Showing posts with label Wisma Tok Guru. Show all posts
Showing posts with label Wisma Tok Guru. Show all posts

Monday, 13 November 2017

[Video 'Saya tak akan keluar dari Wisma Tok Guru'] Pas canggah notisnya sendiri, akan rempuh Wisma Tok Guru.

Selasa, 14 November 2017

Pas canggah notisnya sendiri, akan rempuh Wisma Tok Guru


Pas Kelantan mengerah semua ahlinya untuk menyertai satu majlis himpunan kesyukuran dan solat hajat di Wisma Tok Guru, pada 16 November ini walaupun notisnya sebelum ini mempunyai permintaan yang berlainan.

Sehubungan dengan itu, pemilik bangunan itu yang juga Adun Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan Pas ini sebagai rempuhan ke pejabatnya dan bercanggah dengan notisnya sendiri.
Husam yang membacakan notis yang dihantar kepadanya 12 Oktober lalu mengandungi butiran berlainan.
“Mengikut notis yang dikeluarkan oleh peguam Pas sekiranya pihak saya tidak mengosongkan bangunan Wisma Tok Guru selepas tamat tempoh yang diberikan, pihaknya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya ketika berucap selepas majlis solat hajat di situ malam tadi.
Menurutnya pihak Pas telah mengerah penyokong-penyokongnya untuk hadir secara tidak berperaturan untuk masuk ke premis tersebut.
“Pertama ia dibuat sebelum tamat tempoh notis.
“Kedua pihak kita sendiri belum buat sebarang keputusan.
“Ketiga kalaupun kita tidak keluar selepas notis seperti yang ditulis sendiri dalam dokumen itu, penyelesaianya ialah melalui perintah mahkamah,” katanya.
Beliau sekali lagi bertegas bahawa bangunan Wisma Tok Guru adalah pejabat ADUN Salor yang tidak ada kena mengena dengan Pas.
“Bangunan ini saya dirikan melalui jawatankuasa khas dengan cara membeli barang-barang binaan dan membayar kontraktor untuk upah menyiapkannya.
“Perbelanjaan yang digunakan adalah dari derma secara langsung arwah Datuk Rosli dan saya sendiri.
“Tidak pernah kita adakan majlis kutipan derma dari Pas,” katanya.
DatukHusam Musa
Ini satu rempuhan
Beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Pas tidak ada dalam senarai penderma untuk menyiapkan Wisma Tok Guru.
“Menteri besar sendiri Datuk Ahmad Yakub, timbalannya Datuk Mohd Amar dan exco kerajaan negeri Che Abdullah Mat Nawi tidak ada dalam senarai penderma.
“Adalah memalukan untuk mereka ini mengaku kononnya bangunan ini milik Pas, sedangkan mereka setengah sen pun tidak pernah menyumbang,” katanya.
Mengenai persiapan menghadapi tindakan Pas untuk menyerbu bangunan itu 16 November ini, beliau berkata pihaknya tidak akan menari mengikut rentak yang dipalu parti itu.
“Kita berpegang kepada peraturan dan undang-undang kerana amat pasti berhak sepenuhnya atas bangunan ini.
“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil perhatian atas provokasi tidak bertamaddun ini,” katanya.
Beliau menyeru ahli-ahli AMANAH dan para penyokong kebenaran terus menerus berdoa kepada Allah untuk memberi pertolongannya kepada pihak yang benar.
“Malam ini kita solat hajat di sini sebagai tanda keyakinan kita untuk menyerahkan segalanya kepada pemilik segalanya.
“Tidak cukup setakat ini, semua perlu terus menerus berdoa dan bermunajat ke hadratnya memohon pertolonngan dan bantuan,” katanya.
Malaysia Dateline
Read More

[Video Penjelasan Dr Rozaini Isu Tak Bayar Duit Ahli 'Kopi Pak Belalang' & Isu Wisma Tok Guru] PEMBELIAN TANAH WISMA TOK GURU OLEH PAS MELANGGAR SYARIAH.

Isnin, 13 November 2017


PEMBELIAN TANAH WISMA TOK GURU OLEH PAS MELANGGAR SYARIAH

Bila Dato Rusli meninggal, semasa Isteri Dato Rusli dalam Eddah, PAS jumpa Isterinya dan tawarkan RM700,000 untuk beli. PAS bawa ADO dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk sign borang 14A walaupun melanggar perintah pekeliling PTG Bil 5 yang menyatakan Pegawai Pejabat Tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang atau tukar nama tanah. Tetapi PAS sanggup buat macamtu dan beli tanah itu.

1. Saya tidak bincang isu Wisma Tok Guru di ceramah kerana ini seakan-akan isu kepartian Amanah dan isu peribadi saya.
2. Sedangkan perjuangan kita adalah untuk rakyat jelata. (Bukan) bergaduh hal kita. Oleh kerana ditanya, saya jelaskan secara ringkas.
DATO ROSLI SERAH PEJABAT ADUN SALOR KEPADA SAYA
3. Bangunan ada dua. Satu dibina oleh Arwah Dato Rusli sewaktu menjadi Adun S46 pada tahun 1990. Pejabat itu adalah Pejabat ADUN SALOR S46.
4. Apabila saya menjadi ADUN pada 2008, Dato Rusli masuk PAS 2007, Saya berbincang dengannya. Katanya “Tak apalah, Dato (Husam) ambil kerana Dato adalah Adun Salor”.
INI PEJABAT ADUN SALOR, BUKAN PEJABAT PAS
5. Maka selama-lamanya, jika lihat Letterhead, atau signboard pejabat, itu adalah Pejabat ADUN Salor. Tidak pernah jadi Pejabat PAS Kubang Kerian, atau MTD Salor.
6. Dato Rusli secara lisan beri keizinan saya gunakan pejabat itu.
TAMBAHAN BANGUNAN DARI SUMBER SENDIRI
7. Bila saya rasakan pejabat itu sempit, pada Febuari 2009, selepas izinnya saya buat satu bangunan baru secara upahan. Barang pembinaan saya beli sendiri, kemudian upah kontraktor untuk jimatkan kos.
8. Tidak ada langsung minta derma dari Ahli PAS atau pemimpin PAS. Tidak ada jamuan laksa untuk kutip derma atau keluarkan resit untuk kutip derma. Cik Lah Exco Kelantan pun saya tak pernah minta derma, begitu juga Ahmad Yaakob, Nik Amar, Nasaruddin Singa Kelantan. Tiada yang derma.
9. Sebahagian duit pembangunan Wisma Tok Guru adalah dari sumbangan Dato Rusli kerana dulu dia pernah saman saya dan saya menang.
10. Bila saya menang saman, dia bayar pada saya. Dia derma sebahgian, saya derma sebahgian.
11. Rakan-rakan di Universiti dulu yang juga ahli usrah dan yang minta saya jadi petugas PAS, saya minta sumbangan sedikit.
12. Bukannya terima sekaligus. Sekali bayar ada yang RM5k, ada RM10k, ada RM2k. Tiada yang bayar RM200k sekaligus.
13. Alhamdulillah saya simpan semua rekod perbelanjaan itu. Saya tidak nampak nama Ahmad Yaakob, Nik Amar, Nasuruddin Singa Kelantan disitu.
14. Itu adalah pejabat ADUN Salor.
PAS BELI TANAH SEMASA ISTERI DALAM EDDAH
15. Kemudian bila Dato Rusli meninggal, semasa Isteri Dato Rusli dalam Eddah, PAS jumpa Isterinya dan tawarkan RM700,000 untuk beli.
16. PAS bawa ADO dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk sign borang 14A walaupun melanggar perintah pekeliling PTG Bil 5 yang menyatakan Pegawai Pejabat Tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang atau tukar nama tanah.
17. tetapi PAS sanggup buat macamtu dan beli tanah itu.
TANAH MASIH DALAM PERTIKAIAN PUSAKA
18. Tetapi tanah itu dalam pertikaian pusaka di Mahkamah Syariah yang mana perbicaraannya pada 9hb Januari 2018 belum selesai.
19. Dato Rusli dan Isterinya tidak ada anak sebabkan adik beradiknya layak menerima Pusaka.
20. Tanah ini Dato Rosli akui dalam ceramah di Wisma itu (ada dalam video) bahawa dia yang beli dan letakkan Hanipah (Isterinya) sebagai penama.
SAYA ADA EQUITABLE RIGHT. INJUNKSI DIFILEKAN
21. Bagi pihak saya, selepas menerima notis, saya filekan di mahkamah sivil minggu lepas. Saya sengaja tidak bisingkan. Alhamdulillah Ahad lepas saya filekan Injunksi ke atas Muhamad Yasin atau PAS daripada kacauganggu pejabat saya.
22. Sehingga mahkamah selesaikan, saya berpendapat, Parti Amanah dan saya boleh terus gunakan sehingga PRU tahun depan.
23. Saya ada hak. Equitable Right disitu.

PEMBELIAN PAS TIDAK IKUT SYARIAH
24. Bila Ahmad Yaakob mengatakan dia telah selesai membeli tanah itu secara syariah, saya tidak tahu dia belajar syariah di mana.
25. Harta yang dalam tuntutan pusaka, tak boleh satu orang jual begitu.
26. Bila ada pertikaian pusaka, belum selesai dari segi syariatnya.
27. Hak orang lain atas tanah yang dimiliki oleh orang lain itu ada dari segi undang-undang. Hak tanah mungkin sudah tidak ada tetapi hak bangunan ada.
28. Saya berhak ke atas bangunan itu. Takkan PAS tidak faham syariah.
29. PAS ni dari segi syariah, dia buat syariah dia sendiri. Dia bukan ikut syariah Islam kita.
(Catatan admin dari Video)
HusamMusa.com
Read More

Friday, 27 October 2017

[Video Dialog Rakyat Bersama Husam Musa di Madrasah Mat Komando] Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam.

Sabtu, 28 Oktober 2017

Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam

Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam

Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yang sama didedahkan sebagai modus operandi untuk membiayai pembelian tapak Wisma Tok Guru.
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan secara jauh bahawa salah seorang ADUN Kelantan telah mengutip sejumlah wang daripada pengarah syarikat yang terlibat.
Sebahagian wang inilah telah digunakan untuk membayar tapak tanah Wisma Tok Guru, katanya di majlis dialog di Lakloh Kuala Krai malam tadi.
Beliau mempersoalkan apakah asas 5,500 ekar hutan Kuala Pahi diluluskan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.
“Khazanah hutan dan tanah untuk perladangan baharu negeri Kelantan semakin pupus.
“Kelulusan baharu sepatutnya dibuat secara tender terbuka yang telus demi meningkatkan hasil negeri untuk faedah rakyat Kelantan.
“Juga dengan cara memilih syarikat yang layak dengan kemampuan kewangan yang tidak diragui bagi mengelakkan kroni dan Ali Baba mengambil kesempatan mengaut kekayaan dengan mudah atas harta rakyat,” katanya.
Lebih penting lagi menurutnya, hutan dan tanah yang semakin berkurangan di negeri itu patut diutamakan kepada rakyat jelata untuk dibangunkan demi meningkatkan ekonomi.
“Isu yang saya akan bangkitkan kali ini ialah kelulusan hutan tanah kerajaan untuk perladangan sawit seluas 5,566 ekar di Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.
“Ia diluluskan oleh kerajaan melalui Akademi Yakin yang belum diketahui terma-termanya, kecuali satu iaitu ‘Sayugia juga dimaklumkan kelulusan ini khusus kepada BE sahaja dan tidak boleh ditawarkan kepada pihak ketiga sebelum perjanjian ditandatangani dengan pihak Akademi Yakin’.
“Akademi Yakin dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Haji Mohd Amar Bin Abdullah.
Menurutnya, syarat ini terkandung dalam surat Pengurus Operasi Akademi Yakin bertarikh 3 Oktober 2016.
“Berdasarkan syarat ini, boleh difahami, selepas perjanjian ditandatangani, syarikat-syarikat ini bebas menjual kawasan yang diluluskan kepada pihak ketiga,” katanya.
Kata Husam, adalah agak pelik, satu daripada syarikat ini hanya ditubuhkan pada 5 Ogos 2016 dan sembilan hari kemudian iaitu pada 14 Ogos, syarikat terus memohon untuk berusaha sama dengan Akademi Yakin.
“Pada 25 September 2016 iaitu 42 hari selepas permohonan itu dibuat, Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Akademi Yakin Bil 3/206 telah secara dasar meluluskan permohonan ini.
“Semakan data-data di Suruhanjaya Syarikat menunjukkan syarikat ini tidak mempunyai apa-apa kenyataan kewangan bagi membuktikan mereka mempunyai kemampuan kewangan memajukan ladang berkenaan.
“Bahkan tercatit, bentuk perniagaan sebagai ‘dormant’ atau syarikat yang tidak aktif sahaja.
“Satu syarikat lagi, penyata kewangannya menunjukkan kerugian selepas cukai bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM 3.7 juta. Syarikat ketiga yang dimiliki oleh orang yang sama ini pula hanya ditubuhkan pada 16 Mei 2016.
“Juga tidak mencatatkan apa-apa mengenai kewangan termasuk kemampuan kewangan,” katanya.
Beliau yakin kelulusan ini telah dirancang oleh orang politik sebelum permohonan dibuat.
“Adalah meragukan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan sehari dua sebelum permohonan dibuat, dengan mudah mendapat kelulusan sebegini besar jika ia tidak diatur dengan persetujuan pihak berkuasa terlebih dahulu.
“Dengan latar belakang syarikat yang tidak mempunyai pengalaman perladangan mahupun kedudukan kewangan yang kuat mampu mendapat kelulusan yang besar sebegini, ia menimbulkan tanda tanya mengenai niat sebenar kelulusan ini dibuat,” katanya.
Beliau menimbulkan persoalan kenapa kelulusan 5,566 ekar ini dipecahkan kepada tiga syarikat walaupun pemiliknya adalah orang yang sama.
“Syarikat A : 1,478 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.
“Syarikat B : 2,000 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017.
” Syarikat C : 2,088 ekar. Surat Akademi Yakin untuk bayaran deposit bertarikh 22 Mei 2017,” katanya.
Tambah beliau, semakan peta Google yang dibuat menunjukkan kawasan 5,500 ekar Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai ini mempunyai kepadatan hutan yang tinggi.
“Berapa nilai balak-balak yang ada di sini?
“Bolehkah Kerajaan Pas Kelantan berlaku telus?
“Amalan biasa, syarikat yang berjaya mendapat kelulusan ladang akan diberi izin untuk menebang dan menjual balak-balak yang ada dalam kawasan mereka.

Antara hadirin pada majlis dialog berkenaan.

“Jadi, orang ini akan mendapat dua kali durian runtuh.
“Kali pertama, mereka menjadi kaya raya dengan balak-balak yang ada dalam kawasan mereka dan mereka mungkin terus menjual balak dan tanah ladang yang mereka perolehi,” katanya.
Husam juga berkata kawasan hutan yang diluluskan ini adalah termasuk dan berdekatan dengan kawasan perkelahan dengan jeram atau air terjun yang cantik.
“Air Terjun Lata Berangin termasuk dalam kawasan yang diluluskan dan berdekatan pula dengan Hutan Lipur Lata Tembakah.
“Adakah kesan ekologi kepada tarikan semula jadi ini diambil kira?” soal Husam.
Malaysia Dateline
Read More

Sunday, 22 October 2017

[Video Kecoh! PAS Kelantan 'gempur' Wisma Tok Guru] PROVOKASI Pas? Kecoh apabila Pas cuba pasang berdera di Pejabat AMANAH.

Isnin, 23 Oktober 2017

Kecoh apabila Pas cuba pasang berdera di Pejabat AMANAH

Penyokong Pas berkumpul di Wisma Tok Guru bagi memasang bendera mereka malam ini.

Kekecohan berlaku di pejabat Amanah yang juga pejabat Adun Salor malam ini apabila Pemuda Pas cuba memasang bendera mereka di Wisma Tok Guru itu.

Usaha memasang bendera itu dikatakan sedang dibuat oleh Jabatan Amal Kelantan dengan dokongan ahli dan penyokong Pas.


Menurut Hazmin Hassan, Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Pas membuat provokasi dengan memasang bendera Pas di bangunan Wisma Tok Guru itu.
“Kami akan membiarkan bendera Pas yang dipasang di luar bangunan ini di situ. Kita tidak akan buang,” katanya dalam ucapan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang turut berkumpul malam ini.
Wisma Tok Guru menjadi pertikaian apabila Setiausaha Kerja Pas Kelantan dikatakan membeli bangunan yang dijadikan bangunan pejabat Amanah itu dari isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, pemilik bangunan itu.
Sedangkan menurut Adun Salor yang juga Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, ketika hayatnya Rosli telah menyerahkan tapak bangunan itu untuk digunakan oleh beliau sampai bila-bila.
Ia telah dibuat melalui satu surat bertulis kepada Husam. Dalam majlis perasmian nama bangunan itu, Rosli juga mengesahkan tanah itu diserahkan kepada Husam untuk digunakan.
Program Jom Pasang Bendera di bangunan PAS Salor itu dikatakan dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.
Ia turut disertai oleh Ketua Pemuda Pas, Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Ia telah menimbulkan kekecohan apabila Pemuda Amanah dengan bantuan Pemuda PH Kelantan bertindak menghalangnya.
Namun semua berakhir dengan aman apabila tidak ada sebarang insiden buruk berlaku.
Malaysia Dateline
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena