Showing posts with label memalukan. Show all posts
Showing posts with label memalukan. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Keengganan Pimpinan Baharu PAS mengarahkan wakilnya letak jawatan MEMALUKAN - Guan Eng

Khamis, 11 Jun 2015

Pimpinan PAS Memalukan – Guan Eng

LIMGUANENG-pas
Keengganan kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil PAS di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Malah, katanya tindakan empat Anggota Majlis PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada PAS di mata orang ramai.
“Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan ahli biasa PAS di Pulau Pinang. Malangnya, kepimpinan PAS yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan silu memegang jawatan kerajaan negeri.
“…walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan PAS yang baharu bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Rabu lepas, Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata secara logiknya PAS harus mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Anggota Majlis PAS berkenaan mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.
“Mujurlah masih ada pemimpin PAS yang mulia yang telah meletakkan jawatan walaupun keengganan kepimpinan baharu PAS menuruti tindakan mereka menamatkan hayat Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah mengemukakan peletakan jawatan mereka,” katanya.
Katanya beliau juga telah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.
Sabtu lepas (6 Jun) bekas Timbalan Presiden PAS itu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.
Pada 8 Jun, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Lim turut menempelak Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang mendakwa cadangannya untuk wakil kerajaan PAS meletakkan jawatan dengan hujah ekstremisme dan perkauman yang menyebabkan persepsi negatif terhadap DAP dalam kalangan orang Melayu.
Beliau berkata adalah amat dikesali apabila PAS berkelakuan seperti UMNO, sedangkan beliau telah mengumumkan sebelum ini bahawa mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh PAS akan diisi oleh orang Melayu yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP.

Read More

Sunday, 8 February 2015

[Video] Gambar yang 'memalukan ini mengejutkan' semua ahli PAS sebentar tadi...Apa lagi yang tak sudah neh!

Ahad, 8 Februari 2015

Gambar-Gambar Memalukan Ini Mengejutkan Semua Ahli PAS...




  • Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.

"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pasyang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 









Addin:

Jawatan presiden PAS lantikan wahyu atau mandat dari ahli-ahli. Jikalau jawatan tu dari mandat ahli-ahli, dia boleh ditukar ganti. Tiada masalah apa pun sebenarnya.. mungkin diaorang tak tahu sistem demokrasi dalam pemilihan dalam parti.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena