Showing posts with label muktamar PAS. Show all posts
Showing posts with label muktamar PAS. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Setelah DAP dipersetankan di muktamar PAS...Senang-senang Hadi dipermainkan Umno!

Khamis, 18 Jun 2015

Setelah DAP dipersetankan di muktamar PAS


Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat.

Namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14.

Meskipun perjuangan politik tujuh tahun Pakatan berakhir ekoran pelanggaran serius terhadap dasar bersama Pakatan oleh PAS, kita percaya bahawa impian dan visi ke arah Malaysia baru yang memiliki perpaduan nasional harus menjadi objektif utama.

Begitu juga dengan persefahaman antara kaum dan agama, rasa hormat, keadilan, akauntabiliti, urus tadbir yang baik, menamatkan rasuah dan salah guna kuasa, memelihara maruah, mempunyai sistem pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan yang baik serta persekitaran selamat.

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul dasar bersama Pakatan, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar itu.

Ini termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut.

Dipersetan di muktamar

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura bertemu segera bagi membincangkannya.

Sedangkan, pada masa ini, Majlis Syura masih belum dibentuk!

Datuk Haron Din sendiri berkata selepas muktamar beliau bukan lagi Mursyidul Am PAS sehinggalah majlis syura dibentuk semula.

Munculnya rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

(1) Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendirian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan di muktamar PAS.

(2) Hadi sudah dipermainkan Umno yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan untuk memberikan sokongan di peringkat nasional mahupun di Parlimen untuk melaksanakan hudud.

Ia akan secara langsung menimbulkan kemarahan 48 ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak, mencetuskan bukan sahaja risiko bagi survival Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi juga survival dan perpaduan Malaysia.

LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP merangkap ahli parlimen Gelang Patah.
Read More

Tuesday, 2 June 2015

Muktamar Pas...Siapa yang UMNO sokong?

Rabu, 3 Jun 2015
Dah boleh agak apa maksudnya....

Dua gambar ini aku terima melalui WhatsApp dari seorang Ketua Bahagian UMNO 

Korang boleh jangka apa tujuannya dan siapa yang UMNO sokong?


Posted by mountdweller at 7:00 AM 
Read More

Monday, 1 June 2015

[Video] Siapa 'Boneka UMNO' yang mencatur Pemilihan PAS...Apa rancangan mereka pada muktamar kali ini?

Selasa, 2 Jun 2015
Bagaimana Hassan Ali Mencatur Pemilihan PAS

Bagaimana Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sudah Lama Mencatur Pemilihan PAS, Tahun 2015 ini menyerlahkan lagipercaturan mereka setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka kini Menjadi Boneka UMNO..Ikuti seterusnya pendedahan oleh Ipoh Mali:

UG – Idea siapa?


Unity Government ini usul dari Ust Hadi sendiri. Siapa penyokongnya? Ust Nasharudin Mat Isa. Siapa penyokongnya? Hasan Ali al-Bugisi….

 Kenapa Gagal  Kenapa tak jadi? Tak jadi sebab, bila pemilihan dalam PAS berlaku hingga sekarang ini. Dulu-dulu dalam kepimpinan PAS, 80% adalah ulama’ …sekarang ni 75-80% adalah Parasit-parasit, Anwarinas-anwarinas….

Gagal Sebab Tuan Guru Nik Aziz.



Nik Aziz ini adalah seorang manusia tak mahu cerita Melayu lansung… Pasal Umno cerita Melayu, dia tak mahu cerita pasal Umno. Pasal Umno cerita pasal Melayu.

Nik Aziz tak nak… Melayu ni dia tak nak…Dia kata saya dilahirkan bukan sebagai Melayu. Saya dilahirkan sebagai orang Islam…Itu pandangan dia.

Mereka Menunggu TG Nik Aziz Tiada…

Kenapa Mereka Mahu Pro-Ulama’

Ust Hadi sebagai presiden tak boleh buat apa-apa sebab golongan ulama’ minoriti dalam Jawatankuasa Agong PAS Pusat.Majoriti 80% ialah Anwarinas….Dan juga saya namakan mereka sebagai parasit-parasit itu… Bagaimana Propaganda Hasan Ali Menyusup Masuk Dalam Pemilihan PAS?

 Ini sebabnya pemilihan kawasan menggunakan istilah parasit. 

Apa Rancangan mereka Pada Muktamar Kali Ini?



Apa yg perlu dilakukan, Pas ada pemilihan nanti…pada bulan Jun, ada pemilihan….  

Saudara-saudara, Apa yang sedang dibuat barangkali … setengah dari teman-teman , sedang mengusahakan supaya parasit-parasit ini tidak lagi dapat bertapak dalam PAS dan digantikan dengan ulama’-ulama’ …Demi Islam, demi Melayu…



Demi memertabatkan Islam dan Melayu, saya rasa, Tuan-tuan dan Puan-puan ... kalau misalnya Ust Hadi sahaja…kalau kepimpinan-kepimpinan dan beberapa kepimpinan Ulama’ yang saya kenal mereka, mereka rasanya tuan-tuan, mereka lebih... lebih...lebih bersedia bergabung dengan Umno daripada bergabung dengan DAP dan Pakatan Rakyat. 

Ingat Pesan TG Nik Aziz

Umno sekarang berpesta… pesta bahawa PAS dah masuk perangkap …PAS sama PAS dah kalut … PAS dengan Pakatan pun kalut…. Jadi PAS sama PAS dan berpecah …. Jadi Umno sudah berjaya. Berjaya memcahbelahkan orang PAS!

Mereka Terus Khianat….Mereka terus mempercayai Umno …Khianat rakan pakatan… Sila dengarkan rakamannya di sini 



Kredit kepada Ipoh Mali

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 
Read More

Thursday, 28 May 2015

Menjelang Muktamar PAS...Pelbagai 'rahsia demi rahsia' terdedah!

Khamis, 28 Mei 2015

Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar PAS


Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang ‘laman hantu’ di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. 

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli PAS pada realitinya berbeza dari imej yang ditonjolkan mereka selama ini.

Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini.

Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini.

Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan PAS.

Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.

"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.

"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.

Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.

Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.

Semalam, peguam Zulhazmi Sharif pula mendedahkan dalam Facebook miliknya, pihak yang bertanggungjawab di belakang kesilapan mencetak kertas undi Muktamar PAS 2013 lalu yang menyebabkan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi, mengambil tanggungjawab dan menawarkan peletakan jawatan.

Asmuni diserang dengan hebat, termasuk oleh menantu presiden PAS, yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU), Zaharudin Mohamad, kerana kesilapan yang bukannya dilakukan olehnya tetapi oleh seorang pemimpin PAS lain.

Zulhazmi tidak menamakan pemimpin PAS berkenaan tetapi menulis, "Hamba Allah itu lepas dari pertanggungjawaban sehingga hari ini, malah hamba Allah itulah yang 'pulun' buat rang undang-undang persendirian untuk (ahli Parlimen Marang) sekarang."

"Siapa Hamba Allah itu, hangpa cari sendiri lah.. silap-silap selepas pemilihan kali ini dia akan ketepikan Datuk Mustafa Ali untuk jadi setiausaha agung," tulisnya lagi.

Baru-baru ini, Zaharudin juga membuat pendedahan besar ketika berdialog dengan naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Beliau berkata, MSU membuat keputusan penting tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), namun ia belum diumumkan lagi.

Ekoran itu anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil membuat kenyataan meminta MSU mendedahkan keputusan yang dibuat, yang sepatutnya menjadi rahsia di kalangan ahli MSU sahaja.

Faiz dalam postingnya itu bertanya, benarkah MSU dalam satu forum pada 24 Mei lalu membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam PR.

"Jika benar, apakah keputusan yang dikatakan dibuat MSU itu? Sama ada MSU mahu kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada PR?" soal Faiz, juga seorang peguam, dalam tulisannya itu.

Muktamar parti itu dari 4 hingga 6 Jun ini akan diadakan di Kuala Selangor. 

Ia bakal menyaksikan hampir semua jawatan utama dipertandingkan termasuk jawatan presiden di mana Hadi akan ditentang bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Turut dicabar ialah timbalan presiden Mohamad Sabu yang akan berdepan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mempertahankan jawatannya. – tmi
BLM.
Read More

Thursday, 14 August 2014

Dua Adun PAS pening dan keliru...Contohi Khalid atau ikut cakap Tuan Ibrahim?

Khamis, 14 Ogos 214

2 Adun PAS memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS,  Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini. Beritanya di sini

Beliau tidak pula melarang 4 exco PAS dari menyokong Khalid yang telah dipecat oleh PKR kerana tidak mematuhi arahan parti tersebut.

Dua Adun PAS itu tentu pening dan keliru, samada mahu mencontohi perangai Khalid yang engkar arahan partinya, atau nak ikut cakap Tuan Ibrahim? Kah! Kah!

Kalau ikut cakap Tuan Ibrahim, akhirnya mereka kena juga ikut cakap Khalid yang tidak mahu ikut cakap partinya hingga kena pecat! 

Akhirnya 2 Adun PAS tersebut mengambil keputusan yang tepat dan bijak. Mereka memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS yang sudah diputuskan melalui tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan. 

Untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008. 

Catatan Oleh 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena