Tuesday, 2 May 2017

[Video Terima Kasih Kenyataan Hadi & Mursyidul AM PAS, Ramai Masuk AMANAH] Mengapa berleter panjang? Sejarah Akan Tercatat Bahawa PAS Akan Hancur Kerana Hadi.

Selasa, 2 Mei 2017

Image result for Gambar bendera Pakatan Harapan

Sejarah Akan Tercatat Bahawa PAS Akan Hancur Kerana Hadi

Duhai Hadi, siapa nak jadikan PAS hotel persinggahan?
Parti pembangkang manakah yang mahu jadikan PAS sebagai ‘hotel persinggahan’ untuk dijadikan batu loncatan demi pilihan raya?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti hilang akal apabila menyifatkan parti pembangkang lain sebagai hanya mahu menggunakannya untuk menang pilihan raya.

Begitu angkuh dan sombong sekali Abdul Hadi meletakkan PAS seolah-olah sebagai parti pembangkang yang dominan segala-galanya berbanding parti lain.

Atas kekuatan apa Abdul Hadi menunjukkan kesombongannya?

Apakah dengan bertanding 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 Abdul Hadi boleh mendabik dada dengan menjangkakan PAS boleh memenangi 50 daripadanya?

Apakah jumlah itu mempu mengatasi DAP atau parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kali ini?

Isunya ialah, apakah kemenangan PAS yang mendapat 21 kerusi (kini tinggal 14 saja selepas enam menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang ke PKR) daripada 73 kerusi yang dipertandingkan olehnya pada PRU ke-13 lalu hasil usaha dan sokongan ahlinya semata-mata?

Bagaimana pula dengan PKR yang menang 27 kerusi (kini 28 selepas seorang melompat dari PAS) berbanding 99 kerusi yang ditandinginya. Apakah prestasinya kurang baik kerana tidak mendapat kerjasama PAS?

PAS mendabik dada mereka ada di 165 kawasan, dan 7,000 cawangan, sementara pembangkang lain pula tidak ada kawasan serta tidak ada cawangan.

PAS mendakwa mempunyai ahli hampir sejuta orang dan parti lain tidak sehebatnya. Namun bukankah keputusan PRU ke-13 boleh dijadikan ukuran yang lebih benar?

Kenapa DAP yang bertanding di 51 kerusi menang 37 kerusi?

Tidakkah PAS menang di kebanyakan parlimen di Pantai Barat kerana bantuan bukan Melayu?

Mengapa berleter panjang

Apa akan terjadi kali ini dengan bantahan banyak pihak kepada keputusan PAS membentangkan usul pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat?

Juga, apakah PAS sedar wujud bantahan rakyat hasil kempen AMANAH terhadapnya, selain penolakan rakyat kepada PAS - atas beberapa sebab lain - akan menjejaskan undinya pada PRU ke-14?

Apakah Abdul Hadi kini hanya bermimpi di siang hari dan sedang menyukarkan jentera PAS di beberapa negeri tertentu kerana bertanding sendirian?

Selain itu, atas kekuatan apa Abdul Hadi berani mengingatkan ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah "hotel persinggahan" untuk dijadikan batu loncatan?

Bukankah dalam setiap bentuk kerjasama, khususnya bertanding dalam pilihan raya, setiap parti akan berunding untuk menentukan kerusi serta calon yang diletakkan dalam pilihan raya?

Apakah DAP, AMANAH, PKR atau parti paling baru - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba menipu PAS dalam setiap rundingan?

Kenapa kali ini, sebelum rundingan muktamad Abdul Hadi sudah ‘berleter panjang’? Kenapa kemarahannya menjadi-jadi, sedangkan banyak perkara masih boleh dibincangkan.

Apakah ini bermakna bahawa kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, sudah tidak boleh dipakai lagi dan Abdul Hadi menggunakan kuasa vetonya untuk menghentikan perbincangan dan perundingan itu?

Melalui kenyataannya kelmarin, Hashim mengatakan PAS belum menutup pintu kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti Islam itu.

Malah katanya, jika DAP atau AMANAH, atau mana-mana pihak lain bersedia untuk mematuhi syarat-syarat PAS, mereka masih boleh bekerjasama.

Namun kenyataan Abdul Hadi dengan sendirinya membatalkan kenyataan Hashim.

Lebih jauh Abdul Hadi mengatakan pembangkang lain bersifat oportunis atau gemar mengambil kesempatan dan menjadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan atau tangga untuk dipanjat.

Walaupun Abdul Hadi ada menyebut perbuatan itu turut dilakukan oleh ahli partinya, kenyataan berkenaan jelas perbuatan yang merendahkan keupayaan parti pembangkang lain.

Seolah-olah Abdul Hadi bercakap dengan membawa suara orang lain dalam isu ini.

Rasa sangat kuat

Apakah Abdul Hadi tertelan umpan oleh parti tertentu yang sengaja mahu melihat pertelingkahan wujud sesama pembangkang kerana dia dianggap mudah memakan umpan?

Abdul Hadi yang selama ini menegur parti lain kononnya campur tangan dalam urusan PAS turut menyentuh ‘tubuh badan’ parti pembangkang lain dengan kasar dan tidak beretika.

Ia boleh dilihat misalnya melalui gesaan anggota parlimen Marang itu supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS)menyiasat parti politik di negara ini untuk memastikan mereka mematuhi perlembagaan.

Walau kepada siapa ditujukan kenyataan itu, kenapa sekarang baru Abdul Hadi menimbulkan isu ini?

Kata-kata dan tindakan Hadi tidak sekadar kepada DAP tetapi dia juga menyerang Parti Amanah Negara (AMANAH) dan BERSATU.

Kritikan Hadi terhadap BERSATU ialah parti itu tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

Justeru, siapa Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Abdul Hadi? Lebih rendahkah kedudukan mereka daripada beliau?

Kenyataan itu turut melupuskan gambaran dinyatakan Timbalan Presiden PAS Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Kenyataan Abdul Hadi mengenai BERSATU langsung tidak mengiktiraf wujudnya kepimpinan negeri dan bahagian serta cawangan parti yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan di negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Melaka serta Pulau Pinang.

Amat nyata Abdul Hadi menganggap PAS berada pada kedudukan ‘super kuat’ berbanding pembangkang lain untuk menghadapi PRU ke-14.

Dan keyakinan itu mungkin kerana kedudukannya yang lebih selesa kerana dibantu banyak perkara oleh Umno dan BN.

Malah, tidak sukar untuk dibaca bahawa dengan penolakan PAS bekerjasama dengan HARAPAN, parti itu sebenarnya sedang mempertahan dan menegakkan BN untuk terus memerintah.

Mungkin bagi PAS, rang undang-undang bagi meminda Akta 355 itu adalah satu-satu keutamaan di Malaysia ketika ini berbanding hal-hal lain seperti mengatasi kemiskian, keperitan rakyat, rasuah, penyelewengan atau juga kleptokrasi.

Dan yang nyata bagi Abdul Hadi dan PAS, satu-satunya pihak yang boleh membantunya kini ialah Najib Razak.

HAMBALI ABDUL LATIFFbekas wartawan, pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas.

Posted by Jeebond BLM
Read More

[Video Pas Parti Kaki Gaduh Berbeza Dengan Parti Tun M] PH lebih peluang tarik undi Melayu berbanding Pas

Selasa, 2 Mei 3017

Related image

PH lebih peluang tarik undi Melayu banding Pas, kata Mahfuz

Pakatan Harapan dijangka mempunyai peluang lebih besar untuk menarik pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum akan datang berbanding Pas yang kini berjuangan bersendirian tanpa menyertai gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
 Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, pengundi tidak akan mengambil risiko untuk mengundi Pas kerana parti itu tidak boleh mengubah keadaan dan keyakinan rakyat untuk memilih parti yang dilihat dari sudut keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama sebagaimana Pakatan Harapan.
" Hari ini Pas dilihat memencilkan diri daripada arus perdana politik. Pas bukan dipencilkan oleh Pakatan Harapan atau rakyat sebaliknya Pas sudah memberikan isyarat kepada rakyat Pas terpelusok di satu sudut yang akhirnya orang tidak lagi melihat Pas sebagai parti yang harus diberi peluang pada PRU akan datang.
"Pas juga cuba membina keyakinan sokongan undi melayu bukan kepada bukan Melayu.
"Dengan memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP - sudah tentu ini satu kesilapan Pas kerana undi Melayu mana yang akan diberikan kepada Pas kecuali undi tegar ahli Pas yang sudah tentu tidak dapat memberikan kemenangan kepada parti itu dalam PRU akan datang," ujarnya dalam satu temubual bersama pihak  media yang diadakan semalam di Alor Setar.
Bekas naib presiden Pas ini juga berkata, dalam PRU-14 undi orang Melayu telah berpecah kepada sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Jika Pas mahu undi Melayu dari Umno... mereka sudah ada Bersatu dan undi Melayu dalam Pas pula sudah lari pada Bersatu dan Amanah dan ini sebenarnya memberi kerugian besar pada Pas jika mereka terus memencilkan diri dan tidak berada di arus perdana politik pembangkang," ujarnya.
Mahfuz turut melahirkan rasa terkilannya kerana beliau mengharapkan Pas akan kembali kepada arus perdana.
"Saya agak sedih kerana saya harap Pas akan kembali pada arus perdana politik negara tetapi sayang Pas ambil jalan memencilkan diri," ujarnya.
Ditanya mengenai fokus beliau terhadap parti itu, Mahfuz berkata beliau bukan sahaja mahu menyedarkan pimpinan Pas tetapi kini tertumpu kepada ahli Pas untuk terus menyokong Pakatan Harapan agar memastikan gabungan parti yang kini disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu menang PRU-14 kelak.
"Saya yakin walaupun menghadapi tiga penjuru Pakatan Harapan akan menang PRU akan datang," ujarnya.
Read More

[Video UMNO Bukan Lagi Musuh Utama PAS] Kerajaan UMNO-BN dipersoalkan syarat 'aneh' biasiswa JPA?

Selasa, 2 Mei 2017

DAP persoal syarat aneh biasiswa JPA

Read More

[Video PAS Bagi Nafas Baru Kepada Najib & Umno] Salah siapa bila ramai graduan menganggur?

Selasa, 2 Mei 2017

Salah siapa bila ramai graduan menganggur?

 Penulis 

Beberapa tahun belakangan ini jumlah graduan menganggur meningkat sehingga Khazanah Research Institute berkata ia akan melaksanakan kaji selidik jangka panjang di seluruh negara berhubung masalah itu.

PADA satu-satu masa, Jobstreet menyenaraikan 5,000 hingga 6,000 kerja disasarkan khusus untuk graduan baharu. Ia tambahan kepada 25,000 hingga 35,000 senarai kerja yang disiarkan setiap hari di portal itu.
Jadi, jika anda tanya Simon Si, ketua komunikasi serantau Jobstreet, bagaimana ramalan pekerjaan pada 2017, jawapannya ialah: “Akan berlaku pengurangan tetapi syarikat masih berkembang atau mengambil pekerja”.
Dalam kata lain, ekonomi walaupun tidak kukuh, tetap masih memerlukan graduan baharu.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini jumlah graduan menganggur meningkat sehingga Khazanah Research Institute (KRI) berkata ia akan melaksanakan kaji selidik jangka panjang di seluruh negara berhubung masalah itu.
KRI menerusi laporan Keadaan Isi Rumah II yang disiarkan pada 29 Ogos, 2016 berkata pada 2015, 33.8% daripada penganggur mempunyai pendidikan tinggi berbanding 35.3% pada 2014 dan 30.6% pada 2013.
Kajian pengesanan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015 menunjukkan suku daripada 254,161 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun sama masih tidak bekerja selama enam bulan selepas tamat belajar.
Memilih, graduan tidak bersedia
Si yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam pengambilan pekerja berkata, maklum balas dan aduan daripada majikan seperti déjà vu.
Tangga teratas dalam senarai ialah kemahiran komunikasi dan bahasa Inggeris yang teruk, permintaan gaji dan faedah tidak realistik (meminta RM3,000 sedangkan kadar pasaran hanya RM2,000), terlalu memilih (graduan kejuruteraan menolak kerja yang memerlukan mereka bekerja di lapangan) dan sikap “buruk”.
Si berkata ada graduan tidak tahu mengenai skop tugas atau syarikat itu dan apabila mereka tidak bersedia, ia menjejaskan keyakinan dan kemampuan berkomunikasi mereka.
Katanya, bersedia adalah kuncinya.
“Jika mereka bersedia, mereka akan menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik, bahasa Inggeris bagus, memahami syarikat itu dan tahu mengenai gaji serta faedah yang ditawarkan,” katanya.
Pemerhatian Si itu tidak mengejutkan bagi naib canselor sebuah universiti swasta.
Prof Dr Md Zabir Abd Rashid dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) berkata kajian daya saing global yang menunjukkan hampir setiap aspek berkaitan bakat – daripada kualiti graduan kepada pertumbuhan dan pengekalan – ranking Malaysia di bawah.
Graduan tidak dapat pekerjaan kerana mereka kurang kemahiran teknikal.
“Salah siapa?,” kata Zabid dan menambah tidak perlu menyalahkan graduan kerana ia juga salah kerajaan dan sektor swasta.
Sasaran jangka pendek lawan jangka panjang
Buat permulaan, syarikat dan kerajaan tidak mempunyai wawasan jangka panjang.
Zabid beri contoh.
“Jika kita hendak membina klia3 berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran rakyat Malaysia, ia mungkin mengambil masa lima tahu tetapi pemegang kepentingan mahu ia siap dalam tempoh tiga tahun kerana kos modalnya tinggi.
“Jadi anda tidak boleh bergantung pada bekalan pakar tempatan. Anda perlu import, bila buat begitu, apa kesannya?,” katanya.
Negara akan mendapati mereka terpaksa bergelut dengan faedah jangka panjang dengan objektif jangka pendek: bina lapangan terbang cantik dengan tenaga bakar tempatan yang sedikit.
Masalah terbesar bagi mana-mana institusi atau universiti ialah untuk mengisi jurang dalam tempoh jangka pendek, kata Zabid, dan ia mustahil.
Terperangkap dalam zon selesa
“Kedua-dua sektor kerajaan dan swasta agak gembira dengan keadaan sekarang. Kita tidak menuju ke arah industri bernilai tinggi walaupun ada banyak pelan seperti Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang diumumkan pentadbiran Najib Razak pada 2010 – dengan sasaran mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.
Laporan Penang Institute menunjukkan keseluruhan penggajian berkemahiran tinggi dalam ekonomi sebenarnya menurun.
Pada 2011, pengambilan pekerja berkemahiran tinggi membentuk 26% daripada keseluruhan kerja, tetapi jumlah itu kekal tidak bergerak dan jatuh 1% pada 2015. Sebaliknya, bahagian kerja kemahiran rendah dalam negara naik daripada 12% pada 2011 kepada 14% pada 2015.
“Kenapa kita membenarkan 2 juta pekerja asing di sini? Setiap bulan mereka beri RM1,000, jumlahnya RM2 bilion, setahun RM24 bilion. Kenapa anda tidak boleh bayar saja pekerja tempatan RM3,000?”
Sekali lain, ia kecenderungan rakyat Malaysia untuk ambil jalan mudah. Pekerja restoran contohnya mendapat gaji asas RM1,800 tetapi bagi rakyat Malaysia jika gaji RM2,500 pun mereka tidak mahu bekerja di situ.
Zabid berkata sekali lagi, kenapa kita (atau kerajaan) membenarkan keadaan itu berlaku?
Rendah dan murah
Hampir semua pekerja asing di Malaysia berada dalam sektor kemahiran rendah dan tidak melakukan apa-apa untuk menambah nilai kepada negara.
Untuk meningkat dalam rantaian nilai, contohnya hab pembangunan dan penyelidikan Singapura, bermakna perniagaan Malaysia perlu sanggup melabur dalam pekerja mereka dan bayar gaji lebih tinggi.
“Jika margin anda rendah, bagaimana hendak melabur?
“Rakyat Malaysia memilih membayar rendah. Kita perlu ubat perkara itu,” katanya merujuk kepada mengejar untuk kos lebih rendah.
“Rakyat Malaysia akan tetap memilih yang termurah. Keseluruhan dasar ini kerana kita kawal harga barangan dan kawal gaji. Dan industri gembira untuk kekal begitu,” katanya. 
Read More

Monday, 1 May 2017

[Video Saifuddin Nasution Sindir PAS, Kita Nak Menang & Memerintah Bukan Jadi Penasihat Aje Yeop!] Isu 'labour reform' KOMITMEN PH MENGURANGKAN PEKERJA ASING.

Selasa, 2 Mei 2017

Foto Rafizi Ramli.

KOMITMEN MENGURANGKAN PEKERJA ASING MENGIKUT FASA MENJELANG 2030
Saya dan pasukan penyelidik yang membantu telah mengkaji masalah kebanjiran dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing sejak beberapa bulan yang lalu. Saya percaya isu reformasi tenaga kerja (“labour reform”) adalah salah satu isu yang paling penting kerana melibatkan jumlah rakyat yang terbanyak.
Pengakuan Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa jumlah pekerja asing telah pun melebihi jumlah rakyat Malaysia berbangsa India tahun lepas bukan lagi satu perkara yang mengejutkan.
Unjuran beliau bahawa menjelang tahun 2034, jumlah pekerja asing akan mencecah 7.5 juta orang dan menjadi kumpulan kedua terbesar selepas Melayu/Bumiputra menjelang 2040 mengatasi rakyat Malaysia berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan dan kumpulan Bumiputra yang lain; memberi gambaran hala tuju negara ini di bawah Umno/Barisan Nasional.
Lebih merumitkan, sebarang perbincangan jujur mengenai reformasi tenaga kerja di negara ini akan menjadi caca merba kerana pertembungan pihak-pihak berkepentingan seperti berikut:
1. Proses membawa masuk, mengawalselia dan menguruskan pekerja asing telah menjadi industri besar di negara ini. Konsesi bernilai berbilion ringgit diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu yang mendapat untung besar untuk melakukan saringan kesihatan, membayar kos permit yang tinggi, ejen-ejen dan pelbagai karenah birokrasi lain. Akibatnya, sebarang keputusan untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing sudah tentu akan mengganggu periuk nasi golongan berkepentingan ini yang selalunya rapat dengan pimpinan Umno/Barisan Nasional;
2. Ada beberapa industri yang tidak sepatutnya menggunakan pekerja asing tetapi telah selesa dengan lambakan pekerja asing yang dianggap lebih rendah kos buruhnya dan lebih sedang diurus kerana mereka tidak bertukar-tukar kerja. Sebarang usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing akan mendapat bantahan kuat dari pelobi industri-industri ini.

Masalahnya bebanan dan kesan buruk dari lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing ini benar-benar telah mengatasi kebaikan kos buruh yang lebih rendah yang sering diwar-war sebagai sebab kenapa Malaysia tidak boleh mengurangkan pekerja asing.
Lambakan dan kebergantungan tersebut adalah salah satu punca utama pengangguran di kalangan rakyat Malaysia apabila tenaga kerja Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dikira tidak sesuai (atau tidak mampu bersaing) untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal.
Apa perlunya restoran-restoran dan kedai-kedai menggaji pekerja asing sebagai pelayan sedangkan kerja-kerja tersebut boleh dibuat dengan baik (dengan latihan) oleh pekerja tempatan? Apa perlunya kilang-kilang yang tidak memerlukan kemahiran teknikal dan khusus menggaji pekerja asing sedangkan kerja-kerja tersebut sepatutnya diisi oleh rakyat tempatan.
Jika pun ada isu mengenai kesesuaian dan sikap pekerja tempatan yang suka bertukar kerja (seperti yang selalu juga disebut sebagai punca majikan lebih gemarkan pekerja asing), ini adalah isu-isu yang perlu ditangani bersama dengan cara membudayakan perspektif kerja yang lebih baik di kalangan pekerja tempatan.
Sebab itu saya menyeru supaya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia membentangkan senarai industri-industri yang dibenarkan membawa masuk pekerja asing dan industri-industri yang menggunakan pekerja asing walaupun sebenarnya tidak termasuk di dalam senarai yang diluluskan. Saya yakin ada banyak industri yang tidak dibenarkan membawa masuk pekerja asing tetapi oleh kerana kelompongan dasar dan prosedur di pihak kerajaan, industri-industri ini secara berterusan menggunakan pekerja asing dan menafikan hak pekerja rakyat Malaysia.
Saya menyeru supaya semua pihak memberi fokus kepada usaha-usaha untuk mencapai konsensus nasional agar ada komitmen dan rancangan di peringkat tertinggi kerajaan untuk mengurangkan lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing menjelang tahun 2030.
Saya kini sedang menyiapkan satu kertas dasar mengenai reformasi tenaga kerja yang akan memperincikan sasaran peratusan pekerja asing berbanding pekerja rakyat Malaysia menjelang 2030 serta langkah-langkah ke arah mencapai sasaran itu.
Kertas dasar itu akan dibentangkan di dalam satu wacana dasar yang dianjurkan oleh I-CPI (INVOKE Centre for Policy Initiatives) pada 14 Mei 2017 bermula jam 1 petang di Hotel Empire, Subang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

[Video Penjawat awam pun sedia tolak UmnoBN!] Nasib tidak berubah, rakyat tuntut perubahan.

Selasa, 2 Mei 2017

Nasib tidak berubah, rakyat tuntut perubahan.

Penulis 

Sementara parti-parti politik bergelut dengan persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, satu perkara yang tetap tidak berubah ialah nasib rakyat terutamanya yang berpendapatan menengah dan rendah. Sebagai pentadbir dan pemerintah, Datuk Seri Najib Razak dan Umno BN perlu dipertanggungjawabkan serta tidak boleh lari daripada amanah ini! Jangan tuding jari kepada pembangkang kerana tidak kotakan janji sedangkan parti pemerintah sewajibnya menepati janjinya.
Datuk Seri Najib dan parti pemerintah sendiri terpaksa memperkenalkan label khas, B40 dan M40 kerana kelompok rakyat berkenaan telah ketara semakin runcing. B40 ialah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (di bawah RM3,900 sebulan) manakala M40 ialah berpendapatan 40 peratus sederhana (antara RM3,900 hingga RM8,300 sebulan).
Semasa pembentangan Bajet 2017 dahulu oleh Perdana Menteri, pelbagai insentif dijanjikan untuk B40 dan M40. Antaranya ialah peruntukan subsidi hampir RM10 bilion yang merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam. Juga bantuan untuk golongan pesawah padi, pekebun kecil getah dan nelayan. Namun yang sentiasa diungkit ialah pemberian BR1M kepada 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Beliau malah mengutarakan konsep baru “public happiness” yang merujuk kepada kualiti kesejahteraan hidup rakyat dan bukan pendapatan semata-mata.
Sementara konsep ini baik pada asasnya namun realitinya amat jauh tersasar apabila rakyat bukan sahaja menghadapi masalah pendapatan tetapi tekanan hidup dan kemuraman atau “public discontent” dan “public unhappiness”.
Setelah masuk ke suku kedua 2017, sejauh manakah masalah pendapatan rakyat di selesaikan? Sejauh mana pelbagai insentif itu melegakan tekanan hidup kepada rakyat? Bukankah subsidi minyak masak telah dipotong? Bukankah harga gula pasir putih bertapis kasar telah naik 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram pada 1 Mac lalu? Bukankah sebelum itu subsidi tepung, beras, elektrik dan minyak telah dihapuskan? Bukankah kadar inflasi 4.5 peratus antara yang tertinggi sejak lapan tahun? Ini penunjuk kenaikan harga barang.
Faktanya, subsidi kerajaan bagi keperluan asas seperti petrol, diesel, minyak masak, tepung dan bantuan seperti BR1M menurun sebanyak 9.6 peratus kepada RM24.64 bilion tahun ini, dari RM27.3 bilion tahun lepas.
Di samping itu, Malaysia mempunyai kesenjangan yang lebar antara kaya dan miskin di mana 75 peratus isi rumah memperolehi kurang daripada RM5,000 setiap bulan. Jika bekeluarga lima dan pendapatan datang daripada seorang ketua keluarga, cukupkah pendapatan itu? Sejahterakah atau “happy” kah rakyat?
Tinjauan umum saya mendapati ramai daripada kalangan rakyat tidak mampu untuk berfikir jauh lagi sehingga 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Mereka terpaksa memikirkan nasib mereka untuk selama setahun, 6 bulan malah 3 bulan akan datang. Ini kerana pendapatan kurang daripada perbelanjaan walaupun amalan berjimat cermat telah dilakukan.
Sementara memang benar ketua keluarga harus bijak menguruskan kewangan untuk keperluan isi rumah, namun sekiranya kantung keluarga itu kecil dan bocor melalui cukai GST, bayaran harga barang yang naik dan harga rasuah maka nasib M40 dan B40 tetap tidak ke mana.
Sebab itu saya hairan apabila baru-baru ini Datuk Seri Najib berbangga dengan pencapaian negara di peringkat antarabangsa dengan pengiktirafan Malaysia sebagai lokasi Pusat Keamanan Global Raja Salman dan penghormatan daripada Presiden Korea Utara Kim Jong Un selepas berjaya menyelesaikan krisis diplomatik, sedang rakyat masih menghadapi masalah asasi seperti makanan, kesihatan, air, rumah, jalan raya dan pendidikan.
Saya tidak katakan supaya kita hentikan hubungan antarabangsa atau potensi pelaburan dari luar, namun persoalannya ialah apakah dengan pencapaian tersebut maka rakyat tidak terbeban lagi dengan cukai GST, kos sara hidup yang tinggi, hutang yang melambung, kos pendidikan yang meningkat, kos kesihatan yang tinggi dan tambang pengangkutan awam yang naik? Apakah ini fitnah dan kata-kata dusta yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan seperti yang didakwa Datuk Seri Najib?
Apakah tidak benar bahawa wang RM2.6 bilion telah masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib dan hutang 1MDB telah melambung kepada RM53 bilion? Bukankah wang sebesar itu sewajarnya disalurkan dengan telus kepada rakyat dalam bentuk penghapusan cukai GST, pendidikan percuma, pembinaan infrastruktur sekolah, jalan raya, hospital dan lain-lain?
Apa yang ditimbulkan oleh pembangkang bukannya untuk membenci kerajaan tetapi untuk melaksanakan amanah rakyat menegur pemimpin parti pemerintah apabila berlaku kepincangan. Memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dan parti pemerintah untuk melaksanakan dasar dan rancangan yang diamanahkan oleh rakyat.
Malah dalam keterbatasan pembangkang, saya lihat parti-parti pembangkang khususnya di bawah Pakatan Harapan telah mula dan pernah mengemukakan dasar yang membangun, progresif dan pragmatik untuk membina negara kembali kepada kegemilangan. Contohnya, Belanjawan Pakatan Harapan (sebelumnya Pakatan Rakyat) yang diterbitkan setiap tahun. Begitu juga dengan Pelan Pemulihan Felda. Dan akan datang, dasar yang berkaitan pembanterasan rasuah, kadar pendapatan adil, peluang yang saksama, kos sara hidup dan kebajikan sosial.
Rakyat juga tidak lupa bahawa terdapat tiga negeri sekarang yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Kisah kejayaan pelaksanaan dasar yang pro-rakyat boleh dilihat dengan jelas terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Juga tidak boleh dilupakan bahawa Sdr Anwar Ibrahim telah melancarkan Agenda Ekonomi Malaysia pada Mei 2008 lagi sebagai kenyataan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi membangunkan negara secara mampan dan inklusif. Dasar-dasar ini telah mendahului Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi yang dibentangkan oleh parti pemerintah.
Agenda Ekonomi Malaysia sudah pun mengenal pasti matlamat dan hala tuju dalam membentuk negara maju dan berpendapatan tinggi. Hal ini termasuklah menggariskan strategi utama serta mengenal pasti halangan-halangan struktural kepada pembangunan negara secara jelas dan jitu.
Pada akhirnya, dasar yang ditawar oleh Pakatan Harapan tetap tidak boleh terlaksana selagi kerajaan parti pemerintah tidak bertukar. Selagi itu maka nada dan irama yang serupa persis rekod usang akan didengari oleh rakyat setiap kali semasa PRU. Lebih malang lagi, pentadbiran dan pemerintahan kleptokrasi penuh kepincangan, rasuah, salah guna kuasa, wang dan kedudukan akan terus merosakkan negara dan rakyat. Nasib rakyat tidak akan berubah selagi rakyat tidak sanggup berubah kepada menyokong Pakatan Harapan.
Read More

[Video Mana Mungkin Najib Tak Terlibat 1MDB?] Exco (Pas) Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda tu lagi.

Selasa, 2 Mei 2017

Image result for Gambar bumbung rumah janda
Gambar Hiasan - Rumah Melayu Lama
Image result for Gambar bumbung rumah janda

DEMI MARUAH.. USAH MENGINTAI BUMBUNG JANDA TU LAGI...

MENGINTAI BUMBUNG JANDA.
Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik Mohd Khalil Abdul Hadi diminta mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang Exco Pas dalam Kerajaan Selangor.
Kenyataan beliau bahawa Exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.
Lantikan Exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco.
Justeru, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga Exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas. Atas dasar inilah, 4 orang Exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu.
Jadi, persoalan di sini, jika Pas mempunyai maruah, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor di semua peringkat termasuk Exco. Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai.

FAIZ FADZIL
29 April 2017


KedahLanie.
Read More

[Video Tun M - 1MDB Najib UMNO Menindas & Tekan Rakyat Dengan GST] Apabila CYBER BN & SEKUTUNYA menyerang ISU AIR PENANG dengan persepsi..!

Selasa, 2 Mei 2017

Apabila CYBER BN & SEKUTUNYA menyerang ISU AIR PENANG dengan persepsi..!

Penulis 
Soalan: Di Malaysia, jika guna 35,000 liter air sebulan, berapakah bil air yang perlu dibayar?

Jawapan: Bergantung pada negeri.

Paling MURAH sekali ialah di Pulau Pinang, bil air berjumlah RM11.30.

Kedua termurah ialah Terengganu, RM18.20.

Jika di negeri-negeri jiran Pulau Pinang, kena bayar RM23.45 di Kedah dan RM25.55 di Perak.

Negeri yang mempunyai pendapatan rakyat paling rendah di Malaysia, Sabah, kena bayar RM31.50.

Paling mahal sekali, di Johor, bil air mencecah RM36.75.

Tapi tiap-tiap hari UMNO-BN tak henti menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang sebab bil air. Benda yang tak boleh tipu pun, dia boleh buat fitnah. #KitaLawan
Read More

[Video Tun M - Satu Logo,1 Lawan 1 Pakatan Harapan Akan Menang PRU 14] Benarkah UNDI PAS membazir?

Isnin, 1 Mei 2017

Image result for Foto Pakatan Harapan
Pakatan Harapan

Benarkah UNDI PAS membazir..???

UNDI PAS MEMBAZIR.

PH nak lawan UMNO. Pas pula nak lawan PH yang nak lawan UMNO. Jika Pas anggap PH lebih bahaya drp UMNO, maka Pas adalah UMNO.

Pas masuk PRU bukannya nak menang, PH pula masuk PRU nak menang dan nak tawan Putrajaya. Bila Pas yg tak mahu menang tapi nak bertanding di kerusi PH yg nak tawan Putrajaya, maknanya Pas hanya mahu kacau kerusi yg PH nak menang utk tawan Putrajaya.

Bila Pas yang tak nak menang kacau kerusi PH yang nak menang, ertinya mahu mengekalkan UMNO yang jadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara!

Bila tindakan Pas itu tidak disedari ahlinya yang taat membuta tuli, boleh mengekalkan UMNO yang memerintah, ertinya  Pas satu masa nanti juga akan dianggap pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani
Asatizah Amanah Johor.


KedahLanie.
Read More

[Video Pas Wajib Bergabung Dgn UMNO - MSO] Konsert Double Trouble Muzik dan Komedi 'Sekarang bulan dah duduk atas dacing'.

Isnin, 1 Mei 2017

'Sekarang bulan dah duduk atas dacing'


Penyanyi Datuk Zainal Abidin mendedahkan, suatu ketika dulu pernah lagu popular nyanyiannya, Hijau, kurang disenangi sebuah parti politik.
Katanya, antara faktor menyebabkan lagu Hijau yang diterbitkan pada 1991 itu tidak digemari mungkin disebabkan terdapat dialek Kelantan pada liriknya.
“Lagu Hijau saya pernah tidak disukai oleh parti politik berlambang bulan. Tetapi bulan itu sekarang sudah duduk di atas dacing,” katanya dengan nada berseloroh.
Itu adalah antara lawak ditonjolkan Zainal di depan kira-kira 100 penonton yang hadir di Konsert Double Trouble Muzik dan Komedi yang diadakan Comedy Planet, Kuala Lumpur, kelmarin.
Di konsert itu, buat pertama kali Zainal berkongsi pentas dengan pengarah, pelakon dan pelawak Afdlin Shauki yang juga pemilik Comedy Planet.
Namun, bahan jenaka tadi hanya sekadar perkongsian. Malah Zainal turut menegaskan lawak itu tidak pula mengandungi unsur-unsur politik.
Sebagai pengusaha restoran yang membawa tema komedi, Afdlin mengambil langkah bijak dengan menjemput Zainal untuk turut mewarnai persembahan pada malam itu.
Comedy Planet biasanya menghidangkan persembahan komedi daripada pelawak profesional dan amatur dari seluruh negara.
Pada malam itu nampak benar keserasian antara Afdlin dan Zainal dan ia tidak dibuat-buat. Lebih memeriahkan suasana, lawak dipersembahkan itu pula tidak hambar.
“Saya berada di sini kerana adik saya (Afdlin),” kata Zainal menggambarkan keakraban mereka yang bagaikan saudara kandung.
Disebabkan faktor itulah, terdapat peminat yang sanggup datang dari jauh seperti dari Singapura untuk menyaksikan ‘penangan’ Zainal dan Afdlin.
Zainal tidak ketinggalan untuk tampil membawa lagu Hanya Di Radio yang pernah popular semasa dia bersama kumpulan Headwind.
Sebenarnya ada kisah di sebalik pembabitan Zainal pada malam itu.
Cabar berbalas pantun
Katanya, Afdlin menghubungi isterinya untuk mempelawa menjadi penghibur di Comedy Planet pada 29 dan 30 April tetapi pelakon filem Soal Hati itu tidak berani bertanyakan harga perlu dibayar.
“Saya beritahu dia (Afdlin), ini bukan tentang wang. Saya lakukan ini kerana cinta saya kepada pentas dan kerana banyak yang saya boleh pelajari daripada dia,” katanya.
Mengakui bukan pelawak, Zainal memberitahu, Afdlin berjaya ‘mempersendakan’ dirinya dan dia melakukan persembahan itu dengan ikhlas.
Menghampiri usia 60 tahun, Zainal kelihatan kekal bertenaga untuk bersama Afdlin menghiburkan penonton dengan pelbagai jenaka spontan.
Sesekali mereka menyanyi seperti lagi Can Mali Can dan Suriram dengan diselitkan sebagai perencah kepada aksi mereka berdua.
Riuh gamat dibuatnya apabila Zainal tiba-tiba menjemput beberapa penonton wanita dan lelaki naik ke pentas.
Antaranya, mereka dicabar untuk berbalas pantun mengikut irama lagu kanak-kanak tadi serta menyanyikan beberapa petikan lagu dari filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Selain melawak dan menyanyi, Zainal dan Afdlin turut mengimbau kenangan berkongsi pentas untuk konsert Ikhlas Tapi Jauh di Stadium Negara, pada 1992.
“Inilah lagu yang berjaya merapatkan kami berdua,” kata Zainal, sebelum berduet bersama Afdlin.
Sebelum dikenali sebagai artis serba boleh Afdlin terlebih dulu menapak dalam dunia seni sebagai penyanyi di awal 1990-an.
“Afdlin balik dari sekolah, datang ke studio dan belajar menyanyi…(masa itu) saya tak tahu dia nak jadi apa, saya tak tahu dia nak buat apa…,” kata Zainal.
Bagi Afdlin, perasaan sama mengenai Zainal turut lahir. Dia juga menganggapnya seperti seorang abang.
“Apabila saya memulakan karier, kamulah (Zainal) orang yang saya sentiasa rujuk, walaupun kamu tidaklah tinggi mana,” katanya dengan nada bergurau.
Menurut Afdlin, Zainal banyak memberikan inspirasi kepadanya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian.
“Apabila saya kena buli, abang ni (Zainal) yang jaga.
“Ini single pertama saya dan satu-satunya single saya,” kata Afdlin yang pernah muncul dengan album solo pada tahun 2003.
Antara lagu dipersembahkan pada Konsert Double Trouble Muzik dan Komedi itu adalah Superstitious, nyanyian asal Stevie Wonder, Telaga, Aku Lelaki dari album Afdlin, FUUYO! dan Kau Di Hatiku.
Persembahan yang turut diiringi kumpulan yang pernah menjadi pemuzik jalanan, Kami Jadi Band itu selesai kira-kira menjelang tengah malam.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena