Showing posts with label Wan Ji. Show all posts
Showing posts with label Wan Ji. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

[Video Wahai UmnoBN 'Mana baki RM2.15 bilion?' & Ust Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng] "AMPUNKAN Abang Long mak, abah...Abang Long menyesal".

Jumaat, 29 September 2017

Remaja Lelaki Tak Pakai Seluar Pukul Mak Minta Duit 


SELEPAS LAMA BERDIAM DIRI. AKHIRNYA ADIK SHUKREY TAMPIL BERI MAKLUM BALAS. ADA VIDEO.

Semalam agak kecoh tentang video seorang remaja memukul ibunya sendiri.Video itu menunjukkan remaja berkenaan memukul ibunya yang disyaki kerana ada kaitan dengan duit.Ramai netizen yang mengecam tindakan remaja yang dikatakan bernama Syukri itu.Syukri dikatakan kini berumur 16 tahun.Apabila kes itu tersebar, ada jiran yang mendedahkan perangai sebenar Syukri.Syukri dikatakan seorang yang baik di mata jiran-jiran dan masyarakat.
SELEPAS LAMA BERDIAM DIRI. AKHIRNYA ADIK SHUKREY TAMPIL BERI MAKLUM BALAS. ADA VIDEO.
Saya dimaklumkan oleh guru sekolah adik Shukrey ini bahawa dia seorang budak yang baik dan rajin. Semakan dengan penduduk di Pandan pun sahkan dia budak yang baik.
Saya mohon supaya tidak tularkan video semalam. Itu hal peribadi dalaman rumah adik Shukrey dan keluarga. Mereka orang susah sama seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain yang kais pagi makan pagi. Ini boleh terjadi kepada sesiapa pun akibat tekanan hidup.
Ramai daripada kita pernah hidup sebagai orang susah dan faham susahnya orang susah untuk keluar dari kesusahan, mudahnya orang senang untuk menjadi semakin senang.
Saya cuba hubungi mak ayah adik Shukrey sejak pagi tadi tetapi nombor-nombor mereka tidak boleh dihubungi. Mungkin banyak sangat panggilan.
Pegawai-pegawai saya akan ke rumah adik Shukrey petang ini. Selain bantuan kewangan biasa, saya minta bincang dengan mak ayah adik Shukrey supaya adik Shukrey ke sekolah setiap hari untuk persediaan PT3 dan tidak lagi mencari tin untuk dijual pagi-pagi. Sebagai ganti, Pusat Khidmat Pandan akan usahakan kerja-kerja lain yang sesuai dengan umur adik Shukrey selama 3 jam seminggu (maksima) di hujung minggu dan akan dibayar pada kadar yang adil kepada adik Shukrey.
Doakan adik Shukrey kekal rajin dan taat kepada mak ayah sampai bila-bila. Semua ini ada hikmah. Kalau tidak kerana video itu tular, mungkin kita tidak tahu dan tidak dapat membantu.
Foto Rafizi Ramli.
SELEPAS LAMA BERDIAM DIRI. AKHIRNYA ADIK SHUKREY TAMPIL BERI MAKLUM BALAS. ADA VIDEO.

SELEPAS LAMA BERDIAM DIRI. AKHIRNYA ADIK SHUKREY TAMPIL BERI MAKLUM BALAS. ADA VIDEO.

“AMPUNKAN Abang Long mak, abah. Abang Long menyesal…,” kata Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang videonya memukul ibunya beberapa kali menggunakan tangan tular di laman sosial kelmarin.
WARTAWAN ZIARAH KELUARGA TERBABIT
Rakaman video itu memaparkan remaja terbabit memakai pakaian seragam sekolah dengan keadaan butang baju terbuka serta seluar terlondeh itu memukul sambil memaksa ibunya untuk memberikan wang.
 Video berdurasi 42 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial selepas tersebar kira-kira 6 petang, semalam.
Wartawan Harian Metro hari ini mengunjungi kediaman remaja berkenaan di Taman Bukit Teratai, Ampang untuk menemubual ibunya, Umisarah Manaf, 36 dan bapanya, Mohammad Nasir Budori, 39.

SHUKERY ALAMI TEKANAN EMOSI
Bagaimanapun, remaja itu lebih banyak mendiamkan diri dan ibunya memaklumkan anaknya itu mengalami sedikit masalah pembelajaran dan pemikirannya terganggu sejak malam semalam selepas memberi keterangan kepada pihak polis.
Wartawan : Boleh ceritakan apa reaksi puan ketika kejadian itu berlaku?
Umisarah: Dia (anak) tak pernah buat macam tu sebelum ini. Ini kali pertama lah. Saya terkejut sebab dia buat macam itu sebab dia anak yang baik..dengar cakap. Saya tak sangka dia tiba-tiba jadi panas baran sampai macam itu sekali. Sebelum ini dia jentik cubit saya pun tak pernah.
Wartawan : Apa yang membuatkan anak boleh bertindak begitu?
Umisarah: Saya tidak dapat bagi duit belanja sekolah kerana hanya ada RM17 suami saya bagi untuk buat belanja tambang bas pergi ke tempat kerja. Gaji pula lambat lagi. Jadi, anak seorang yang rajin mencari duit sendiri, selalu ada duit poket. Jual tin, botol, kotak..Tapi semalam dia tiada duit langsung, bila saya tak bagi, itu yang dia marah tu..
Wartawan : Sebelum ini dia tidak pernah buat begitu, adakah ada sesuatu yang mempengaruhi menjadikan dia begitu?
Umisarah: Saya tak pasti apa yang menjadikan dia macam tu. Sikap dia pun memang ada berubah baru-baru ini, dia kerap balik lewat malam. Tapi saya tak kisah sebab dia selalu membantu orang untuk dapatkan upah. Mungkin anak sikit tertekan sebab peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tak lama lagi.
MAK AYAH DAH MAAFKAN SHUKERY
Wartawan : Apakah yang puan akan lakukan untuk memastikan dia tidak mengulangi perbuatan itu?
Umisarah: Saya sudahpun memaafkan dia dan saya juga meminta maaf kerana tidak dapat memberinya belanja sekolah. Orang lain macam guru sekolah, polis dan jiran banyak bagi nasihat apa yang patut saya dan suami buat untuk dia. Saya akan bagi dia lebih perhatian selepas ini dan menganggap perbuatan dia itu adalah satu kekurangan daripada 100 kebaikan yang dilakukan anak dan tidak mahu menghukum dia disebabkan satu kesilapan saja.
SELEPAS LAMA BERDIAM DIRI. AKHIRNYA ADIK SHUKREY TAMPIL BERI MAKLUM BALAS. ADA VIDEO.
Wartawan : Baiklah. Sebagai seorang ayah, apa tindakan encik selepas melihat video itu?
Mohamad Nasir: Ketika kejadian saya di tempat kerja. Kemudian dapat video itu, anak saya yang perempuan hantar. Jadi saya hantar pula video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru itu menasihatnya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini anak kurang berminat untuk ke sekolah. Sebenarnya sebelum ini saya sudah banyak memarahi dia, merotan dia, supaya tumpu pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya, tak jadi macam saya.
Wartawan : Encik tahu bagaimana video boleh tular di media sosial?
Mohamad Nasir: Saya sendiri tak sangka video itu boleh jatuh ke tangan orang lain iaitu pengawal keselamatan di sekolah dan viralkan di Facebook sampai ada yang kecam nak datang pukul anak saya. Bukan anak saja, kami ibu bapa pun dipersalahkan termasuk neneknya yang separuh buta tak nampak apa-apa masa kejadian, pun disalahkan kerana tidak menghalang tindakan anak saya itu.
Sumber: Harian Metro
Read More

Wednesday, 8 July 2015

Wan Ji & AJK Dewan Ulama meninggalkan Pas...Penyertaan empat anak muda beri suntik kepada PKR

Rabu, 8 Julai 2015

Penyertaan empat anak muda beri suntik kepada PKR

ULASAN                                                                                                            
Rafizi mengumumkan kemasukan empat anak muda ke PKR.
Pengumuman secara rasmi penyertaan seorang penceramah bebas dan tiga pimpinan mahasiswa ke dalam PKR hari ini memberi petanda jelas bahawa perkembangan dan pergolakan dalam Pas waktu ini tidak menjadi perhatian golongan muda.

Hari ini Wan Jin Wan Husin penceramah bebas dan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor bersama Ahmas Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni diumumkan menyertai PKR.

Kemasukan rasmi mereka itu diumumkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Penyertaan keempat mereka itu terutamanya tindakan Wan Ji meninggalkan Pas memberi kesan kepada Pas secara tidak langsung menggambarkan parti agama itu tidak diminati oleh golongan muda.

Paling merujakan beberapa hari lalu dua aktivis pemuda Pas, telah mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai DAP. Penyertaan Zulhazmi Sharif dan Sheikh Omar Ali ke dalam DAP itu satu pukulan buah Pas. Dipercayai tindakan mereka sebagai protes kepada perubahan kepimpinan dalam Pas yang kini dimonopoli seratus peratus golonagan agama, konsevertif yang dipilih secara "seraga ayam".

Pembawaan kepimpinan baharu Pas yang kuat berpegang kepada "fakeh politik" menjadikan anak-anak muda takut untuk menyertainya kerana berasakan mereka tidak layak untuk berada dalam parti agama kerana berpendidikan bukan Islam pure yakni tradisi dan keluar dari pengajian institusi Islam.

Mungkin mereka terfikir kalau pemimpin hebat seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain sanggup diketepikan kerana beranggapan mereka tidak Islamik apa lagi mereka, golongan muda yang mempunyai fikiran terbuka dan kontamporari, makin tidak mendapat tempat.

Paling ironis lagi dengan tindakan mereka itu, tidak ada mana-mana anak muda yang boleh dianggap pimpinan golongan muda menyertai parti agama itu sebagai mengalu-alukan kehadiran kepimpinan baharu Pas dan juga kejayaan Pas mengembalikan Pas kepada tapak asal yang penuh kosevertif dan menjadikan Pas sebagai elit agama.

Sehubungan dengan penyertaan empat anak muda ke dalam PKR itu ia memberi aset tambahan kepada PKR kerana penyertaan mereka itu akan menjadi ikutan anak-anak muda lain. Penyertaan mereka itu juga menafikan tuduhan bahawa PKR parti yang kian mengecil dan melukut di tepi gantang.

Sebaliknya sekiranya PKR berjaya menguruskan kekuatan parti itu ia boleh muncul sebagai parti pilihan anak-anak muda yang sudah cuak dan cemuh dengan parti penguasa khasnya Umno. [wm.kl.3:21 pm 08/07/15]
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena