Showing posts with label tinggalkan PAS. Show all posts
Showing posts with label tinggalkan PAS. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Pas macam nak berehat? Dr Termizi tinggalkan PAS kerana untuk jawab kepada Allah.

Rabu, 8 Jun 2016

Termizi tinggalkan PAS kerana untuk jawab kepada Allah

Alyaa Azhar
 (Dikemaskini )
Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi kerusi pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini menjelaskan sebab-sebab beliau meninggalkan PAS dan menyertai partinya sekarang.
Bekas profesor berusia 61 tahun itu berkata beliau menyertai AMANAH kerana tanggungjawabnya kepada agama dan juga negara.
Menurut Termizi, beliau sepatutnya menikmati persaraannya serta menghabiskan sisa hidupnya menjaga cucu-cucunya, tetapi ini tidak boleh dilakukannya kerana tanggungjawabnya terhadap agama dan negara tidak dapat dijalankan oleh PAS.
“PAS telah tidak mainkan peranan melaksanakan tanggungjawab agama dan juga kepada kepada negara. Jadi apa pilihan kepada saya?
“Apa saya nak jawab kepada Allah nanti, bila berlaku macam (sekarang) ini,” kata Termizi pada sidang media pertamanya dengan media berbahasa Melayu dan Inggeris di Kuala Kangsar hari ini.
PAS, katanya, seolah-olah ‘berehat’ daripada apa yang mereka sepatutnya lakukan.
“(PAS) ia macam nak berehat, bukan gagal, gagal tak tahu la, itu urusan Allah.
“Rasa macam nak berehat, tak apalah biar dia (PAS) berehat dahulu,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pilihan raya kecil Kuala Kangsar adalah peluang terbaik untuk memastikan supaya PAS 'berehat'.
“Itu serah kepada Allah, kita cuma berusaha, buat yang terbaik. PAS rehat tak rehat, kita serah kepada Allah,” katanya.
Bekas pakar fizik nuklear itu pada sidang akhbar sebelum ini mengakui bahawa beliau pernah menjadi ahli PAS.
“Saya PAS daripada dalam perut mak. Bukan aktivis, ahli saja. There's no love lost.
“Tapi kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi (saya),” katanya.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada malam Isnin lalu, mendedahkan bahawa Termizi diletakkan sebagai calon parti itu di sebalik pelbagai NGO tidak mahu bekas ahli PAS menentang PAS.
Termizi pada sidang akhbar hari ini berkata beliau bukan aktivis parti Islam itu.
“Saya tak terikat dengan baiah (PAS), tak ada pegang jawatan, ahli parti biasa saja,” katanya.
Beliau juga mengakui menyertai PAS semasa era reformasi tetapi tidak ingat tarikh yang tepat.
Termizi berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dalam pertandingan empat penjuru perebutan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter semasa berkempen untuk pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu.
Malaysiakini
Read More

Wednesday, 14 October 2015

Pasai apa aku tinggalkan PAS..."PAS terperangkap dengan konflik rasis, 'menutup' pintu dakwahnya"

Rabu, 14 Oktober 2015
Pasai apa aku tinggalkan PAS dan bersama menggerakkan penubuhan Parti Amanah Parit Buntar


Dan dari segi politik waqi' Parit Buntar, di atas kertasnya Parti Amanah Negara memang nampak jelas lebih mudah untuk dapat sokongan majoriti pengundi Parit Buntar berbanding PAS yang nampak semakin takdak harapan dimata majoriti pengundi.

Alhamdulillah pada Sabtu lepas 10 Oktober dah pun berlangsungCeramah Perdana dan Pelancaran Parti Amanah Negara Parlimen Parit Buntaryang diadakan di Dataran Amanah Tanjong Piandang, 

Walaupun kehadiran tidak macam yang aku harapkan tapi tidak mengecewakan untuk parti baru yang dilabel macam-macam bukan setakat munafik, pemecah belah malah sampai ada yang label "kapiaq'.

Berbalik kepada tajuk posting aku kali ni pasai apa aku tinggalkan PAS. Jawapan mudah dan ringkas aku adalah PAS sudah takdak harapan. Bukan setakat parti politik tapi juga takdak harapan sebagai sebuah gerakan dakwah.

PAS sekarang ni nampak macam nak jadi parti politik untuk ahli dan penyokong PAS saja dan jadi gerakan dakwah untuk ahli dan penyokong PAS saja.

Tindakan PAS terutama sekali Presiden PAS sendiri dan 'dibantu' oleh sekelompok pemimpin PAS yang 'gila jawatan' menjadikan PAS terlalu eksklusif kepada ahli dan penyokong PAS sahaja.

Terutama sekali semenjak isu krisis MB Selangor tindakan PAS semacam nak tutup pintu politik dengan pihak lain, macam nak berperang dengan semua orang.

Keputusan pemilihan muktamar PAS baru ni hasil kempen kotor segelintir pemimpin dan ahli PAS yang berjubah dan berserban lebih memburukkan keadaan bila 'setandan' pemimpin PAS yang selama ni dilihat inklusif disingkirkan.

Hasilnya sekarang ni, PAS kembali dimusuhi oleh majoriti rakyat Malaysia dan yang lebih parah lagi PAS terperangkap dengan konflik rasis yang secara tak langsung 'menutup' pintu dakwah terutama sekali dengan orang Cina dan India yang bukan Islam.

Sumber: Facebook
Untuk waqi' Parit Buntar setelah pertimbangan teliti dari sudut aulawiyat, aku nampak sangat jelas aulawiyatnya kepada aku untuk bukan saja tinggalkan PAS tapi bersama kawan-kawan menggerakkan Parti Amanah Negara Parlimen Parit Buntar.

Tambahan pulak Parti Amanah Negara dasarnya juga adalah Islam  yang tentunya berdasarkan Al-Duran dan hadith malah lebih menarik lagi Amanah menekankan konsep Rahmatan lil Alamin dengan mengutamakan Maqosid Syariah.

Dan dari segi politik waqi' Parit Buntar, di atas kertasnya Parti Amanah Negara memang nampak sangat jelas lebih mudah untuk dapat sokongan majoriti pengundi Parit Buntar berbanding PAS yang nampak semakin takdak harapan di mata majoriti pengundi.

Cenangau D'kari
Read More

Thursday, 2 July 2015

Apa dah jadi dengan Pas ni? Peguam tinggalkan PAS menyertai DAP!

Khamis, 2 Julai 2015

Seorang Lagi Peguam Tinggalkan PAS



Selepas seorang aktivis parti meninggalkan PAS dan menyertai DAP 2 minggu lalu, seorang lagi aktivis, Zulhazmi Sharif, mengambil tindakan serupa hari ini.

Keputusan itu diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Mengumumkan keputusannya di media sosial semalam, Zulhazmi berkata beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis hari ini.

"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi ahli DAP.

Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.

Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang dikitar semula.

Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.

Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

Dua tahun lalu, Zulhazmi bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.

Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk Mahfuz Omar. - tmi
BLM.
Read More

Wednesday, 24 June 2015

PAS 'tidak dapat diperbetulkan lagi'...Langkah yang wajar dan tepat ialah tinggalkan PAS!

Khamis, 25 Jun 2015

PAS Tidak Dapat Diperbetulkan Lagi, MSU Kerap Ceroboh Kuasa Eksekutif


Majlis syura PAS semakin kuat kuasai kepimpinan'



Pengaruh majlis syura PAS yang semakin meningkat terhadap perkara-perkara dasar, telah mencetuskan tuntutan terhadap sebuah parti Islam yang baru, demikian menurut beberapa bekas pemimpin parti itu.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS, Hanipa Maidin berkata majlis itu - eksklusif untuk golongan ulama parti itu - sering mengetepikan idea-idea yang progresif yang bertujuan untuk membawa parti ke hadapan dan menjadi lebih inklusif.

"Kami tak pernah menyangka yang majlis syura menjadi sekuat sekarang. Kami melihatnya sebagai badan penapisan bagi dasar-dasar baru untuk memastikan ianya Islamik," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, majlis syura kini telah menceroboh ke dalam domain eksekutif, dan menyukarkan PAS untuk bergerak ke hadapan.

Hanipa, yang pernah mengetuai biro undang-undang PAS, berkata majlis syura cenderung untuk melihat secara 'hitam dan putih".

Dalam politik, tegasnya, tiada penetapan 'halal' atau 'haram' dan "terdapat banyak kawasan kelabu di mana kita mesti begitu (berhati-hati) untuk mengatakan ini (atau itu) adalah tidak Islamik."

Sebaliknya, kata beliau, perlu ada pendekatan yang kreatif dan fleksibel dalam politik, dan menurut Hanipa, kepimpinan parti itu sekarang tidak terbuka terhadapnya.

"Sebab itu idea ini untuk sebuah parti baru adalah tuntutan popular dari akar umbi. Kita perlu fikir mengenainya dan jika boleh, kita menjadikan idea itu satu kenyataan.

"Ia bukan kita tidak suka PAS [...] tapi kita perlu menghadapinya, saya tak fikir kita boleh perbetulkan PAS buat masa ini," katanya sambil menambah bahawa parti itu sekarang, tidak lagi menjadi tarikan kepada bukan Islam dan profesional Islam.

Politik majmuk

Ahli Parlimen Sepang itu dan beberapa tokoh progresif parti itu kecundang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam muktamar tahun ini.

Mereka telah bergabung sebagai sebuah badan bertindak, dikenali sebagai G18, untuk memulakan gerakan baru Islam yang inklusif.

MP Shah Alam Khalid Samad secara terbuka telah menyatakan bahawa kumpulan itu akan menubuhkan sebuah parti baru dan lebih inklusif bagi memenuhi objektif bekas Presiden PAS Fadzil Noor.

Ditanya sama ada parti baru akan menghalang senario yang sama sepertimana PAS begitu dipengaruhi oleh majlis syura, seorang lagi bekas ahli jawatankuasa pusat, Dzulkefly Ahmad positif mengenainya.

"Kita perlu menangani semua masalah yang kita hadapi dalam parti kita," katanya kepada Malaysiakini.

"Kami mahu bergerak ke hadapan [...] menghidupkan semula pemikiran Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Fadzil Noor. Bagi Islam sederhana yang inklusif, yang mampu untuk menangani politik majmuk dalam demografi majmuk Malaysia," katanya .

Sentimen ini turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga menekankan keperluan untuk mengembalikan kuasa dari majlis syura kepada perwakilan parti.

ULASAN GB

Sebelum ini perwujudan Majlis Syura Ulama (MSU) di dalam PAS sebenarnya tidak membawa masalah apa-apa. TETAPI apabila MSU menceroboh kuasa eksekutif, maka peranannya dilihat sudah kesasar dan PAS tidak mungkin dapat diperbetulkan lagi.

Bermula dengan Langkah Kajang, MSU telah bertindak untuk campurtangan dalam hal eksekutif. Pembelaan MSU terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu itu telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan, apa hal MSU campurtangan bukan sahaja kuasa eksekutif dalam PAS PAS sendiri tetapi dalam hal parti orang lain. 


Justeru itu seperti kata Hanipa,

"Ia bukan kita tidak suka PAS [...] tapi kita perlu menghadapinya, saya tak fikir kita boleh perbetulkan PAS buat masa ini" 

Langkah yang wajar dan tepat ialah tinggalkan PAS dan serta parti baharu pimpinan kumpulan progresif.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena