Showing posts with label satu lawan satu. Show all posts
Showing posts with label satu lawan satu. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

Serahkan kami kerusi dimenangi Umno, Muhyiddin beritahu PAS.

Isnin, 3 Oktober 2016
MASIH ANDA INGAT.. "Dgn duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun" -Najib

Mula2 bg #BR1M dipercepatkan..
Kemudian harga minyak naik... 

KAH!! KAH!! KAHHHH !!!
Korang tak kesah pon kena tipu SEBAB KORANG MAKAN DEDAK MEMANG SUKA KENA KENCING NAJIB...

Serahkan kami kerusi dimenangi Umno, Muhyiddin beritahu PAS

 | October 2, 2016
Muhyiddin buat pertama kali menyampaikan ceramah dalam program PAS semalam dalam usaha meyakinkan parti itu bekerjasama dengan pembangkang lain.


muhyiddin-pas
KEMAMAN: Dalam ceramah yang buat pertama kali di atas pentas PAS, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menawarkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan PAS dan Pakatan Harapan bagi memastikan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Presiden PPBM itu memberikan 3 jenis kerjasama yang boleh berlaku antara mereka iaitu pembentukan barisan pembangkang, kerjasama antara PPBM, PAS dan Pakatan Harapan (PH), atau kerjasama pilihan raya (electoral pact) antara kesemua mereka.
“Kita yakin kerjasama ini akan menggoncang orang Putrajaya dan silap-silap dia tidak akan buat pilihan raya sampai bila-bila,” kata Muhyiddin yang berceramah di atas pentas PAS di Kemaman, Terengganu, malam tadi.
Dalam ucapan itu, Muhyiddin turut mengesahkan pertemuannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu, yang menurutnya berjalan dengan baik.
Muhyiddin juga mengaku sudah beberapa kali bertemu dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk tujuan yang sama.
Muhyiddin yakin, melalui perbincangan dengan semua pihak itu, pertandingan satu lawan satu yang dicita-citakan itu akan boleh berlaku dalam PRU nanti.
“Ini adalah jihad untuk kita memelihara maslahah Malaysia di masa depan,” kata Muhyiddin di depan kepimpinan dan penyokong PAS Terengganu
Walaupun rata-rata PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersetuju bekerjasama dengan PPBM, pendirian PAS dilihat masih samar, dengan tiada keputusan jelas daripada pucuk pimpinan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan parti yang berusia kurang sebulan itu.
PAS juga dilihat kurang senang dengan kehadiran DAP dan Amanah, sementara masih menjalinkan hubungan dengan PKR.
‘Beri kami kubu Umno’
Menurut Muhyiddin, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan PAS termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.
“Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.
“Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama,” kata Muhyiddin.
Menurut Muhyiddin, kerja mengalahkan BN tidak mungkin dilakukan satu parti sahaja sama ada PPBM, PAS atau PH, tetapi boleh dilakukan melalui gabungan semua parti.
“Saya tahu cabaran bagi Bersatu (PPBM) amat besar, begitu juga PAS, tetapi jika niat dan nawaitu kita mahu menjatuhkan pemimpin yang tidak beramanah ini, kita tidak boleh lihat perbezaan antara kita.
“Bersatu bersedia bekerjasama dengan PAS dalam apa-apa keadaan sekali pun,” kata Muhyiddin di majlis itu.
Muhyiddin pada Selasa lepas memberitahu beberapa bakal pemimpin PPBM Kelantan kesediaan parti itu berperanan menjadi penyatu PAS dan pembangkang lain.
“Kita yakin boleh menjadi ‘glue’ kepada PAS agar terus bersama melawan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam pertemuan di pejabatnya di Damansara.
FMT
Read More

Wednesday, 28 September 2016

SATU lawan SATU! Pakatan Pembangkang Atur Rundingan Rasmi...Kita 'tunggu' PAS aje.

Khamis, 29 September 2016



Pakatan Pembangkang Atur Rundingan Rasmi

IPOH - Rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.

“Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.

“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya.

Menurutnya, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.

“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya.

Mengulas pertembungan satu lawan satu yang dianggap kaedah terbaik menewaskan BN, Kor Ming berkata, perkara itu diakui selain rakyat perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah gagal menjalankan urus tadbir negara dengan baik.

“Ini sejarah dan ia sudah terbukti. Kami harap rakyat sedar dengan kegagalan yang dicipta BN selain bersama-sama melakukan perubahan dalam PRU14 nanti,” katanya.

Rundingan rasmi diatur

Sementara itu difahamkan satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi bagi konsep satu lawan satu dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Tidak menyebut bila rundingan rasmi itu akan diadakan, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pada dasarnya beberapa parti pembangkang telah bersetuju dengan konsep tersebut dalam beberapa siri perbincangan tidak formal (tanpa penyertaan Pas) sebelum ini.

“Sebenarnya dalam perbincangan sebelum ini (tanpa Pas), idea satu lawan satu ini sudah banyak kali disuarakan. Agak mengejutkan kerana konsep ini nampaknya diterima semua parti, tetapi kita lihat ini satu perkembangan sihat dan positif.

“Malah, semua pihak faham dan mengakui hakikat ini (perlunya satu lawan satu). Jika kita berjaya mencapai kesepakatan, kebarangkalian untuk kita menukar kerajaan adalah amat cerah. 

"Untuk perbincangan rasmi nanti, kita akan berusaha untuk mendapatkan wakil Pas untuk bersama kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, parti-parti pembangkang juga telah bersetuju untuk mengutamakan agenda kerjasama berbanding kepentingan parti masing-masing. 

“Kita sedar pembangkang akan jadi pembangkang selama-lamanya jika kita tidak dapat duduk dan bersepakat dalam konsep satu lawan satu ini.

“Jadi dalam pertemuan demi pertemuan yang diatur sebelum ini, kita telah bersetuju bahawa sudah sampai masanya pembangkang ambil alih pentadbiran kerajaan. Caranya, kita kena tolak kepentingan parti sendiri dalam menentukan kita sepakat untuk memperjuangkan wadah politik baru di negara ini,” katanya.

Kamarul Azman berkata, beliau yakin konsep ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

“Kalau ada halangan pun, mungkin jika ada pihak dari BN mahu pancing parti pembangkang bersama mereka. Tetapi saya rasa perkara itu mustahil.

"Paling penting parti pembangkang kena bertolak ansur serta menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pada akhirnya, kita akan ketengahkan resolusi yang terbaik supaya kita berjaya tumbangkan BN dalam PRU14,” katanya.

- sharian
Read More

Monday, 26 September 2016

[Video] Amanah Perak alu-alukan PPBM untuk satu lawan satu.

Isnin, 26 Seprtember 2016

Dr Muhaimin Sulam berkata parti itu yakin kewujudan PPBM

Dr Muhaimin Sulam berkata parti itu yakin kewujudan PPBM

Amanah Perak alu-alukan PPBM untuk satu lawan satu

Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersedia untuk duduk berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mencapai matlamat satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Naib pengerusi Amanah Perak Dr Muhaimin Sulam berkata, parti itu yakin kewujudan PPBM di negeri itu akan mengukuhkan muafakat bagi mencapai matlamat tersebut.

PPBM Perak akan dilancarkan pada 2 Oktober depan di Dewan EMV, PPMP3 Plaza Bowling, Seri Manjung.

“Amanah Perak tegaskan akan duduk berbincang dengan semua parti politik bagi berdepan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti khasnya yang dijangkakan semakin hampir.

“Amanah Perak mengalu-alukan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Negeri Perak kerana ia mampu memberikan impak besar politik di Perak khasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, Amanah Perak bersama Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama untuk menumbangkan BN terutamanya dalam membantah syor persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Bersatu diluluskan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 September lalu dengan nama singkatan PPBM.
Penubuhan parti baharu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didaftarkan pada 9 Ogos lalu.
Parti baharu itu dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan nama singkatannya Bersatu namun nama singkatannya kini PPBM.
Read More

Saturday, 14 May 2016

HARAPAN dicadang tanding satu kerusi saja..."Bukti keikhlasan PH untuk memastikan satu lawan satu".

Sabtu, 14 Mei 2016

HARAPAN dicadang tanding satu kerusi saja

Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak hari ini mencadangkan supaya gabungan pembangkang itu hanya bertanding di satu kerusi - sama ada Kuala Kangsar atau Sungai Besar - dalam pilihan raya kecil (PRK) bulan depan dan memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di kerusi yang lain.
Dalam satu kenyataan, HARAPAN Perak berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam.
"Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan untuk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut," katanya sambil menambah bahawa ia demi memastikan kemenangan untuk rakyat.
Menurutnya lagi, semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihan raya parti masing-masing untuk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.
Sebagai persiapan menghadapi PRK itu bulan depan, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Anggota lain jawatankuasa tersebut termasuk Ahli Parlimen PKR Lumut, Laksamana Imran dan ADUN DAP Tronoh, Yong Choo Kiong.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong ekoran penyandang kerusi berkenaan, Datuk Wan Khair-il Anwar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon telah ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian pada 18 Jun.
Pakatan Harapan masih belum mengumumkan parti komponen mana yang akan meletakkan calon bertanding dalam PRK tersebut.
Dalam pilihan raya umum ke-13, PAS bertanding dan kalah kepada Umno di kedua-dua kerusi berkenaan apabila parti itu masih bersama dengan Pakatan Rakyat ketika itu.
Malaysiakini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena