Friday, 2 November 2018

[Video Japan's 'Samurai bonds' to help Putrajaya slash debt] PJ Pas Perak 'masam mencuka, Nizar pulak riang gumbira!' PEMANSUHAN MINIT DAN SURAT SOKONGAN, jadikan menteri2 PH tiada kuasa? Apa jadi akhirnya, sistem parti TIDAK menguasai kerajaan?

Jumaat, 2 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Image may contain: 18 people, people smiling, text

PEMANSUHAN MINIT DAN SURAT SOKONGAN JADIKAN MENTERI2 PAKATAN HARAPAN TIADA KUASA

Salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Pakatan Harapan sebaik mengambil alih kerajaan pada pilihanraya lalu ialah menghapuskan amalan menulis minit dan surat sokongan bagi sebarang urusan yang berkaitan tender, projek dan hal-hal yang melibatkan kewangan.

Ia bermakna Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, pegawai menteri dan lain-lain seperti pengrusi agensi kerajaan  tidak boleh lagi menulis apa-apa minit berbentuk sokongan atau arahan bagi sebarang permohonan yang dibawa rakyat sama ada untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan atau sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.

Turut tidak dibenarkan ialah menulis surat sokongan atas sebarang permohonan yang dikemukakan oleh rakyat atas urusan yang sama iaitu untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan dan sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.

Alasannya peraturan ini diperkenalkan ialah kerana kerajaan Pakatan Harapan ini ingin menjadi kerajaan yang bersih dan para pemimpinnya tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang urusan yang memungkinkan ada konflik kepentingan, membolot peluang perniagaan atau "menyamun" atas jawatan yang disandang.

Sekali pandang dan dari segi idealismenya, peraturan itu memang nampak cantik dan ada baiknya, tetapi ia juga sebenarnya paling merugikan Pakatan Harapan sendiri.

Untuk apakah parti politik bertanding dalam pilihanraya dan menjadi kerajaan kalau bukan untuk mendapatkan kuasa?

Kenapakah semua parti yang bertanding berebut-rebut serta merayu-rayu kepada rakyat atau pengundi agar mereka diberikan kuasa sebagai kerajaan?
Tetapi, apakah pula gunanya kuasa yang sudah diperolehi itu jika ia tidak dapat dimanfaatkan untuk menolong rakyat dan penyokong sendiri?

Bagi penjawat-penjawat politik dalam kerajaan yang memperolehi kuasa melalui pilihanraya, satu-satunya kelebihan atau gahnya mereka ialah apabila boleh menulis minit dan surat sokongan atas sebarang permohonan atau membantu apa juga masalah yang dibawa oleh rakyat.

Ada surat permohonan dalam bentuk meminta sokongan tender, memohon kontrak, lesen, tuntutan bayaran, rayuan projek dan 1001 urusan lain yang kebanyakannya sudah tentu ada melibatkan kewangan kerajaan.

Selalunya melalui minit dan surat sokongan itulah ahli-ahli politik yang ada jawatan boleh menolong rakyat atau mereka yang datang untuk memerlukan pertolongan.

Bukanlah semua minit atau surat sokongan itu pasti akan beroleh kelulusan atau kejayaan kerana pegawai kerajaan atau agensi yang meluluskan itu biasanya terikat dengan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.

Namun demikian, mereka yang datang itu akan berasa separuh lega apabila surat mereka sudah diminit oleh menteri atau timbalan atau diberikan surat sokongan yang ditandatangi oleh setiausaha politik atau setiausaha sulit kanan menteri, meskipun akhirnya apa yang dipohon atau dihajati itu menemui kegagalan.

Jika apa yang dipohon itu berjaya, tentulah lagi gembiranya mereka itu.

Begitulah bagaimana selama ini sistem parti politik menguasai kerajaan berjalan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

Bagaimanapun, dengan peraturan baru yang memansuhkan amalan menulis minit dan surat sokongan itu, kerugian bukan saja kepada mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, tetapi juga penyokong dan rakyat yang selama ini menyokong perubahan.

Ramai yang datang menemui menteri, timbalan menteri atau setiausaha politik misalnya, untuk tujuan meminta pertolongan terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana tiada apa-apa bantuan yang boleh mereka perolehi.

Menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru ini tiada kuasa lagi untuk menulis minit kepada ketua setiausaha, pengerusi agensi di bawah kementeriannya sendiri, pengarah atau pelbagai penjawat jawatan kanan lain yang ada kuasa dari segi pentadbiran dan meluluskan sesuatu perkara.

Begitu juga dengan setiausaha politik dan setiausaha sulit kanan menteri, mereka juga tiada hak lagi menulis surat sokongan kepada pengarah atau pengerusi agensi kerajaan jika ada sesiapa datang meminta pertolongan.

Dalam waktu yang sama, tiadanya lagi amalan menulis minit itu seperti melepaskan menteri, timbalan menteri dan lain-lain penjawat itu daripada bebanan peranan menolong rakyat, meskipun ketika berkempen sebelum ini laungan meminta kuasa itulah yang dijerit ke sana sini.

Apa jadi akhirnya?

Akhirnya yang pasti ialah sistem parti menguasai kerajaan dengan sendirinya sudah pun terhapus dan yang benar-benar berkuasa dalam kerajaan sekarang tentulah ketua setiausaha, pengarah-pengarah, setiausaha bahagian dan penjawat kanan lainnya dalam kementerian itu.

Di peringkat agensi atau GLC pula, sudahnya yang benar-benar ada kuasa, walaupun setelah kerajaan bertukar tangan ialah ketua pengarah, pengarah urusan dan CEO yang bukan daripada kalangan orang politik.

Tetapi, siapa yang bertanding dalam pilihanraya dan siapa yang akhirnya dapat kuasa berganda secara percuma?

Sihatkah perkara ini kepada masa depan Pakatan Harapan?

Mampukah Pakatan Harapan terus bertahan dalam pilihanraya akan datang, sedangkan rungutan sudah semakin banyak kedengaran, malah ada yang sudah mula bosan dengan menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan yang tiada kuasa ini. (ShahbudinHusin 02/11/2018).
Read More

[Video Projek RM60 bilion MRT3 dibatal, HSR ditangguh] Pembentangan Bajet-Hatrik 2016-2018, MARANG ponteng lagi! Pembangkang boo, panggil Guan Eng 'Nobita'.

Jumaat, 2 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Adakah MP Marang bakal mencipta QUADTRIK? Sama2 kita nantikan..

Pembangkang boo, panggil Guan Eng 'Nobita'

Hari ini, lebih kurang lima minit berucap membentangkan belanjawan, Lim diganggu oleh anggota Dewan Rakyat BN ketika berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan "kleptokrat".
Ucapan itu mengundang sorakan 'boo' dan sorakan anggota parlimen BN sehingga memaksa speaker Mohamad Ariff Md Yusof campur tangan menenangkan keadaan.
Di Penghujung ucapan, Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkata belanjawan kali ini hanya amalan penjenamaan semula dengan banyak “salin dan tampal”.
Ketika pertikaman lidah anggota parlimen pembangkang dan kerajaan, seseorang dari pihak BN melaungkan perkataan “Nobita” - watak utama dalam kartun popular Jepun, Doraemon.
Mk.
Read More

[Video Pembangkang boo Guan Eng diawal pembentangan Bajet 2019] Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner sudah mengaku bersalah mencuri duit 1MDB...Tinggal Najib, Jho Low je tak ngaku! Bagi Umno inilah KETUANAN MELAYU (Perompak) & Jack Sparrow adalah Lanun Muslim?

Jumaat, 2 November 2018

Perhatikan lambang bulan dan bintang
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!.. Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner ADALAH SUAMI kepada Kimora sudah mengaku bersalah mencuri duit #1MDB..

Tinggal Najib & Jho Low je belom nak mengaku...

Rasa2 depa ni ada hubungkait rapat tak ??!

PASTI NAJIB AKAN CAKAP.. "TAK KENAL" "TAK TAHU"..
Bagi Umno inilah KETUANAN MELAYU... Perompak.

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim..

Oleh: takusahrisau
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.

Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Menjadi Lanun
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varneydaripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Memeluk Islam
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Selanjutnya..Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Kembali ke rahmatullah
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Perhatikan lambang bulan dan bintang

Read More

[LIVE Parlimen- Pembentangan Bajet 2019] Bapak Segala Putar Alam No.1...PEMBOHONGAN Najib & Tak sia-sia Najib angkat Mohamad Fuzi Harun sbg Ketua Polis Negara sewaktu Najib berkuasa dahulu...

Jumaat, 2 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
DAHULU.. kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
SEKARANG.. kata Jho Low diberi peranan penting dlm 1MDB.

Bila dah kerap menipu, putar belit terhadap rakyat & negara maka segala kebobrokan Najib, Umno dan BN bakal terbongkar satu persatu..
Bapak Segala Putar Alam No.1
Foto Suara Rakyat.
Tak sia-sia Najib angkat Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sbg Ketua Polis Negara sewaktu Najib berkuasa dahulu...

TEPOKKK...

Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB, kata Najib:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-jawab-kenapa-jho-low-diberi-peranan-penting-179159

IGP: Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB:
https://www.malaysiakini.com/news/414815

Read More

[LIVE Parlimen- Pembentangan Bajet 2019 & Bual bicara menjelang pembentangan Belanjawan 2019] Intipati Bajet 2019: 15 Isi Penting.

Jumaat, 2 November 2018

 LIVE Parlimen- Pembentangan Bajet 2019



pembentangan bajet 2019

Senarai Intipati Bajet 2019 : 15 Isi Penting

  1. Berapa Hutang negara Malaysia terkini 
  2. Bayaran bonus raya
  3. Bonus Bajet 2019 penjawat awam
  4. Pinjaman PTPTN 
  5. Skim Rumah mampu milik
  6. Skim KWSP Suri Rumah :
  7. Pengumuman skim kenaikan gaji kakitangan awam
  8. Pelepasan Cukai pendapatan 
  9. Penambaikan bajet bantuan sara hidup 
  10. Pengumuman hutang peneroka FELDA  
  11. Pengumuman subsidi petrol untuk motor CC kecil
  12. Pengumuman subsidi petrol untuk kereta CC kecil 
  13. Pengumuman skim peduli sihat Malaysia 
  14. Pengumuman semakan gaji minimum di Malaysia 
  15. Semakan cukai pendapatan 
Read More

[Video Tak guna bercakap berkenaan ketuanan melayu kalau kamu kuli BANGSAT] Ketuanan Melayu atau Ketuanan Penyamun...Kabilah UMNO dah meroyan separuh sasau TATAPI masalahnya jembalang UMNO yang 'memperjuangkan ketuanan Melayu' telah ditendang rakyat dari Putrajaya pada PRU 14.

Jumaat, 2 November 2018
Ketuanan Melayu atau Ketuanan Penyamun... 
Related image
Image may contain: 18 people, people smiling, text

Kabilah UMNO yang meroyan separuh sasau cuba menjaja 'ketuanan Melayu' sebagai tangkal azimat politik yang mereka perdagangkan sejak 61 tahun berkuasa. Dari era Tunku sampai era Mahathir yang menjadi PM selama 22 tahun dongeng 'ketuanan Melayu' tidak menjadi isu politik yang memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini.  

Mengapa? Kerana kepimpinan mantan Tunku sampai era Mahathir dianggap paling baik dibandingkan era 'Islam Hadhari' Pak Lah dan era penyamun kelas cakrawala Najib. 

Bila jembalang UMNO 'memperjuangkan' ' ketuanan Melayu' setelah ditendang rakyat dari Putrajaya pada PRU 14 maka dongeng mereka dianggap separuh sasau, dan ketinggalan zaman. Mereka patut bertanya diri sendiri mengapa UMNO yg berkuasa selama 61 tahun ditendang oleh rakyat sekiranya perjuangannya berporoskan aspirasi rakyat?  

Ingat Melayu jadi PM dan MB semua negeri, pegawai-.pegawai tinggi kerajaan semua Melayu, alim ulamak dari sekolah pondok sampai Al-Azhar pembaca doa kunut dan talqin semua Melayu, yang menjadi ketua agama Islam setiap negeri juga raja Melayu. Mengapa Melayu bangsat di buminya sendiri? Mengapa Tanah Rezab Melayu kini tinggal 12% dari berjuta ekar yg dikekalkan oleh penjajah British dulu? 

Apakah 'ketuanan Melayu' yg didongengkan sebagai tangkal azimat politik UMNO membawa rahmat kepada rakyat? Nahe,nahe. Sebenarnya elit super korup pemimpin UMNO, termasuk golongan berkuasa dan istana memperjudikan nasib Melayu untuk kepentingan tembolok dan perut buncit mereka.  

Sejak Pak Lah dan Najib berkuasa orang Melayu sendiri menjadi jelak, muak dan benci terhadap kerakusan, kezaliman dan kemunafikan para pemimpin Melayu yg kehilangan maruah, hargadiri dan super korup. Mereka inilah yg bangsatkan Melayu. Sebenarnya dalam perlembagaan negara sudah dikeramatkan hak dan kepentingan Melayu/Bumiputra dan Islam.  

Ini 'social contract' yang dipersetuji oleh semua kaum. Malangnya para pemimpin Melayu dari berbagai golongan mengkhianati janji keramat tersebut. Mereka inilah pengkhianat Melayu, Islam dan negara. Kerajaan kesultanan Melayu Melaka dihancurkan oleh para penguasa yg super rasuah.  

Sejarah korupsi, kezaliman dan kemunafikan para pembesar Melayu di zaman fiudal terus berulang hingga sekarang. Kehancuran UMNO patut menginsafi semua pihak. Slogan ' ketuanan Melayu' sudah hilang roh dan semangat perjuangannya. Hari ini rakyat berkuasa.  

Allah yang menentukan nasib setiap insan termasuk manusia yg miskin sampai ke istana. Sekali air bah sekali pasir berubah. Yang menentukan nasib bangsa, agama dan negara adalah rakyat jelata dengan izin Allah. Slogan 'ketuanan Melayu' sudah terkubur dengan talqinnya UMNO. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.
Read More

Thursday, 1 November 2018

[Video Bajet 'baiki KEROSAKKAN tinggalan kerajaan UmnoBN yg lalu & melunaskan hutang 1 trilion' dibentang petang ini] Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong & CIJ: Kata-kata Kadir tak akan gulingkan Sultan Kedah.

Jumaat, 2 November 2018

Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong

ultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Dis.
Istiadat yang berlangsung di Istana Hinggap Perak di Kuala Lumpur dimulakan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membaca watikah perisytiharan berkenaan.
Baginda kemudian menandatangani watikah itu.
Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.
Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Istana Negara secara rasmi memaklumkan bahawa Sultan Muhammad V sedang beristirahat menjalani rawatan.
“Selaras dengan Perkara 33 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Baginda (Sultan Muhammad V),” katanya dalam satu kenyataan.
- Bernama

CIJ: Kata-kata Kadir tak akan gulingkan Sultan Kedah

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) sekali lagi tersentak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang mendesak ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya tidak mencadangkan penggunaan Akta Hasutan 1948.
Akta Hasutan adalah undang-undang penjajah yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik dan hanya wujud dengan tujuan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Walaupun kami mengucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, yang memaklumkan bahawa tidak perlu ada pendakwaan, nampaknya ramai yang tidak memahami moratorium itu, mahupun tentang prinsip kebebasan bersuara.
Justeru, CIJ sekali lagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan dijadikan keutamaan bagi kerajaan HARAPAN, iaitu selaras dengan manifesto pilihan raya mereka.
Pada 1 Nov lalu Ahli Parlimen Sungai Petani PKR, Datuk Johari Abdul menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas penasihat perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin mengikut Akta Hasutan berhubung tulisan di blognya yang meminta perbelanjaan untuk raja-raja didedahkan.
Mk.

Read More

[Video Huh, 10 Pegawai Penyiasat SPRM ke rumah Najib pagi tadi] SPRM 'ketuk pintu' rumah Najib lagi.

Jumaat, 2 November 2018

SPRM 'ketuk pintu' rumah Najib lagi

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung ke rumah Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pagi tadi.
Bagaimanapun Timbakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki menjelaskan kunjungan berkenaan bukan bersifat serbuan.
Memberitahu Malaysiakini Azam berkata pegawai SPRM itu berkunjung ke rumah bekas perdana menteri berkenaan untuk mengumpul maklumat bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan siasatan kes apa, serta enggan memberikan butiran lanjut mengenai kunjungan berkenaan.
"Bukan serbuan, hanya pertemuan dengan beliau untuk mendapatkan maklumat tertentu bagu membantu siasatan," katanya melalui mesej teks.
Terdahulu media melaporkan ada kira-kira 10 orang pegawai SPRM dilihat memasuki rumah Najib itu kira-kira jam 11 pagi.
Mk.
Read More

[Video Implikasi ratifikasi ICERD kpd kerajaan dan orang Melayu] 10 sebab kenapa anda perlu tonton Belanjawan 2019.

Jumaat, 2 November 2018
10 sebab kenapa anda perlu tonton Belanjawan 2019
10 sebab kenapa anda perlu tonton Belanjawan 2019
ADAKAH akan ada bonus kakitangan awam? Adakah BR1M akan diteruskan? Bagaimana pula dengan pembaharuan dalam sistem pendidikan? Bagaimana untuk tarik lebih ramai pelabur berkualiti masuk ke dalam negara?
Ini semua persoalan yang wujud dalam hari-hari menjelang Belanjawan 2019, yang pertama untuk Malaysia Baharu. Anda tentu kerap dengar berkenaan cabaran fiskal negara, namun dalam masa yang sama kerajaan juga ada umum polisi dan pelan untuk bawa negara ke hadapan dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi tinggi, pelaburan lebih berkualiti, pertumbuhan yang lebih bermakna dan pelbagai lagi.

Ini adalah 10 sebab kenapa anda perlu tontoni Belanjawan 2019:
1. Ini adalah belanjawan pertama Kerajaan Pakatan Harapan
2. Ketahui pelan kerajaan untuk tangani isu kos sara hidup
3. Cara kerajaan untuk kurangkan jurang antara kaya dengan miskin
4. Polisi yang lebih membantu negeri yang sedikit ketinggalan
5. Pelan pendidikan untuk sampai ke 2020
6. Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda
7. Bagaimana untuk perbaiki penyampaian dan pengurusan awam
8. Tingkat penyertaan wanita dalam ekonomi
9. Ekonomi Hijau
10. Pertumbuhan sejahtera
Adakah ini semua akan terjawab dalam Belanjawan 2019?

Hari ini Astro AWANI akan menyiarkan diskusi Belanjawan 2019 dan Pembentangan Belanjawan 2019 bersama hos, Rizal Zulkapli dan Luqman Hariz.

Astro Awani
Read More

[Video Mampukah '40 Penyamun 1MDB' LOMPAT SEMPADAN INTEGRITI?] Bajet pertama akan dibentang kerajaan baru selepas 61 tahun.

Jumaat, 2 November 2018
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Image may contain: 2 people, people smiling, text
2 ekspresi muka dalam 1 mahkamah.  Sorang senyum sokmo, sorang senyum kelat 
Tumpang sekole.

Bajet pertama akan dibentang kerajaan baru selepas 61 tahun

Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.
Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.
Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.
"Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang," kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.
Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah US$70 setong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 setong pada masa ini.
Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejateraan rakyat.
Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.
Spekulasi tersebar mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.
Beliau berkata, pendapatan tersebut akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memberi jaminan yang bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.
Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang "sukar", adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST. Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.
Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya.
- Bernama
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena