Monday, 2 June 2014

Hirarki Kesultanan Perak: Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul...

Isnin, 2 Jun 2014
Susunan hirarki kesultanan Perak: 

(1962):
Raja Pemerintah: Sultan Yusuf Izzuddin Shah
Raja Muda: Raja Idris Shah Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Kecil Besar: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Tengah: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Bongsu: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf

(1963): Sultan Yusuf Izzuddin mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Tengah: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Bongsu: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah

(1977): Raja Lope Nur Rashid mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Sulung: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1978): Raja Ekram mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik
Raja Kecil Besar: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1983): Raja Musa Sultan Abdul Aziz mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(1984): Sultan Idris Shah mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Muda: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Bongsu: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah

(1988): Raja Ahmed Saifuddin mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Tengah: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1997): Raja Ahmad Hisham mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(2006): Raja Izzudin Iskandar dipecat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: 
Raja Kecil Tengah: 
Raja Kecil Bongsu: 

(2014): Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf Mangkat

Raja Pemerintah: 
Raja Muda: 
Raja Dihilir:
Raja Kecil Besar:
Raja Kecil Sulung:
Raja Kecil Tengah:
Raja Kecil Bongsu: 

Soalan

- Rasa2 ada tak yang tak kena pada perjalanan sistem hirarki kesultanan Perak ni?
- Adakah mesti Raja Muda Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak? 
- Adakah Raja Dihilir Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa boleh ditabalkan sebagai Sultan Perak juga?
- Adakah Raja Izzudin Iskandar masih boleh ditabalkan juga sebagai Sultan Perak sedangkan dia masih hidup & waris sulung kpd Almarhum Sultan Idris Shah?

Jawapan

Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:

1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan

Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak? 

1. Sultan dan Raja-raja Bergelar
2. Menteri Besar
3. Orang Besar Empat
4. Orang Besar Delapan
5. Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli bukan rasmi. 

Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi Raja-raja Bergelar. 

Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda Perak?

Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun.

Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah seperti dibawah:

Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)

Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu putera sulung baginda, 

1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)

Waris Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)

1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga 1997)

Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948)

Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.

1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)

Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)

Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.

1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin

Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)

Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess).
Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan.
Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.

1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)

1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

Fakta 1 - Raja Izzuddin Shah

Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas. 

Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.

"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir

Kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB). 

Fakta 2 – Raja Ahmad Hisham

Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.

Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham.

SOALAN TELAH DIJAWAB. TAMMAT

Sozcyili
Read More

Sunday, 1 June 2014

Tergamaknya TV3 menuduh PM sakit mental!

Isnin, 2 Jun 2014


Tergamaknya tv3 menuduh PM Kesayangan kami sakit mental!



PM ada penyakit mental?


View image on Twitter

Awas : Selfie Penyebab Sakit Mental

on TUESDAY

http://blog.laptopmag.com/wpress/wp-content/uploads/2013/08/Selfie1.jpg
Ber "Selfie"

Selfie Penyebab Sakit Mental


"Selfie" antara penyebab sakit mental. Wah bahaya ni....Inilah rumusan terbaru yang dikeluarkan oleh  Jabatan Kesihatan Mental Thailand. Menurut mereka, "selfie" yang sekarang begitu popular di khalangan generasi muda boleh menyebabkan ketagihan yang membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka. Seterusnya ianya bakal memberikan kesan kepada mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan dengan keyakinan diri.

Kurang Kasih Sayang Punca Selfie?


Mengikut kajian, mereka yang obses sangat dengan selfie ni sebenarnya nakkan perhatian. Seolah-olah kurang kasih sayang. Yalah, normally bila dah berselfie, sure excited nak upload gaya-gaya tersebut di media sosial kan. Tak kiralah di instagram ke, facebook ke or twitter. Sebabnya nak tengok reaksi viewers kat luar sana.  Berapa ramai yang "Like" dengan status dan aksi tersebut. 

Kalau ramai yang "Like" oklah tapi kalau sebaliknya pasti ada yang sedihkan. Itu belum masuk komen-komen dari haters. Boleh tertekan jiwa dibuatnya. So berpada-padalah bila berselfie ya. Jangan obses sangat k!!!
Blog Santai
Read More

Sultan perintah kemuka rayuan Pulau Batu Putih! Harapkan Regim Umno? "Bagai Panda jaga buluh"

Isnin, 2 Jun 2014




Pulau Batu Puteh: Sultan perintah kemuka rayuan

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU:Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.
  
Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.
  
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan sini hari ini.
  
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu kontraktor tempatan turut mendapat faedah daripada pelaksanaan pembangunan kompleks petroleum Pengerang dekat Kota Tinggi.
  
Baginda bertitah pembangunan itu yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi Johor sepatutnya turut memberi faedah kepada rakyat Johor.

Mengenai kebanjiran pelabur dari China terutamanya dalam sektor hartanah di negeri ini, Sultan Ibrahim bertitah pelaburan seumpama itu amat diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kerana Johor tidak boleh hanya bergantung kepada pelabur tempatan sahaja.
  
"Kebetulan pada masa ini hanya pelabur dari China yang dilihat lebih berminat untuk datang ke Johor kerana mereka percaya dengan potensi yang dimiliki negeri ini serta dasar kerajaan yang mesra pelabur," titah baginda.
  
Sultan Ibrahim dalam pada itu mahu sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak bagi menjaga dan memelihara alam sekitar negeri Johor.
  
Mengenai cuti mingguan negeri ini, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri Johor menyelaraskan cuti mingguan bagi semua sektor di negeri ini kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti yang diisytiharkan.
  
Baginda bertitah terdapat rungutan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta bahawa mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak disebabkan terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

Sambil melafazkan syukur kerana negeri Johor bertambah makmur, Sultan Ibrahim mengingatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik masing-masing.
  
Baginda juga mahu semua anggota DUN supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa berbahas.
  
"Saya ingatkan pikullah amanah yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau parti politik," titah baginda. - Bernama



Read More

Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum Ramadhan? Wait and see...Teruskan berdoa...

Isnin, 2 Jun 2014

Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:
Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!




Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… 

Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!

- Sharifah Sofia Syed Rashid

Written By canang

Read More

[Video] DAP 'Babi'...DAP 'Babi' bergema di Tk Intan...PAS berjaya menyakinkan pengundi Melayu!

Isnin, 2 Jun 2014


PAS sebenarnya berjaya meyakinkan pengundi melayu terutamanya penyokong PAS untuk mengundi Dyana Sofya walaupun jentera BN sungguh-sunguh spin isu Dyana tak sokong hudud.


TheMalaysianInsider melaporkan:  

Walaupun gagal mengekalkan kerusi Teluk Intan, DAP mendapat rangsangan sedikit apabila sokongan Melayu kepada parti itu meningkat sebanyak 3% walaupun sokongan daripada Cina - undi tradisional parti itu - menjunam sebanyak 15% berbanding dengan pilihan raya umum tahun lepas.

Dalam penilaian awal pilihan raya kecil yang menyaksikan calon pembangkang parti Dyana Sofya Mohd Daud kalah oleh majoriti tipis 238 undi berbanding Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, DAP menemui kebaikan - bahawa sokongan orang Melayu meningkat 3%, daripada 25% pada PRU13 kepada 28% pada pemilihan semalam."
Juga dilaporkan:
Enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7% kepada 3.4%, suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat," kata ahli strategi parti Dr Ong Kian Ming.
Kalau betul undi Melayu bertambah 3% maknanya PAS sebenarnya berjaya meyakinkan pengundi melayu terutamanya penyokong PAS untuk mengundi Dyana Sofya walaupun jentera BN sungguh-sunguh spin isu Dyana tak sokong hudud.

Walaupun dari segi jumlah undi aku yakin PAS tak dapat kekalkan undi yang calon DAP dapat masa PRU13 tapi kenaikan peratus sokongan tu bagi satu harapan yang cukup baik kepada PAS untuk PRU akan datang.



Sumber: Keputusan PRK Teluk Intan: Analisa pola pengundian berdasarkan kaum. | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/06/analisa-prk-teluk-intan-analisa-pola-undi-kaum.html#ixzz33RBBQHYX
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

Read More

[Video] Melayu Umno dapat ape!: Universiti Teluk Intan (UTI)...Dibuka untuk pengambilan?

Isnin, 2 Jun 2014

Apa macai UMNO dapat?
 

 Kerana kangkung, penyokong BN-DAP bertekak
Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong BN dan DAP mula bertekak sesama mereka di sekitar pusat pembuangan undi di SK Kampung Bahagia, Teluk Intan. Penyokong BN dikatakan berang dengan gelagat pembangkang yang menggantung seikat kangkung dan wang seringgit di sebatang buluh. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan.
Dibuka utk pengambilan...syarat kemasukan macai² yg b***h atau separuh b***h... TQ.


Guan Eng matang dalam menyenaraikan punca Dyana Sofya kalah ?

Bagi aku kenyataan Guan Eng mengulas keputusan PRK Teluk Intan ni menggambarkan yang dia cukup 'matang' dengan situasi dan realiti politik ala Malaysia yang cukup sensitif dengan isu yang berkait dengan isu agama dan kaum.

Malaysiakini melaporkan:
Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut.

Beliau percaya berlaku penurunan 10 peratus sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Bercakap selepas keputusan diumumkan , Lim berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan. - Ibid.
Aku cukup suka cara Lim Guan Eng 'terima' kekalahan calon DAP, Dyana Sofya di tangan calon GERAKAN Mah Siew Keong.

Mula-mula sekali Guan Eng sebut penurunan undi cina sebagai sebab kekalahan calon DAP tu, lepas tu baru disebutkan penurunan undi kaum-kaum lain. Aku yakin Guan Eng bagi kenyataan berhati-hati untuk 'menjaga' hari orang melayu terutama sekali dari kalangan ahli dan penyokong PAS.

Guan Eng menyenaraikan punca Dyana "seorang yang muda", "seorang wanita" dan "seorang Melayu" sebagai sebab penuruhan undi untu DAP. Mungkin pengundi Teluk Intan dengan komposisi kaum cina 42%, Melayu 38% dan India 18% masih belum bersedia menerima calon macam tu.

Selain tu Malaysiakini juga melaporkan:
Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik. - Ibid.
Guan Eng langsung tak sebut faktor isu Hudud sebagai punca pengurangan undi untuk calon DAP dan juga faktor pengundi India yang dah berjaya BN 'beli' melalui janji nak bagi tanah pertanian juga Guan Eng tak sebut sebagai punca kekalahan walaupun aku rasa 2 faktor tu memang bagi kesan yang cukup besar kepada penurunan undi.

Bagi aku kenyataan Guan Eng mengulas keputusan PRK Teluk Intan ni menggambarkan yang dia cukup 'matang' dengan situasi dan realiti politik ala Malaysia yang cukup sensitif dengan isu yang berkait dengan isu agama dan kaum.

Sumber: Keputusan PRK Teluk Intan: Guan Eng matang dalam menyenaraikan punca Dyana Sofya kalah ? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/06/keputusan-prk-teluk-intan-guan-eng-matang-politik.html#ixzz33RCFMuQ4 
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

Read More

[Video] Gaji Kakitangan Awam Naik 30% kerana GST...Penjawat Awam Pengkhianat?

Isnin, 2 Jun 2014

Peserta Himpunan Bantah GST Berarak Dari Masjid Negara



Pengkhianat...

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah GST di Dataran merdeka dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu, melanggar akujanji dan ikrar perkhidmatan yang dibuat.

Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik Sebanyak 30%? Bendung Gelombang Cukai GST Tahun 2015?


gaji Kakitangan Awam

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik : Semua sedia maklum pada bulan Mei 2015 akan bermula gelombang pengenalan GST kepada rakyat Malaysia tidak kira kepada golongan rakyat marhaen samada berpendapatan tinggi mahupun serdahana.
Begitu juga kepada kelompok taikun kaya di Malaysia (SEPERTI DISINI) juga tidak akan terlepas untuk membayar GST sebanyak 6% setiap kali berbelanja walaupun mereka hidup bagaikan syurga dunia apabila terlepas membayar cukai orang kaya (SEPERTI INI) di Malaysia. Hakikatnya…..
Hakikatnya pengenalan GST bakal memberikan satu lagi bebanan kepada rakyat Malaysia kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Jikalau bukan bebanan seperti yang banyak kelihatan “ayat-ayat indah” di dalam iklan di media elektronik dan papan tanda di seluruh Malaysia, masakan tidak GST ini diperkenalkan daripada dahulu lagi selepas beberapa siri penangguhan sebelum ini? Ehemmm……
Walaubagaimanapun ya, Berita Semasa akui cukai GST adalah sistem cukai antara terbaik & efisien bagi usaha negara untuk meningkakkan punca pendapatan kepada kepada kerajaan Malaysia. Tetapi bukan diperkenalkan 6% serta-merta kepada rakyat Malaysia, bagi Berita Semasa untuk tujuan pengenalan dan lebih baik ia dimulakan 2%-3% terlebih dahulu. Sekadar pandangan….

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Vs GST 2015?

Dan terbaru, Cuepacs sebagai gabungan yang cukup prihatin dengan masalah yang bakal menimpa kakitangan awam di Malaysia tampil dengan cadangan terbaru kepada kerajaan Malaysia supaya diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 sebanyak 30% dengan harapan ia sedikit sebanyak membantu kalangan kakitangan kerajaan bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 Mei 2015. Setuju?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena