Showing posts with label ugutan bunuh. Show all posts
Showing posts with label ugutan bunuh. Show all posts

Thursday, 20 October 2016

[Video] Ugutan bunuh pemimpin Bersih! Bukit Aman digesa ambil alih siasatan.

Khamis, 20 Oktober 2016


Parti Amanah Negara telah menambah 8 foto baru
2 jam
Penyerahan memorandum kepada Bukit Aman menggesa mengambil alih siasatan ugutan bunuh terhadap pemimpin Bersih termasuk Maria Chin Abdullah.





Read More

Wednesday, 11 November 2015

Husam perjelas ‘ugutan bunuh’ pada dialog malam esok.

Khamis, 12 November 2015
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. – Gambar The Malaysian Insider, 12 November, 2015.

Husam perjelas ‘ugutan bunuh’ pada dialog malam esok

Ketika ditanya The Malaysian Insider, apakah benar beliau menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan itu hanya menghantar semula poster dialog itu melalui WhatsApp.
Malam esok, beliau akan berdialog dengan orang ramai dalam majlis "Dialog: Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru, Kelantan.
Dialog ini juga akan disiarkan secara langsung melalui televisyen Internet, Youtube mulai jam 9 malam.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahudin Ayub yang juga teman rapat turut mendakwa Husam memaklumkan kepada beliau yang isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.
"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin kepada sebuah portal berita.
Politik Kelantan semakin panas ekoran penubuhan Amanah dan pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan beberapa hari lepas.
Tayar kereta dinaiki Salahudin meletup ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang Kota Baru yang dipercayai akibat perbuatan khianat kerana didapati kesan torehan pada tayar.
Pada dialog malam ini, Husam juga akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.
"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan satu portal berita.
Husam sebelum ini mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.
Ini kerana, banyak kenyataan dibuat Hadi dianggap seolah-olah “buang tabiat” dan mengelirukan ahli PAS seluruh negara termasuk kawasan yang diketuai, Kubang Kerian.
Husam juga mendakwa Hadi mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor dengan cara memujuk ahli Dewan Undangan Negeri PKR menyertai PAS. – 12 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-perjelaskan-ugutan-bunuh-pada-dialog-malam-ini#sthash.aIRhbtNX.dpuf
Read More

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh & Tayar Salahuddin ditoreh.

Rabu, 11 November 2015

Ugutan bunuh

Mungkinkah Husam akan menjadi seperti Abdul Samad Gol? Yang dibimbangkan dan ditakutkan adalah mungkin ada suatu fatwa liar yang mengatakan 'darah pengkhianat adalah halal' Pada saya pihak Polis perlu siasat betul-betul Bukannya tuduh tetapi segalanya bukan mustahil.

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh 
mk - Hari ini, 7:46 malam 

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh. 

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu. 

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama. 

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak. 

“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH). 

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu. 



Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan. 

Pagi tadi, kata Salahuddin, tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam. 

Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal. 

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal” 

Posted by mountdweller
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena