Showing posts with label tanpa PAS. Show all posts
Showing posts with label tanpa PAS. Show all posts

Monday, 19 March 2018

[Video Tanpa Pas, Pakatan lagi menang sebab ramai pemimpin hebat Pas masuk AMANAH & AMANAH tak maki hamun seperti Puak2 Lobai] KENAPA KEKAYAAN JHO LOW DAN REZA AZIZ TIDAK DISIASAT? Apa jawapan #JoeSombong UmnoBN & LHDN ni tak buat kerja ke? Atau tidak dibenarkan buat kerja?

Selasa, 20 Mac 2018

KENAPA KEKAYAAN JHO LOW DAN REZA AZIZ TIDAK DISIASAT? Apa jawapan # JoeSombong



Soalan ditanya kepada Menteri Kewangan kedua di parlimen?
Jawapan menteri...

Nama mereka tidak ada dalam tax file lhdn sebab mereka tidak declare harta mereka di Malaysia.

Kalau inilah jawapan menteri, apakah mahu didefinasikan sebagai menteri naif. Apa maksud dia menteri tidak boleh menjawab bagi pihak siasatan?  Hakikatnya lhdn dibawah kementerian kewangan (?)

No wonder Johari ditolak oleh akar umbi umno titiwangsa,  CUKUP MEMALUKAN APABILA ORANG KANAN NAJIB DIPERLAKUKAN SEBEGINI. Dengan tagline # JoeSombong #ABJ asalbukanjohari !!!!


Hakikatnya apabila lhdn tahu mana² individu kaya...tanpa perlu menunggu mereka declare atau tidak,  .sepatutnya mereka dipanggil,  disiasat.

Hasil siasatan akan menemui fakta samada mereka perlu bayar cukai atau tidak.

Adalah menjadi kebiasaan lhdn akan menghantar borang taksiran percukaian kepada individu dan setiap warganegara.

 WAJIB dikembalikan samada berpendapatan ataupun tidak.

Juga menjadi Satu kesalahan jika borang taksiran tidak dikembalikan (sekarang boleh dibuat secara online)

Samada bayar cukai atau tidak bayar cukai,   jho low dan reza aziz sudah sepatutnya ada tax file.


Jawapan menteri jho low dan reza aziz tidak ada taxfile hanya menunjuk kepincangan lhdn.

Lhdn tak buat kerja?  Atau tidak dibenarkan buat kerja?


Posted by 
Read More

Sunday, 21 June 2015

Akar Umbi mahu Parti Islam Baharu & Pakatan Baharu 'TANPA PAS'...

Ahad, 21 Jun 2015

Akar Umbi Mahu Parti Islam Yang Baharu, Pakatan Yang Baharu Tanpa PAS...



Tuan-tuan mahu parti baru?'

Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini.

ULASAN GB

kempen pemilihan muktamar kali ke 16 akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai kempen pemilihan paling jijik. Kempen jijik ini diterajui oleh mereka yang bergelar ulamak.

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama.

Sekalipun pimpinan PAS Pusatmenutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Sekalipun kumpulan profesional dihina dan difitnah namun Allah akan tetap memelihara mereka dan memberi mereka ruang baru untuk mengangkat dan menjulang martabat Islam seperti yang pernah mereka lakukan untuk PAS dengan slogan PAS FOR ALL.

Akar umbi di mana-mana pun kini menyuarakan tetang perlunya sebuah parti Islam yang baru bagi menggantikan PAS yang sudah busuk akibat dari perbuatan ulamak yang khiaanat, yang celupar, yang gila jawatan dan gila kuasa.

InsyaAllah, para pemimpin profesional kini sedang membuat pemantauan dan kajian. Lepas raya nanti, insyaAllah, kita akan mempunyai sebuah parti islam yang lain selain dari PAS. Kita bukan ada parti Islam baharu, malah kita akan ada Pakatan Rakyat yang baharu.

Jangan bimbang walaupun orang kata umurnya mungkin tak lama kerana umur PAS pun belum tentu panjang. Jika perjalanan parti islam yang baru itu betul tidak sebab Allah tidak "memanjangkan umurnya". Dan jika perjalanan PAS sudah tidak betul, tiada sebab Alllah tidak "memendekkan umurnya". Itu hukum kebenaran dan keadilan yang telah Allah janjikan melalui "sunnatullahNya".

Read More

Tuesday, 16 June 2015

Tidak wujud lagi PR - K'jaan Selangor akan disusun semula tanpa PAS?

Selasa, 16 Jun 2015

PR Tidak Wujud Lagi, K'jaan Selangor Akan Disusunsemula Tanpa PAS (?)


Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk 


Posted By Green Boc
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena