Showing posts with label pembela melayu. Show all posts
Showing posts with label pembela melayu. Show all posts

Saturday, 23 December 2017

[Video 'Merdeka! Dengan Darah!'] Laungan API kembali selepas 71 tahun? Umno SUDAH HILANG STATUS PEMBELA MELAYU! Sokong Umno sama seperti mahu melayu KEKAL MISKIN.

Ahad, 24 Disember 2017

'Merdeka, dengan darah!' laungan API kembali selepas 71 tahun

Di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, laungan perjuangan daripada zaman prakemerdekaan bergema di jalanan.
"Merdeka! Dengan darah!" laung sejumlah 100 yang rata-ratanya golongan muda.
Walaupun dengan laungan seumpama itu, peserta acara Rapat Umum Malaysia Muda hari ini bukanlah ingin mencetuskan sebarang kekecohan, sebaliknya mengenang kembali laungan kemerdekaan oleh sebuah gerakan yang berpengaruh ketika itu - Angkatan Pemuda Insaf (API) - sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Sebuah parti kiri yang, walaupun tidak bertahan lama, sangat signifikan ketika zaman sebelum Merdeka, dan sentiasa terpahat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.
Ia diasaskan pada 15 Februari 1946 dan diharamkan British pada 17 Julai 1947.
Salah seorang anggota terawal gerakan itu, Ishak Surin (gambar), hadir sebagai tetamu khas acara mengenang ulang tahun ke-71 API itu.
Dalam ucapannya, beliau menggesa agar sentiasa memastikan semangat API terus menyala demi memperjuangkan negara yang lebih baik untuk rakyatnya.
"Sejarah ini bukan sahaja kita ingati, tetapi hendaklah diteruskan sehingga negara kita ini menjadi adil dan makmur.
"Kita amat kecewa dan marah apabila kemerdekaan yang diperjuangkan para pejuang terdahulu telah dimonopoli oleh mereka yang bacul, yang mengkhianat, yang menginjak-injak rakyat negara ini," kata aktivis veteran itu yang pernah aktif dalam PAS dan kini menjadi Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Batu.
Beliau turut menyeru hadirin untuk mengingati perjuangan pengasas API dan PKMM, Ahmad Boestamam, yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, tidak lama selepas menang kerusi Parlimen Setapak pada pilihan raya umum (PRU) 1959 - PRU pertama selepas kemerdekaan.
Mandi bunga-kan negara
Acara bermula dengan hadirin berkumpul di depan pusat membeli-belah Sogo dan seterusnya berarak ke Maju Junction.
Hampir semua berpakaian putih dengan lilitan merah di lengan kiri - pakaian putih adalah uniform anggota API sebelum kongres pertamanya pada 1946.
Dengan iringan ketukan gendang, mereka menyanyi dan berarak sambil mengangkat sepanduk dan plakad bertulisan rumi, jawi, tamil dan cina tetapi dengan mesej yang sama - menggesa rakyat bangkit demi negara.
.malaysiakini.

UMNO SUDAH HILANG STATUS PEMBELA MELAYU, MENYOKONG UMNO SAMA SEPERTI MAHU MELAYU KEKAL DIMISKINKAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tanah milik Felda di Jalan Semarak yang dibangunkan untuk pembinaan Kuala Lumpur Vertical City telah berpindah milik kepada syarikat yang membangunkan projek tersebut tanpa pengetahuan dan tanpa dibayar walau sesen wang kepada agensi tersebut.

Ia berikutan Felda telah memberikan "power of attorney"  atau surat kuasa penuh kepada syarikat tersebut atas alasan kononnya untuk memudahkan mereka  mencagarkan bagi mendapatkan pinjaman bank, tetapi syarikat itu telah memindahkannya kepada diri mereka sendiri. 

Dengan pindah-milik itu, tanah Felda tersebut telah berpindah milik secara percuma dan menjadi milik syarikat terbabit.
Sukar untuk kita membayangkan bagaimana perkara ini boleh terjadi dan surat kuasa penuh itu boleh diberikan jika tiada unsur rasuah dan habuan lumayan menanti di sebaliknya.

Meskipun polis kini sudah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dari segi penipuan dan pecah amanah, tetapi sewajarnya SPRM juga turut menyiasat dari segi kebarangkalian ada pihak-pihak tertentu mendapat habuan dan untung besar daripadanya.

RM270 juta dapat secara percuma, mustahil tiada apa-apa?

Walaupun Felda dilaporkan berusaha mendapatkan balik tanah tersebut, persoalan utamanya ialah Melayu yang menjaga amanah bangsa dan negara telah sewenang-wenangnya menggadai maruah itu demi kepentingan diri mereka sendiri.
Ia pula bukan pertama kali berlaku dalam Felda. Sebelum ini banyak hotel dan hartanah dibeli di luar negara dengan harga yang dinaikkan, lebih malang beberapa daripadanya dinamakan atas syarikat yang didaftarkan di BVI yang kita sampai hari ini tidak tahu siapa pemilik yang sebenarnya.

Akhirnya, kekayaan Felda yang dibina dengan titik peluh peneroka seolah-olah hanya menjadi habuan untuk "para jerung dan buaya" membahamnya tanpa ada sedikit perasaan belas dan kasihan dalam hati mereka.

Sebab itu, dalam isu tanah Felda dan beberapa kebobrokan lainnya, selain harapan rakyat ialah agar segala pendurjana dihukum dengan seberat-beratnya, hakikat yang harus disedari juga ialah selagi di bawah jenama UMNO, meski bagaimana kuat berkokok untuk membela bangsa dan agama sekali pun, penyudahnya mesti skandal dan keuntungan untuk diri sendiri juga yang diutama.

Di Kuala Lumpur, sejak Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, dilaporkan sebanyak 45 bidang tanah telah diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka.
Menurut mereka yang tahu mengenai perkara itu, sebahagian besar daripadanya diserahkan kepada syarikat kain yang didakwa mempunyai hubungan akrab dengan orang atasan UMNO.

Yang menyedihkan lagi, didendangkan pula kononnya tanah itu tidak diberikan melalui tender terbuka, maknanya dijual dengan harga murah, adalah untuk memastikan rumah-rumah mampu milik dapat dibina di atas tanah tersebut untuk kemudahan rakyat memiliknya.

Lawak betul...adakah rumah-rumah di KL ini murah dan majoriti rakyat mampu memilikinya?

Di mana dan berapa banyak rumah mampu milik sudah dibina selama ini, berbanding rumah mewah dan kondo mahal?

Lebih dari itu, kita turut kerap dihidangkan dengan bagaimana tanah awam dan tapak permainan pun ditukar menjadi tanah pembangunan serta dimiliki oleh kroni-kroni di sekitar Kuala Lumpur ini.
Tidakkah semua mereka ini adalah "pendurjana dan buaya-buaya" belaka?

Di Johor di mana seorang Exco kerajaan negeri telah ditahan, didakwa dan kini menunggu tarikh perbicaraan, ia juga tidak kurang dahsyatnya di mana pertukatan status Bumiputera kepada bukan Bumiputera telah dijadikan bahan dagangan dengan nilai keuntungan yang berjuta-juta.

Akhirnya, pemimpin Melayu yang berjuang atas nama UMNO yang membela Melayu, lebih ghairah untuk menjual kepentingan bangsanya sendiri berbanding mempertahan atau menambah pemilikannya.

Mereka ini, biasanya apabila lagi kuat melaung untuk membela Melayu, lagi kuat jugalah menipu Melayu.
Tidak lupa juga, kem tentera Sungai Besi yang pada mulanya diserahkan kepada 1MDB, kemudian dijadikan Bandar Malaysia dan kini sudah pun menjadi kawasan pembangunan yang diserahkan kepada syarikat dari negara China untuk membina dan menguasainya.

Secara tidak langsung, Chinalah yang bakal menguasai Bandar Malaysia itu nanti.

Selain kem tentera itu, sejak Najib Razak terpalit dengan skandal 1MDB, sudah tak terhitung - daripada pelabuhan, laluan keretapi, pembinaan rumah, tenaga elektrik sehinggalah kepada bekalan ayam dan sayur-sayuran - semuanya sudah dibolot oleh China.

Di samping itu, di semua negeri yang dikuasai UMNO, tanah-tanah rizab Melayu hanya tinggal kenangan yang mengusik jiwa saja lagi statusnya. Ia hanya boleh dijadikan kenang-kenangan kerana sebahagian besarnya telah dijual oleh pemimpin Melayu sendiri kepada orang asing atas nama pembangunan yang sudah tentu ada habuan besar menanti di sebaliknya.

Maka, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada UMNO?
UMNO, lebih-lebih lagi di bawah teraju Najib, sebenarnya sudah hilang hak dalam perjuangan membela orang Melayu. UMNO kini lebih terkenal sebagai penjual kepentingan dan maruah Melayu. 

Terus menyokong UMNO tidak saja memungkinkan skandal demi skandal berkaitan kepentingan Melayu akan berterusan berlaku, malah selama-lamanya Melayu akan kekal dimiskin serta diperalatkan. (ShahbudinHusin 23/12/2017)
Read More

Monday, 3 November 2014

Hasil perjuangan parti keramat PEMBELA MELAYU...Baliklah ke hutan wahai Melayu!

Isnin, 3 November 2014

Hasil perjuangan parti keramat PEMBELA MELAYU... apa komen melayu UMNO?

Baliklah ke hutan wahai Melayu

SUBKY LATIF | 31 Oktober 2014.

RAKYAT yang menduduki Kampung Chubadak di Kuala Lumpur nampak dikalahkan oleh kerajaan, Dewan Bandaraya dan swasta apabila rumah terakhir di salah sebuah kawasan kampung itu kepunyaan Mak Cik Wahida dimusnah – diroboh dan sarapnya dibakar.

Seolah-olah itu mengakhiri perjuangan rakyat – penduduk dan penyokongnya bagi mempertahankan perkampungan orang Melayu di bahagian kota raya itu.

Chubadak adalah satu daripada baki perkampungan Melayu yang tinggal sedikit di kota itu. Lain-lain tempat sudah habis termasuk tanah rizab Melayu. Lebih 50 tahun mereka mempertahankan perkampungan itu termasuk menyertai Umno. Rupanya Umno juga tidak kebal dan tidak memberi bekas.

Status rizab Melayunya dikatakan sudah lama lucut. Jika yang digezetkan rizab pun habis, apalah yang diharapkan tanpa status rizab, sekadar didiami orang Melayu bangsat saja.

Isu Kampung Chubadak diserahkan kepada saudagar bukan Melayu kecoh sejak sekian lama tetapi agak tegang sekitar enam bulan lalu. Ada riak dan bunga perkauman atas penyerahan kepada saudagar bukan Melayu itu. Ia jadi perkampungan Melayu sejak sekian lama, tiba-tiba diserahkan kepada swasta bukan Melayu bagi memajukannya.

Putik perkauman itu seolah layu apabila ada kenyataan daripada saudagar berkenaan dikatakan menarik diri daripada memajukan tanah berharga itu. Kenyataan itu amat dihargai kerana ia dikira dapat menamatkan perbalahan antara rakyat dan kerajaan pilihan rakyat.

Saya pernah menulis enam bulan lalu mengalu-alukan kenyataan saudagar itu dengan harapan masa bagi saudagar lintah darat mula berakhir.

Enam bulan lalu juga Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diharapkan dapat membela orang Melayu miskin dan tertindas di Kuala Lumpur itu menyatakan hasratnya untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu yang banyak terhakis di kota itu. Tanah kosong sudah tidak banyak. Mana tanah yang tinggal untuk dijadikan tanah rizab Melayu, ganti tanah yang disapu ular air sejak merdeka?

Jika saudagar tadi dikatakan menarik diri daripada memajukan Kampung Chubadak, maka ia adalah satu peluang baik bagi menjadikannya antara ganti tanah rizab yang Datuk Bandar cadangkan itu.

Dengan kerja terakhir kerajaan pilihan rakyat membantu saudagar menceroboh perkampung Melayu Chubadak itu, menjadikan kenyataan saudagar menarik diri itu seperti helah Peringgi membeli tanah sebidang belulang lembu di Melaka dulu unuk dijadikan tapak pembinaan Kota Melaka dan mengulangi janji Sir Stanford Raffles membeli Singapura daripada Sultan Johor dulu. Raja Melaka tertipu, Sultan Johor dan orang Singapura asal tertipu.

Tidakkah orang Chubadak tertipu? Memang mereka tertipu. Melayu bukan sekadar mudah lupa, bahkan mudah tertipu.

Siapa tipu mereka? Kerajaan dan DBKL yang bersahabat dan tidak salah jika dikira bersubahat dengan saudagar.

Penduduk Chubadak sejak sekian lama dikira oleh kerajaan sebagai setinggan. Akhir-akhir ini mereka dikira peneroka bandar. Almarhum Tan Sri Yaakub Latif semasa menjadi Datuk Bandar KL menyifatkan setinggan adalah seri keindahan Bandar raya Kuala Lumpur.

Dan apa puncanya Kuala Lumpur dibanjiri setinggan secara mendadak? Justeru seruan Almarhum Tun Razak ketika baru menjadi Perdana Menteri dulu, menggesa orang kampung berhijrah ke bandar tidak kira ada kerja atau tidak, sebahagian satu kaedah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Chubadak adalah antara kawasan yang mereka isi.

40 tahun selepas Tun Razak meninggal, setinggan sudah tidak ada tempat tinggal di KL. Inna lillah wainna ilaihi rajiun! Baliklah kamu ke hutan? – HARAKAHDAILY 31/10/2014
Read More

Saturday, 1 November 2014

Budak-budak UMNO KTMB kena buang kerja?...Terima kasih kepada semua pembela melayu!

Sabtu, 1 Oktober 2014
Photo: terima kasih kepada semua pembela melayu..dari warga kampung chu badak
Terima kasih kepada semua pembela melayu..dari warga kampung chu badak




Photo: Apa jawapan dia?
Apa jawapan dia?
Photo: George Kent (M) yg dimiliki billionaire Tan Kay Hock telah menerima LoA (Letter of Award) dari Kementerian Kesihatan untuk membina Hospital Kuala Lipis fasa 2 yg berjumlah RM57 juta ringgit..Syarikat pengeluar meter air(hehe) kini diberi tender utk projek pembinaan Hospital plak... Rakan golf Najib ni mesti hebat orgnya kerana selain hospital diberi juga tender utk projek MRT walaupun pada mulanya tidak berjaya dlm tender terbuka.... harap jgn sampai Hospital Kuala Lipis ditukar nama pada Hospital Kuala Rosmah....

Add acc baru gua King Jason ori : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

George Kent (M) yg dimiliki billionaire Tan Kay Hock telah menerima LoA (Letter of Award) dari Kementerian Kesihatan untuk membina Hospital Kuala Lipis fasa 2 yg berjumlah RM57 juta ringgit..Syarikat pengeluar meter air(hehe) kini diberi tender utk projek pembinaan Hospital plak... Rakan golf Najib ni mesti hebat orgnya kerana selain hospital diberi juga tender utk projek MRT walaupun pada mulanya tidak berjaya dlm tender terbuka.... harap jgn sampai Hospital Kuala Lipis ditukar nama pada Hospital Kuala Rosmah....

Add acc baru gua King Jason ori : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

Photo: Budak2 UMNO KTMB yg kena buang hentam UMNO....setakat ni 41 pekerja telah dibuang kerja akibat berpiket menentang CEO KTMB...Datuk Elias Kadir Crony UMNO yg rapat dengan Najib

add acc baru gua : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778
Budak2 UMNO KTMB yg kena buang hentam UMNO....setakat ni 41 pekerja telah dibuang kerja akibat berpiket menentang CEO KTMB...Datuk Elias Kadir Crony UMNO yg rapat dengan Najib
add acc baru gua : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

Photo: Mereka tak putus asa merancang kemenangan dalam PRU.. 

IC Projek mewarganegarakan pendatang Filipina. Baca perengan 4 apa dia tulis?

Pimpinan PR tak teringgin ke nak halang supaya tak ada penipuan pilihanraya?

Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat masih tidur.. mereka tak hengin pun nak tumbangkan BN....

Kita pulak lebih2 nak tukar kerajaan kan?

#BabidimanaMana

add me :

https://www.facebook.com/kingTakSelamanyaKing
Mereka tak putus asa merancang kemenangan dalam PRU..

IC Projek mewarganegarakan pendatang Filipina. Baca perengan 4 apa dia tulis?

Pimpinan PR tak teringgin ke nak halang supaya tak ada penipuan pilihanraya?

Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat masih tidur.. mereka tak hengin pun nak tumbangkan BN....

Kita pulak lebih2 nak tukar kerajaan kan?

#BabidimanaMana

add me :

https://www.facebook.com/kingTakSelamanyaKing
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena