Ahad, 18 September 2016
Read More

NOTA BUAT SIDANG PENGARANG UTUSAN MALAYSIA
Wahai Pengarang Akbar Utusan!
Beritahulah kepada pembaca dan peminat akhbar anda bahawa:
Kami hanya gunakan 'lutut' ini untuk menyempurnakan sujud kami kepada Allah S.W.T
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil *SUJUD* (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula *TIDAK BERSIKAP SOMBONG takbur"* (Sajadah 15)
Kami berharap lutut ini terus memperkukuhkan kaki kami untuk menolong agama Allah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
(Surah Muhammad 7)
(Surah Muhammad 7)
Kami dilahirkan BEBAS dan MERDEKA oleh ibu-ibu kami dan tidak akan sama sekali tunduk melutut kepada sesama makhluk, sebagaimana teguran Sayidina Omar al-Khattab kepada Gabenornya di Mesir:
متى استعبدتم الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحراراً؟
"Sejak bila kami meminta manusia menyembahmu sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?"
Saya berharap agar mesej ini sampai kepada seluruh sidang pengarang dan wartawan Utusan Malaysia.
Sertai Kempen Pendaftaran Ahli Baharu AMANAH Melalui Sistem Online:
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Parti AMANAH Negara
Ahad 16 Zulhijjah 1437H
18 September 2016
18 September 2016