Showing posts with label peneroka Felda. Show all posts
Showing posts with label peneroka Felda. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

[Video Mahathir sedang menewaskan Najib dalam catur & Tiada Abang Long Dalam PH] Dulu baja kena curi, tapi sekarang tanah pula’–Peneroka Felda.

Ahad, 7 Januari 2018



‘Dulu baja kena curi, tapi sekarang tanah pula’ – Peneroka Felda


Seorang wakil peneroka Felda melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku kepada agensi itu hari ini.
“Kalau dulu zaman Tan Sri Raja Alias selaku pengerusi Felda berita yang kita dengar adalah berita kecurian baja, kecurian buah, kecurian lantun (getah beku).
“Tetapi hari ini hak milik tanah Felda hilang begitu sahaja,” tegas Abdul Rahman Ramli dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) 2018 di IDCC hari ini.
Beliau dipercayai mengulas mengenai skandal penukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur melalui transaksi yang meragukan sejak 2015 seperti didedahkan Berita Harian baru-baru ini.

Tanah yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu, lapor akhbar berkenaan, berisiko jatuh ke tangan sebuah syarikat.
Beliau dalam pada itu turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan rakus kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang dilihat tidak mempedulikan nasib peneroka.
“Bukan sahaja ribuan ringgit, malahan jutaan ringgit telah hilang dari kantung Felda ekoran kelemahan tadbir urus kepimpinan-kempinan Felda dan dari UMNO dan Barisan Nasional (BN),” ujarnya.
Peneroka hari ini katanya dibebani hutang yang besar ekoran kelemahan dasar yang dibawa Felda.
“Sampai bila peneroka Felda akan menanggung hutang yang tinggi, yang seterusnya diwariskan kepada anak mereka.
“Hutang peneroka hari ini bukan sahaja puluhan ribu terapi mencecah ratusan ribu ringgit.
“Cuba kita bayangkan kalau sekarang usia mereka kini 60 tahun, berapa tahun pula hutang mereka ini akan habis,” soalnya.
Sehubungan itu beliau berharap HARAPAN dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal membabitkan Felda jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Siasatan itu harus dilakukan khususnya membabitkan zaman Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda,” tegasnya. – Roketkini.com


Read More

Monday, 27 November 2017

[Video APA YANG MELANDA FELDA HARI INI~ Pendedahan Bekas Kakitangan FELDA] Peneroka Felda tunjuk isyarat kebangkitan, Umno-BN tidak boleh lagi tidur lena.

Selasa, 28 November 2017

Peneroka Felda tunjuk isyarat kebangkitan, Umno-BN tidak boleh lagi tidur lena

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Salahuddin Ayub berkata, Umno-BN kini tidak lagi boleh tidur nyenyak apabila peneroka Felda yang mereka sifatkan sebagai pengundi tegar mereka selama ini sudah menunjukkan sambutan luar biasa kepada program yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).

Kehadiran peneroka yang begitu menggalakkan dalam program Luaskan Harapan anjuran PH di Felda Papan Timur Pengerang Johor baru-baru ini memberi isyarat bahawa telah berlaku kebangkitan dalam kalangan mereka yang disifatkan sebagai pengundi tegar Umno-BN selama ini.

“Dalam jelajah ceramah ‘Luaskan Harapan’ yang dibuat di Felda Papan Timur Pengerang Johor kali ini, peneroka Felda menunjukkan suatu gelombang kebangkitan yang hebat telah berlaku apabila kehadiran mereka Felda ke siri jelajah ceramah ini begitu menggalakkan.
“Kebiasaan yang hadir ke ceramah PH di kawasan Felda hanya sekitar 50 orang sahaja namun pada malam program Luaskan Harapan ini, kehadiran mencecah 500 orang mereka yang hadir dikenal pasti memang daripada kalangan peneroka.
“Ia adalah suatu fenomena yang akan membuatkan Umno-BN tidak tidur lena. Hal ini tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran kita sebelum ini kerana umum mengetahui undi dari Felda inilah yang selama ini menjadi talian hayat Umno-BN,” kata Salahuddin sewaktu berucap dalam ceramah ‘Luaskan Harapan’ di Felda Papan Timur Pengerang Johor baru-baru ini.
Timbalan Presiden AMANAH itu juga menegaskan bahawa kehadiran yang ramai itu memberikan isyarat jelas bahawa rakyat kini sudah sedar bahawa permasalahan yang mereka alami selama ini adalah hasil kerosakan yang dilakukan pemimpin Umno-BN.
Pimpinan tempatan bergambar bersama Salahuddin Ayub (empat dari kiri).
“Ini adalah isyarat jelas menandakan Umno-BN sudah ditolak oleh rakyat termasuk peneroka, yang telah berubah untuk bersama-sama memperjuangkan hak mereka dengan menunjukkan sikap hadir ke ceramah Pakatan Harapan (PH).
“Gelombang perubahan ini perlu disambut baik oleh pimpinan PH supaya kita akan terus dilihat sebagai peneraju yang menyambut kebangkitan mereka sekali gus membawa agenda yang murni yakni memartabatkan rakyat.
“Saya sangat berpuas hati dengan kehadiran yang menggalakkan ini dan kami (PH) akan meneruskan agenda untuk menyusun jadual untuk mendekati golongan yang selama ini mudah dipermainkan oleh pemimpin Umno/BN,” ujar beliau.
Malaysia Dateline
Read More

Saturday, 26 August 2017

[Video PKR Hilang Semua Kerusi Di S'gor Jika Terus Kerjasama Dengan PAS] Insentif RM5,000 hak peneroka Felda; Apa perlunya Geran Hak Milik?

Sabtu, 26 Ogos 2017

Foto Pakatan Harapan.

KENYATAAN MEDIA ANAK: Insentif RM5,000; Apa perlunya Geran Hak Milik? ðŸ¤”

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) dihubungi ramai peneroka Felda dan waris/pentadbir kebun, yang ragu dan keliru dengan arahan Felda, agar melengkapkan semua dokumen termasuk menyertakan geran hak milik kebun dan rumah. 

Ia antara syarat bagi membolehkan mereka layak mendapatkan insentif RM5,000 seperti di umumkan YAB Perdana Menteri.

ANAK mohon penjelasan Pengarah Besar Felda, mengapa dokumen yang penting seperti Hak Milik diperlukan, walhal ketika durian runtuh RM 15,000, sebelum PRU 13, dokumen yang sama telah diserahkan kepada Felda.

Jika rekod dan maklumat peneroka telah sedia ada samada di Ibu Pejabat Felda maupun Felda di peringkat rancangan(seperti diminta sebelum ini), apa perlunya di beri lagi?

Di saat Felda bermasalah, pemberian dokumen dan salinan hak milik tanpa alasan kukuh, tentu sekali menimbulkan kebimbangan. Ia boleh terdedah kepada manipulasi, yang akhirnya menjerat peneroka.

Seperti mana durian runtuh RM15,000, yang kemudiannya mendedahkan RM1.7 Bilion(RM15,000×112,635 peneroka) datangnya dari penyenaraian FGV di Bursa Malaysia; ANAK yakin pemberian RM5,000, itu datangnya dari duit peneroka sendiri!

ANAK menyokong peneroka Felda mengambil wang RM5,000 berkenaan, kerana ia hak peneroka.

Namun, jangan sesekali mengikat diri/berAku Janji bagi memenangkan Kerajaan yang korup dalam PRU 14 ini.

Harga diri peneroka dan warga Felda umumnya, tidak semurah dedak yang ditabur; sebaliknya Kerajaan baru yang dipilih, mestilah membawa agenda perubahan bagi mengembalikan Felda diatas landasan yang betul.

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
Read More

Thursday, 20 July 2017

[Video Rakyat Tolak PAS Yang 'Termakan Dedak' Najib Umno?] Peneroka Felda sokong HARAPAN, UMNO boleh berhenti berangan.

Jumaat, 21 Julai 2017

Peneroka Felda sokong HARAPAN, UMNO boleh berhenti berangan


PETALING JAYA, 20 JULAI: Jika dahulu program pembangkang seolah-olah dipandang sepi peneroka Felda, kini suasana itu telah jauh berubah apabila semakin ramai masyarakat peneroka berani tampil memeriahkan majlis yang dianjurkan.
Realiti ini jelas menggambarkan kekuatan UMNO yang sering dilihat dominan di kawasan-kawasan Felda selama ini semakin goyah meskipun dimenangi parti itu sebelum ini.
“Saya nak bagi berita yang tak berapa baik (kepada) Barisan Nasional (BN) jangan mimpi macam itu lagilah,” kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi PPBM di ibu pejabat parti itu semalam.
“Kita dapat maklumbalas yang cukup jelas.
“Sambutan yang diberikan peneroka di tanah rancangan kepada Pakatan Harapan, termasuk PPBM agak hebat,” katanya.
Ia sekaligus menempelak kenyataan menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Keruak semalam yang secara sinis menganggap hasrat HARAPAN untuk memenangi kerusi di kawasan Felda sekadar angan-angan.
Perkembangan mutakhir sokongan peneroka Felda terhadap Harapan dapat dilihat ketara sejak awal tahun lalu.
Ia disemarakkan lagi dengan siri Jelajah Semarak Kasih Felda yang dianjurkan PPBM bersama NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan kepimpinan HARAPAN.
Dalam program Februari lalu, ribuan peneroka Felda Jengka 8, Pahang tanpa segan silu dan  gentar membanjiri kawasan ceramah.
Kebangkitan warga peneroka negara ini terus dapat dilihat dalam siri-siri jelajah kawasan Felda seluruh termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Ia tercetus ekoran kemelut pengurusan Felda Global Ventures (FGV) dan skandal 1MDB melibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam yang membimbangkan.
Pengerusi Biro Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri dalam laporan Roketkini sebelum ini berkata, sokongan yang ditonjolkan warga Felda merupakan petanda bahawa masyarakat peneroka semakin berani menyatakan pendirian mereka.
Tambahan lagi ketika itu wujudnya pertelingkahan antara Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang secara langsung memberi isyarat sesuatu yang buruk berlaku dalam pengurusan FGV.
“Selama ini peneroka dan warga Felda diugut dan diancam dengan pelbagai peraturan. Buang dari rancangan lah, susah anak nak dapat bantuan lah. Orang Melayu ugut orang Melayu.
“Yang takut berlakunya perubahan kerajaan ialah orang yang ada kepentingan.
“Yang takut kerajaan baru ialah golongan berkepentingan yang menjadikan Felda sebagai sumber mencuri wang. Mereka yang korup dan menggunakan kedudukan dan jawatan mengaut duit Felda, merekalah yang takut,” katanya yang juga Ahli Parlimen Raub. – Roketkini.com
Kredit foto: FB @pribumibersatuofficial
Read More

Monday, 10 July 2017

[Video TMJ raja luar biasa, kata TKM Sarawak] Peneroka Felda dijerut hutang & Najib Rosmah pulak anak-beranak SERTA MENANTU dipunggah semua sekali berjoli sakan holiday terbang ke luar negara!

Isnin, 10 Julai 2017

Image result for Gambar peneroka felda bersusah payah

Foto Suara Rakyat.
Kasihan Presiden Indonesia yg tak paham2 konsep Islam Wasatiyyah Najib.. Najib Rosmah anak-beranak SERTA MENANTU dipunggah semua sekali berjoli sakan holiday terbang ke luar negara guna jet VVIP mewah kerajaan.

Kalau tak mampu, buat cara tak mampu dok je bercuti dlm negara shj.. 



Peneroka dijerut hutang, perjanjian berat sebelah


Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Hulu Selangor mendedahkan keluarga mereka dijerut hutang akibat perjanjian tanam semula yang dianggap berat sebelah dengan kadar faedah yang tinggi.
Generasi ketiga peneroka Felda Gedangsa, Syafiq Musa, berkata, golongan peneroka pada masa ini tidak lagi diberi penjelasan berkenaan kaedah tanam semula selain dibebani hutang ratusan ribu ringgit.
"Kami mahu kerja-kerja ladang diterangkan kepada peneroka dengan memaklumkan bila mula tebang dan tanam semula bukan sekadar serah borang suruh tandatangan.
"Kalau dulu, tiga tahun tanam boleh ambil pinjaman sara hidup tetapi sekarang perlu menanti sehingga lapan tahun. Pinjaman sara hidup pula bersifat hutang dengan kadar faedah tinggi mencecah 6.25 peratus," ujarnya.
Menurutnya, lebih malang apabila peneroka tidak diberi penyata hutang dengan bebanan ditanggung oleh waris maasing-masing.
"Kebanyakan peneroka generasi awal akan ikut saja kehendak Felda tanpa diberi penjelasan yang sewajarnya. Peneroka tidak diberi penyata hutang.
"Apabila ditanya hutang berapa, ada yang jawab RM100,000, RM200,000. Paling membimbangkan kami, timbunan hutang ini diwariskan pula kepada anak, cucu," tegasnya dipetik dari akhbar mingguan Amanah terbaharu Edisi 58.
Beliau menyifatkan syarat-syarat dalam Perjanjian Tanam Semula Kali Kedua dan Pengurusan Kebun antara Felda dan peneroka rancangan lebih banyak menyebelahi anak syarikat Felda iaitu Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP) yang dilantik untuk menguruskan kebun peneroka.
Jelasnya, peneroka dibebani dengan potongan Caruman Tabung Tanam Semula, Tabung Pemulihan Ladang dan Jalan Pertanian pada setiap bulan dan bagi setiap ekar kebun yang diusahakan.
Walau bagaimanapun, katanya, manfaat hasil kutipan tabung terbabit menimbulkan tanda tanya apabila dilihat gagal disalurkan kembali demi kepentingan peneroka rancangan.
"Duit pelbagai jenis tabung itu bila kita tanyakan mana perginya, pihak Felda gagal jawab. Kita pertikaikan sebab kenapa hutang peneroka terus bertambah sedangkan setiap bulan peneroka bayar.
"Masalah ini bukan sahaja berlaku di sini (Felda Gedangsa). Semua tanah rancangan pun alami isu sama. Sepatutnya hasil Tabung Tanam Semula dan Tabung Pemulihan Ladang digunakan kembali sesuai dengan namanya.
"Kalau tidak dimanfaatkan kepada peneroka, jadi hasil menabung itu untuk siapa? FTP tidak mengurus ladang secara efisien. Hutang ditanggung peneroka tapi keuntungan diambil oleh FTP, " bidasnya.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata, pihak FTP menggunakan pelbagai alasan apabila peneroka mengadukan masalah termasuk alasan pekerja tidak mencukupi selain masalah kontraktor.
"FTP patut pastikan mereka cukup pekerja dan kontraktor lantikan mereka buat kerja. Mereka tidak boleh lepas tangan.
"Bagi projek pada kontraktor kemudian lepas begitu saja sebab tanggungawab FTP pastikan kontraktor berkebolehgan menguruskan ladang.
"Felda lantik FTP urus kebun sawit peneroka sudah lebih 10 tahun lalu. Sebelum adanya FTP, tiada masalah seperti sekarang ini sebab Felda yang urus tender, lantik kontraktor.
"Sekarang, bila pengurusan ladang diserah kepada FTP, kontraktor pula biasanya akan buat pula subkontraktor. Itu yang kos pekerja jadi rendah dan akibatnya mereka kerja sambil lewa," tambahnya lagi.
Read More

Friday, 3 March 2017

[Video Felda Bakal TUMBANGKAN NAJIB PM paling BAHAYA!] PRU14: Siapa pilihan peneroka Felda kali ini?

Sabtu 4 Mac 2017

PRU14: SIAPA PILIHAN PENEROKA FELDA KALI INI?

Mereka ini menghuni jauh di kawasan pedalaman, di mana kelapa sawit dan getah saujana mata memandang.
Namun mereka ini adalah penentu atau pembuat keputusan siapa yang bakal memenangi pilihan raya.
Mereka ini kumpulan peneroka Felda, yang selama beberapa dekad lalu dianggap sebagai pengundi tegar yang menyokong BN dan memastikan gabungan itu terus berkuasa.
Dan ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) semakin dekat, penempatan peneroka menjadi medan pertempuran baru.
Dalam usaha untuk menghakis sokongan padu BN itu, Pakatan Harapan dan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memulakan siri jelajah PRU14 di seluruh negara dengan tumpuan di penempatan Felda.
Pembangkang menampilkan personaliti dengan nama besar seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Matlamatnya adalah untuk mempengaruhi peneroka Felda untuk menyokong pembangkang pihak pembangkang untuk membolehkan mereka memenangi kerusi yang mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Daripada 52 kerusi Parlimen di kawasan daerah mengundi Felda, sembilan kerusi yang dimenangi oleh BN adalah semata-mata daripada sokongan peneroka dan keluarga mereka.
Empat daripada kerusi itu dipegang oleh menteri persekutuan, iaitu Bera oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bentong oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Segamat oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam; dan Tanjung Malim oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.
– M’kini
MC.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena