Showing posts with label penjara Sg Buloh. Show all posts
Showing posts with label penjara Sg Buloh. Show all posts

Monday, 24 August 2015

GHB hentam Najib 'terbangsat'? Jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sg Buloh.

Isnin, 24 Ogos 2015

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat'

Susan Loone
Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.
Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.
Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.
"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.
"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.
Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.
Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).
Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan.
"Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya.
Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja).
Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013.
"Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis.
"Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India".
"Jadi bila kita mempunyai kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu, maka kita ada wakil-wakil yang akan menjadi suara umat Islam," kata Mat Sabu.
Beliau juga memberi contoh Dyana Sofya Mohd Daud (foto), yang bertanding menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.
Mengimbas kembali kata-kata "bekas presiden" beliau (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Mat Sabu berkata Dyana Sofya seorang yang berani dan dia mewakili DAP untuk menentang calon Cina, bukan calon Melayu.
"Jangan bimbanglah. DAP seorang diri tak boleh perintah Malaysia. Boleh ke DAP perintah Malaysia?" tanya Mat Sabu lagi.
"Bertahun-tahun pun tak boleh. Mesti ada sepakatan antara DAP, PKR dan GHB ," tambahnya.
Mat Sabu berkata politik bukan berdasarkan kepada statistik tetapi kepada persepsi dan pada masa ini, tambanya, persepsi orang Melayu ialah jika Umno kalah, DAP akan perintah Malaysia.
Tetapi, katanya, sampai bila orang Melayu akan tertipu.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai tinggi GHB, termasuk Ahli Parlimen Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Hanipa Maidin (Sepang), Dr Hatta Mohd Ramli (Kuala Krai), bekas naib presiden PAS PAS Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Rashid Hasnon mewakili PKR dan Exco kerajaan negeri Chow Kow Yeow mewakili DAP.
Malaysiakini
Read More

Saturday, 11 July 2015

[Video] Kisah Anwar & Amin Al-Maunah...'Bau harum' di penjara Sg Buloh

Sabtu, 10 Julai 2015

Kisah Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung

Written By canang

 Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung (LINK). Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin

Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi siAmin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. Mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung..

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hamba nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. -Wallahua’lam

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena