meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah George Town di Jalan Patani, hari ini 

.Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer (tengah) meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah George Town di Jalan Patani, hari ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan hari ini dan dijangka didakwa atas tuduhan  menghasut esok kerana kata-kata "Umno celaka" yang dibuatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bulan lalu.

Rayer menyerahkan diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani pada kira-kira jam 3.30 petang ditemani Exco Perumahan Negeri, Jagdeep Singh Deo dan peguam S. Raveentharan.

Rayer mencetuskan kontroversi pada 20 Mei apabila beliau mengeluarkan kenyataan "Umno celaka” itu semasa berucap dalam persidangan DUN. – 18 Jun, 2014.
  
http://www.themalaysianinsider.com
Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer (tengah) meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah George Town di Jalan Patani, hari ini 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan hari ini dan dijangka didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana kata-kata "Umno celaka" yang dibuatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bulan lalu.

Rayer menyerahkan diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani pada kira-kira jam 3.30 petang ditemani Exco Perumahan Negeri, Jagdeep Singh Deo dan peguam S. Raveentharan.

Rayer mencetuskan kontroversi pada 20 Mei apabila beliau mengeluarkan kenyataan "Umno celaka” itu semasa berucap dalam persidangan DUN. – 18 Jun, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/

Read More

Thursday, 22 May 2014

Aksi 'Celaka': Polis Menahan 12 Orang....

Khamis, 22 Mei 2014

CEROBOH DUN PULAU PINANG : Polis Menahan 12 Orang...

INSIDEN MENCEROBOH DAN MEREMPUH DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG OLEH MACAI-MACAI PRO UMNO ... POLIS SETAKAT INI TELAH MENAHAN 12 ORANG UNTUK MEMBANTU SIASATAN DAN AKAN DIREMAN MULAI ESOK SEHINGGA SELESAI SIASATAN.

Gambar: 5 FOTO KERANA DITUDUH UMNO CELAKA .. BEBERAPA MACAI UMNO BUAT PERANGAI CELAKA SERBU DAN MENGAMUK DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/05/5-foto-kerana-dituduh-umno-celaka.html


Polis
 telah menahan 12 lelaki untuk membantu siasatan rempuh dan kecoh petang tadi di Dewan Undangan Pulau Pinang yang menyaksikan sekumpulan lelaki yang pro UMNO yang memaksa cara mereka ke dalam dewan..

Ketua Polis Daerah George Town Asst Comm Mior Faridalatrash Wahid pada sidang media ringkas memberitahu  bahawa orang-orangyang berumur antara 22 dan 35 tahun, adalah ahli dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

"Mereka akan ditahan mulai esok sehingga kita melengkapkan siasatan," katanya.

Polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah seksyen 448 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan melakukan kerosakan pada harta benda awam.

"Kami akan menyiasat pencerobohan ke dalam Dewan Undangan Negeri dan tindakan mereka dalam merosakkan pintu depan untuk memasuki premis itu," kata ACP Mior.

Beliau mengesahkan bahawa pengawal keselamatan DUN membuat laporan polismengenai kejadian itu pada kira-kira 4:35ptg.



Omak Kau!!!! 
Read More

Wednesday, 21 May 2014

Pecah masuk Dewan Undangan Negeri...'Aksi CELAKA'

Khamis, 22 Mei 2014

Yang ni namanya aksi CELAKA 


Lain la kalau Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin yang menceroboh' Sidang Dun Penang tu memang wakil rakyat yang sah.
Malaysiakini melaporkan:
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Law Choo Kiang menyatakan rasa kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden merempuh masuk ke dalam Dewan oleh sekumpulan lelaki hari ini yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer semalam mengenai Umno.

Law dalam kenyataan yang dibacakan ketika memulakan sidang DUN pada sesi petang berkata perkara ini tidak pernah berlaku dalam persidangan DUN dan ia mencemar sejarah politik negara. - Mkini.
Sumber: Yang ni namanya aksi CELAKA HARAM JADAH (koleksi video dan gambar) | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/05/penchachai-umno-ceroboh-sidang-dun-penang.html#ixzz32QDktqXY
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook


Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan – Speaker

MAY 22, 2014
SALMIYAH HARUN | 21 Mei 2014. (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.
Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.
“Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.
“Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara,” tegas beliau.
Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.
Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.
Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status “Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang”. – HARAKAHDAILY 21/5/2014

Read More

DUN P.Pinang diceroboh 'samseng', buru YB Rayer Pariasamy...kerana 'Umno Celaka'

Rabu, 21 Mei 2014
Pautan kekal imej terbenam

SAMSENG PECAH MASUK DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PENANG 


Pautan kekal imej terbenam

Pencerobohan Dewan Yang Mulia - Kenyataan Dato' Speaker DUN Pulau Pinang

Pautan kekal imej terbenam

Baru sudah cakap dengan .. katannya UMNO tengah berderamah dalam DUN Penang. Terjerit2. Mudah betul.. Polis nganga?

penyokong UMNO rempuh DUN Pulau Pinang hari ini. Mereka pecah pagar dewan dan bertindak seperti samseng.Sangat tidak perlu 
Pautan kekal imej terbenam
AnakSgDerhaka‏@AnakSgDerhaka

Penyokong UMNO Penang rempuh pagar DUN Penang untuk buru ADUN Seri Delimapic.twitter.com/bP87KjfqLK
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam
Pendemo mahu baling telur ayam pada ADUN


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh dengan protes sekumpulan pihak yang tidak puas hati dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, RSN Rayer yang menggelarkan “Umno celaka”.

“Jika kamu ada telur, ulang sekali lagi,” mereka menjerit serta membawa telur dan mengancam membaling telur ayam kepadanya.

Antara terlibat dalam perhimpunan itu, ketua wira PERKASA negeri Rizuad Azuddin.

Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai “rasis”. -MK

APAKAH INI PUNCANYA???......DIBAWAH DAKWAAN DALAM ISU TERSEBUT......

Bantahan terhadap kenyataan daru Yb RSN Rayer adun seri delima yang mengeluarkan perkataan celaka,celaka,celaka umno di dalam ucapan beliau semasa berucap mencadangkan usul ucapan terima kasih di atas ucapan perasmian TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang



'WAN RAHIM KELANTAN' BOLEH SELAMAT RAYER PULAU PINANG 

Sekumpulan pelampau Melayu petang ini menceroboh bilik mesyuarat DUN Pulau Pinang tanpa sekatan polis awalnya, malah secara terbuka mengancam peribadi Rsn Rayer.

Tragedi ini mengingatkan saya pada sentimen asabiah yang Umno semarakkan dulu.

Karpal Singh dulu pernah digambarkan anti Islam atas kenyataan "langkah mayat saya dulu jika nak laksanakan hudud."

Walaupun Karpal sudah beberapa kali menjernihkan kenyataan yang dimanipulasikan itu, masih gagal memujuk perasaan rata-rata Melayu di tanah Melayu.

Cikgu Rahim dari Kelantan dalam satu Kongres Pakatan Rakyat bangkit dan menegaskan, "sebagai orang Melayu yang beragama Islam, langkah mayat saya dulu jika nak langkah mayat Karpal Singh."

Sejak itu, usaha memanipulasi kenyataan Karpal kian pudar.

Fahamlah saya, perlu ada pemimpin Melayu sendiri bangkit menjernihkan isu Rayer kononnya menghina Melayu dengan menyebut, "Celaka Melayu" di DUN semalam. 
Setuju?
ZAINULFAQAR YAACOB
Kedahkini.

PANAS!! Penyokong UMNO rempuh DUN Pulau Pinang buru ADUN yang kata 'UMNO Celaka'..


Semalam kecoh di hadapan pintu pagar DUN Pulau Pinang bilamana seorang Calon Bebas telah bertindak merempuh kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang..

Hari ini pula lebih kecoh lagi bilamana sekumpulan penyokong-penyokong UMNO yang memburu ADUN Seri Delima RSN Rayer yang menggelarkan “Umno celaka” hingga ke dalam Dewan.

Antara terlibat dalam perhimpunan itu, ketua wira PERKASA negeri Rizuad Azuddin.

Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai “rasis”.





DUN P.Pinang diceroboh, buru Rayer 
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
GEORGE TOWN - Sekumpulan Melayu mesra Umno bertindak agresif menyerbu bilik persidangan DUN Pulau Pinang, sebelum sesi petang mesyuarat dimulakan tadi. 
Jurucakap kumpulan pendesak Melayu yang mahu dikenali sebagai "Abang Yasmin" menuntut R.S.N. Rayer tampil bersemuka selepas ADUN Seri Delima itu didakwa menyebut "celaka Melayu" di DUN, semalam. 
Selepas mengadakan sidang media di sini, mereka bersurai atas syor beberapa anggota polis yang muncul kemudian.

Dulu.. orang tua-tua kata.. "Kerana pulut, santan binasa... kerana mulut, badan binasa... sekarang pulak dah jadi "Kerana mulut, pagar binasa...

Posted by Anak Sungai Derhaka 


Gambar-Gambar Penyokong Umno Mengamuk Sakan Dalam DUN Pulau Pinang

Posted by 



Addin:
Pelik.. di mana pasukan polis ketika ini?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena