Saturday, 2 February 2019

[Video RAKYAT MALAYSIA MALU, BOSSKU!] Menteri gesa parti pembangkang pulangkan ‘ratusan juta’ dana 1MDB.

Sabtu, 2 Februari 2019

Menteri gesa parti pembangkang pulangkan ‘ratusan juta’ dana 1MDB

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa parti-parti pembangkang yang menerima ‘ratusan juta’ wang 1MDB agar memulangkannya.
Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil antaranya tindakan undang-undang terhadap parti-parti politik berkenaan bagi mendapatkan semula wang tersebut.
Tambah Guan Eng, parti yang menerima jumlah terbesar daripada dana 1MDB akan dikenakan tindakan paling awal.
Terdahulu, dalam sidang media di Putrajaya hari ini, beliau yang juga Setiuasaha Agung DAP berkata Malaysia akan menerima semula wang yang diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi.
“Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat kepada negara Malaysia.
“Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang dirompak daripada 1MDB,” katanya. – Roketkini.com
Read More

[Video Tun Mahathir, Saya tak punya masalah dengan China tetapi saya tak suka polisi Amerika] Clare puas hati, rencana SR dipertikai PAS tidak terusik.

Sabtu, 2 Februari 2019
Image may contain: 1 person

Clare puas hati, rencana SR dipertikai PAS tidak terusik

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berkata dia berpuas hati dengan penyelesaian luar mahkamah dalam saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadapnya.
Memberitahu Malaysiakini, Clare berkata, dengan penyelesaian itu juga rencana yang disiarkan portal Sarawak Report mengenai PAS dan disaman Abdul Hadi itu kekal dan tidak ditarik balik.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan membantu saya dalam cubaan PAS membuli melalui undang-undang ini.
"Saya tidak berganjak. Rencana terbabit kekal disiarkan dalam talian serta tidak diubah walaupun ada cubaan menutup mulut saya dan memperlecehkan saya sebelum PRU lalu," katanya.
Menurut Clare dia berpuas hati dengan penyelesaian tersebut walaupun sebenarnya berharap dapat bersemuka dengan pihak yang menyamannya di mahkamah.
Sarawak Report ialah portal yang mula-mula membongkar skandal 1MDB dan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Pada 6 Ogos 2016 ia mendakwa Najib menarik sokongan PAS kepada Umno dan BN dengan menyalurkan dana berjumlah RM90 juta beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.
Anggap kemenangan penuh
PAS menafikan dakwaan tersebut dan memulakan proses perundangan bagi menyaman Clare.
Abdul Hadi mengemukakan saman di sebuah mahkamah di London pada 21 Apr 2017.
Hari ini setiausaha politik Abdul Hadi, Syahir Sulaiman, menyatakan Abdul Hadi bersetuju untuk mendapatkan penyelesaian luar mahkamah terhadap samannya kepada Clare.
“Setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah melalui Perintah Persetujuan bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London," katanya dalam suatu kenyataan.
Menurut Syahir penyelesaian dibuat itu membabitkan Abdul Hadi menarik balik tuntutan terhadap Clare, editor Sarawak Report itu pula menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.

“Tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” katanya.
Menurut Clare dia menganggap penyelesaian tersebut sebagai suatu "kejayaan dan kebenaran penuh" di pihaknya.
Bagaimanapun Clare menegaskan dia tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian tersebut kerana terikat dengan persetujuan mengenainya.
Malaysiakini.

Read More

Friday, 1 February 2019

[Video Pas Kantoi Tuduh M & Mengapa Pas Terima Duit Umno?] Bang, esok je lah kita pam dah tengah malam ni...Harga petrol mingguan turun 5 sen & Setelah TERABAI dalam Gagasan Sejahtera, Parti Ikatan cuba membawa diri dengan menyertai Bersatu.

Sabtu, 2 Februari 2019

Image may contain: outdoor and text

'Lamaran' Ikatan pada Bersatu tak diterima

Selepas kelihatan terabai dalam Gagasan Sejahtera, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) didakwa cuba membawa diri dengan menyertai Bersatu.
Namun usaha berkenaan dilaporkan menemui jalan buntu apabila 'pinangan' daripada parti kecil tersebut tidak mendapat sambutan seperti diharapkan daripada pucuk pimpinan Bersatu.
Sumber memberitahu Malaysiakini, usaha membawa Ikatan menyertai Bersatu digerakkan sendiri oleh presiden parti terbabit, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
"Tiga kali pertemuan berlangsung (dengan Bersatu), namun kesemuanya menemui jalan buntu.
"Pertemuan itu membabitkan pemimpin utama Ikatan dengan pemimpin tertinggi Bersatu, termasuk Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Marzuki Yahya.
"Agak sukar untuk Bersatu menerima hasrat Ikatan," katanya.
Untuk rekod Ikatan pernah membentuk kerjasama dengan PAS dan Berjasa menjelang PRU ke-14 lalu lalu bagi membentuk kumpulan digelar sebagai blok ketiga.
Tetap konsisten dengan gagasan
Gagasan Sejahtera itu juga mempromosi kempen mereka dengan slogan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Bagaimanapun kesan kerjasama itu tidak menyerlah, malah cadangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk memberikan laluan kepada Ikatan mencabar Dr Mahathir di kerusi parlimen Langkawi menyaksikan tokoh di peringkat kawasan saja diturunkan sebagai calon Gagasan Sejahtera.


Selepas PRU berakhir, PAS lebih aktif bekerjasama dengan Umno dan BN berbanding rakan mereka dalam gagasan tersebut.
Malaysiakini.
Read More

[Video Penyokong Pas For All 'asak' Hadi kenapa diam isu 1MDB] Haloo Semenyih! Politik maufakat antara kaum, orang Melayu Pas & Umno tak boleh terima?

Sabtu, 2 Februari 2019

Image may contain: 1 person, text
Related image
Politik maufakat, orang Melayu tak boleh terima... 
Sama ada kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute yang menyimpulkan 60% orang Melayu kurang selesai dengan prestasi kerajaan PH, tepat atau sebaliknya, dapatan itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak PH dan mencari solusi terhadapnya. 

Dapatan itu diperolehi daripada kajian ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Oktober hingga 24 Disember 2018. (Mungkin angka itu sudah berubah kini dengan ada beberapa pendekatan dan rancangan dilancarkan kerajaan?) 

Menurut badan itu antara perkara yang tidak disenangi orang Melayu ialah melihat kerajaan kerajaan PH dipengaruhi oleh DAP. Tampaknya DAP menjadi masalah kepada orang Melayu untuk tidak mudah menerima PH. 

Memang DAP menjadi isu sejak awal dan terbawa ke hari ini Berbagai penjelasan secara sains politik, fakta dan sejarah dibuat namun ia tidak menuntaskan persepsi ini. DAP menjadi barah kepada kerajaan PH. 

Apa yang tergambar daripada sikap Melayu (60%) ini adalah mereka yang tidak boleh terima politik muafakat antara kaum di negara ini. Prejudis terhadap DAP (Cina) begitu menebal dalam dada orang Melayu. Ia tidak boleh dipersalahkan, selagi orang Melayu tidak disekolahkah dengan politik multiracial dan keluar dari kepompong kaum, maka persepsi itu tetap kekal selamanya. 

Pengekalan sikap ini memberi risiko kepada kerajaan yang dibentuk oleh mana-mana komponen sekali pun. Tampaknya pembentukan kerajaan negara ini melalui demokrasi bukan mudah diterima. - MSO / TS.
Read More

[Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Apalah Pak Lebai ooi, kalu lantik Lim Kit Siang bolehlah bantah! Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.

Sabtu, 2 Februari 2019
Apalah Pak Lebai ooi, kalu lantik Lim Kit Siang  bolehlah bantah,tapi ini seorang Melayu dan Ustaz pula... 
TS.

TUN MAHATHIR TAK BOLEH PANDANG MUDAH KAJIAN MEROSOTNYA PRESTASI KERAJAAN

Sehingga ini sudah dua dapatan umum oleh NGO atau badan pemikir yang menunjukkan prestasi kerajaan atau kepimpinannya sudah merosot di mata rakyat.

Sebelum Ilham Centre bersama Penang Institute memaparkan dapatannya dua hari lalu yang menunjukkan gambaran jelas ketidakpuasan hati rakyat dalam beberapa perkara, khususnya berkaitan janji manifesto,  agenda Melayu, menurunkan kos sara hidup dan sebagainya, Invoke telah pun lebih dulu mengeluarkan dapatannya.

Dalam dapatan  yang dikeluarkan oleh Invoke pada pertengahan Disember lalu, gambaran ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan juga terlihat jelas sehingga rating Tun Mahathir Mohamad didapati telah menurun sebanyak 20 peratus berbanding Jun 2018 iaitu sebulan selepas PH membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, oleh kerana Invoke dikaitkan dengan Rafizi Ramli, ramai yang memandang sinis laporan yang dibentangkannya itu.

Tun Mahathir sendiri dalam reaksinya  berhubung penurunan ratingnya sebagai Perdana Menteri itu turut menyindir dengan berkata, “Rafizi memang seorang yang serba tahu semua perkara”.

Tetapi, dengan Ilham Centre bersama Penang Institute juga melaporkan hasil kajian yang tidak banyak berbeza dengan Invoke, Tun Mahathir dalam hal ini tidak boleh lagi berdiam diri dan terus dalam sindrom penafian untuk selama-lamanya.

Kenyataan beliau bahawa dapatan itu tidak tepat dan hanya melibatkan segelintir Melayu saja tidak lebih merupakan penafian untuk menyedapkan hati semata-mata.

Sebenarnya ketika ini, jika mana-mana NGO atau badan pemikir sekali pun yang membuat kajian berhubung prestasi kerajaan dan tahap kepuasan hati rakyat terhadapnya, dapatannya pasti tidak jauh berbeza.

Lebih daripada itu, PH juga harus menerima hakikat bahawa suara ketidakpuasan hati itu ada di mana-mana dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direka-reka.

Mengapa Najib Razak tiba-tiba jadi popular dan diminati oleh anak-anak muda, meskipun sebelumnya sudah ditolak dalam PRU14 kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB, punca utamanya tidak lain ialah kerana kerajaan terlalu rendah prestasinya.

Kiranya kerajaan berjalan dengan baik, menteri-menteri menunjukkan prestasi dan janji-janji semasa kempen dapat ditunaikan, memang tiada ruang sama sekali untuk Najib mampu mencelah mendapat perhatian semula

Dalam hal ini, khususnya Tun Mahathir, beliau harus segera bertindak memperbaiki kelemahan, menunaikan janji dan menjawab keresahan rakyat yang nampaknya semakin berkembang hari demi hari.

Tun Mahathir mesti serius melihat semula semua ketidakpuasan hati yang dibentangkan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute serta berusaha mengatasinya jika mahu PH ini bertahan lebih lama memerintah negara.

Menteri yang perlu ditegur atau diberi amaran keras, tindakan itu tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Begitu juga jika perlu ada rombakan kabinet dan menteri tertentu perlu dibuang, ia juga wajib dilakukan dengan segera.

Berkaitan dengan janji manifesto, PH jangan beralasan lagi daripada menunaikannya. Janji tetap janji dan rakyat hanya mahu ia ditunaikan sebagaimana sedapnya mulut pemimpin-pemimpin yang ada ini melafazkannya ketika mereka berkempen dahulu.

Kata seorang bekas Ahli Parlimen UMNO, Tun Mahathir bukan baru dalam politik, malah pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini, maka tiada sebab beliau tidak boleh faham betapa pentingnya menunaikan janji yang sudah dilafazkan kepada rakyat.

Jika tidak, kata beliau, jangan sesekali membuat apa-apa janji kepada rakyat. (ShahbudinHusin 01/02/2019)
Read More

[Video SIAPA YANG AJAR TOHMAHAN DAP KAFIR? Putarbelit Pemimpin PAS...] Kerjasama PAS dan 'parti kafir' kalahkan PH di Cameron, kata Dr M & Gelaran parti kafir itu bukanlah datang daripada beliau.

Sabtu, 2 Februari 2019

Putarbelit Pemimpin PAS...

Image result for dr.m n anwar

Kerjasama PAS dan 'parti kafir' kalahkan PH di Cameron, kata Dr M

Kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands baru-baru ini disebabkan kerjasama di antara PAS dan "parti kafir" yang dikenali sebagai Umno, kata Dr Mahathir Mohamad.
Tetap sinis seperti selalu, perdana menteri berkata gelaran kafir itu bukanlah datang daripada beliau.
Sebaliknya, kata Dr Mahathir, ia diberikan sendiri oleh PAS suatu ketika dulu.
"Sebab mereka (pembangkang) menang, kita percaya kerana adanya gabungan di antyara PAS dengan parti kafir Umno.
"(Gelaran kafir) itu pas yang kata, bukan saya. (Dulu mereka kata) Umno ni kafir, tapi sekarang dah bekerjasama dan dapatlah mereka mencapai kemenangan," katanya kepada media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Mahathir mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH yang turut dihadiri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin Yassin, Saifuddin Nasution Ismail dan Lim Guan Eng.
Kenyataan Mahathir itu dipercayai merujuk kepada kecaman yang pernah diutarakan Abdul Hadi Awang pada era 1980-an dulu. 
Kira-kira seribu undi saja
Kata Mahathir kerjasama di antara PAS dan Umno itu adalah bertujuan untuk mendapat kemenangan di dunia namun kedudukan di akhirat belum dipastikan.
"Kita perlu ingat, parti Islam dan parti kafir ini akan bekerjasama untuk kemenangan di dunia... akhirat belum tahulah...," katanya.
Bagaimanapun kata pengerusi Bersatu itu, PH yakin mereka akan memenangi PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mei ini.
Antara sebab keyakinan itu, Mahathir berkata, ketika ini BN boleh dianggap hanya dianggotai Umno saja, dan kekuatan parti itu sudah tinggal separuh.
Pada masa sama, katanya, PH tahu kerjasama kedua-dua parti boleh menggugat peluang mereka mempertahankan kerusi DUN Semenyih.
"Kemenangan Bersatu (yang mewakili PH pada PRU ke-14 lalu) sebenarnya bukan 8,000 undi, tetapi 1,000 saja.
"Justeru PH sedar ia tipis namun kami sudah mengatu cara-cara mengatasinya," katanya merujuk kepada keputusan di kerusi itu pada 9 Mei tahun lalu.
Pada PRU lalu calon PH, Bakhtiar Mohd Nor memenangi kerusi DUN Semenyih dengan mendapat 23,428 undi berbanding pencabar terdekat dari BN, Johan Abdul Aziz - yang juga penyandang - yang menerima 14,464 undi.
Calon PAS pula memperoleh 6,966 undi.
Dalam keadaan itu Bakhtiar memenangi kerusi DUN Semenyih dengan kelebihan 8,964 undi.
Bagaimanapun dengan andaian semua pengundi BN dan PAS memberi sokongan sama kepada calon pembangkang pada PRK akan datang, ia menjadi 21,430 undi.
Keadaan itu meletakkan PH hanya memiliki kelebihan 1,998 undi.
Malaysiakini.
Read More

[Video Tun Mahathir dan Raceep Tayyib Erdorgan mmg Hero Dunia Islam sebenar] Dr M: Najib popular sebab banyak cerita 'labun'!

Sabtu, 2 Februari 2019

Dr M: Najib popular sebab banyak cerita

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Najib Razak sepatutnya melaksanakan setiap kritikannya terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH), ketika masih berkuasa.
"Kenapa ketika berkuasa dia tak buat semua perkara yang dia minta kita buat?" soalnya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
"Jika dia buat semua benda itu, dia pastinya masih menjadi perdana menteri," kata Mahathir.
Ketika kemuncak siasatan skandal 1MDB selepas PRU ke-14, Najib dilihat mengelak daripada bersemuka dengan media.
Beberapa bulan kemudian Najib hadir dengan imej baru, antaranya mengkritik kerajaan dengan nada humor dan sindiran sehingga menggelar dirinya sebagai "Raja Troll".
Selain itu beliau yang dianggap daripada keluarga bangsawan juga kini menggunakan imej santai dengan jenama "malu apa bossku".
Ketika ditanya tentang perkara itu, Mahathir mengakui Najib kini meraih pengikut terutama di media sosial.
"Nampaknya dia meraih populariti di media sosial kerana dia beri banyak cerita," katanya serta menyangkal tanggapan bahawa Najib memainkan peranan dalam kemenangan BN di PRK Cameron Highlands.
Mahathir sekali lagi mengulang dakwaannya bahawa Najib merupakan "diktator kleptokrat" ketika mentadbir negara, yang akan menahan pengkritik dan seteru politiknya.
"Tetapi (di sebalik dakwaan di mahkamah) kita benarkannya membuat ucapan, bayar bil dan sebagainya. Ini menunjukkan kita adalah kerajaan yang saksama," katanya lagi.
Malaysiakini.
Read More

[LIVE: Sidang media Dr M di Majlis Mesyuarat Presiden PH] Walaun, walaun! Takkan Nak Jemput Pas atau UMNO join YADIM? 1Masjid 1Polis di seluruh negara mulai Mac, kata Pengarah JPKK.

Jumaat, 1 Februari 2019

Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, teks
Takkan Nak Jemput Pas atau UMNO join YADIM? 
1. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia rancak dibincangkan sejak semalam setelah selesai pelantikan 12 orang pemegang lembaga amanah pertubuhan itu.
2. Organisasi itu yang lebih dikenali sebagai YADIM hangat diperkatakan di media massa dan sosial melibatkan pelantikan seorang ADUN DAP ke dalamnya iaitu YB Ustaz Syeikh Bagharib Bin Ali.

3. Mengejutkan, kebanyakkan yang mempertikai lantikannya adalah dari kumpulan PAS dan UMNO yang tidak senang dengan lantikan wakil rakyat dari DAP itu.

4. Agensi yang memfokuskan kepada dakwah dengan pendekatan yang berhikmah itu tidak pernah dipertikai lantikan oleh sesiapa, hatta semasa kerajaan Barisan Nasional, agensi ini tidak seorang pun ahli PAS UMNO yang mahu pertikai.

5. Kali ini galak lantikan YADIM mendapat tentangan daripada PAS dan UMNO, dengan bermodalkan sentimen agama yang diletakkan sasarannya pada DAP, mereka mengecam YB Ustaz Syeikh Bagharib dengan bahasa dan kutukan yang melampau.
6. Tidakkah kalian yang dari PAS sedar, YB Ustaz juga bekas ahli PAS dan memilih untuk bersama DAP di dalam arena politik selepas krisis perpecahan yang kalian dari PAS bangkitkan?

7. Jika nak dipertikai ilmu dan sijil, sudah tentu orang PAS lebih kenal batang tubuh ini. Usrah, tamrin mahupun daurah, beliau antara orang yang kuat tarbiyah. Sudah tentu juga pejuang-pejuang mahasiswa di bawah paying GAMIS kenal akan kegagahan batang tubuh ini dalam menggerakkan gerakan pelajar itu pada tahun 2007-2009.

8. Jika orang PAS yang mengenalinya pun sudah mempertikai kredibiliti, sudah tentulah sahabat cantumannya iaitu UMNO akan turut serta. Adakah mereka mahukan wakil dari PAS atau UMNO yang menjadi ahli lembaga pengarah?

9. Baguslah jika DAP yang dikatakan oleh pembangkang sebagai parti perkauman dan anti-Islam menyertai YADIM. Mudahlah YB Ustaz membawa elemen-elemen dakwah kepada sahabat-sahabatnya di dalam DAP, agar tidak terpaku dek sikap melampau agama PAS UMNO.

10. Pemuda AMANAH Melaka mengucapkan jutaan tahniah kepada YB Ustaz Syeikh Omar Bagharib atas lantikan tersebut. Moga usaha untuk menyampaikan dakwah Islam secara berhikmah dapat diperluaskan di Malaysia dengan lebih efektif lagi.
.
Firdaus Ali Nafiah
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Melaka

「Gambar polis di masjid」的圖片搜尋結æžœ
1Masjid 1Polis di seluruh negara mulai Mac, kata Pengarah JPKK

Program 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.

Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang telah melaksanakan program itu sejak 2012.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa disedari.
Polis juga akan mewujudkan satu ruangan pada papan notis masjid untuk memuatkan maklumat dan berita tentang kepolisan.

“Setakat ini 1M1P dilihat berjaya mengekang jenayah seperti kes curi wang tabung dan curi motosikal di kawasan masjid,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/1masjid-1polis-di-seluruh-negara-mulai-mac-kata-pengarah-jpkk/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Read More

[Video AMANAH K'tan adakan mesyuarat tergempar berkaitan lantikan Azmin] Saman Ketua Pemuda PAS RM30 juta! Yadim: Zamihan terima surat tunjuk sebab.

Jumaat, 1 Februari 2019
Saman RM 30 juta : DAP guna mahkamah untuk tutup mulut kami, dakwa pemimpin PAS
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli menganggap tindakan Teressa Kok menyaman Ketua Pemuda PAS Selangor RM30juta atas fitnah yang dibuat Ketua Pemuda PAS Selangor itu kepada Teressa adalah sebagai langkah menutup mulut PAS dan tidak selari dengan kebebasan bersuara.
Berikut kenyataan penuh beliau :
Isu tuntutan RM 30 juta Teressa Kok terhadap Ketua Pemuda PAS Selangor menjadi satu lagi hujah bahawa DAP semakin tersepit apabila menjadikan mahkamah untuk menutup suara rakyat. Jika benar Malaysia Baharu yang dicanangkan itu memberikan kebebasan bersuara, mengapa beliau tidak berani sehingga ke saat ini untuk menjawab fakta mengenai kebenaran pimpinan DAP anti Islam. Bahkan menjawab sekali 15 fakta bahawa DAP anti Islam yang dikeluarkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Mahkamah bukan tempat untuk dieksploitasi bagi melarikan diri apatah lagi mengugut dengan saman yang kosnya besar. Teressa Kok dicabar untuk mengadakan debat terbuka dengan Dewan Pemuda PAS Selangor bagi membolehkan rakyat menilai pendirian beliau terhadap Islam jika beliau bukan anti Islam.
Dewan Pemuda PAS Selangor mengecam sikap “melarikan diri” dengan membabitkan mahkamah dalam hal yang boleh diuruskan menerusi pendirian terbuka beliau serta perdebatan terbuka. Biar rakyat menilai. Biar medan debat merakamkan pendirian beliau dan DAP dalam isu Islam. Ini bukan isu picisan. Ini isu tunjang negara. Islam adalah agama rasmi Malaysia, ia tidak boleh diperkotak katikkan oleh mereka yang anti Islam.
HANAPI ZULKAPLI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Image may contain: 2 people, people smiling, eyeglasses
Sheikh Ummar Ali dan Nik Omar 

Kritik Yadim: Zamihan terima surat tunjuk sebab

Pendakwah kontroversi Dr Zamihan Mat Zin menjadi menerima surat tunjuk sebab kerana mengkritik lantikan politik dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Menurut sumber, Zamihan diberikan surat tunjuk dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Zamihan adalah kakitangan Jakim yang sebelum ini dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu pentadbiran BN.
"Zamihan sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh JAKIM kerana tindakannya mengkritik pelantikan majoriti pemimpin politik dalam Yadim.
"Beliau diberi masa selama tujuh hari untuk menjawabnya, ia susulan 'amaran' Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.
"Ia jelas bercanggah dengan prinsip rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam) apabila tidak boleh mengkritik apa yang dilihat 'tidak kena'," katanya kepada Malaysiakini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof kelmarin dilapor memberi amaran kepada pihak yang terus memperkai lantikan anggota dewan undangan negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Alpa), Yadim.
Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Malaysiakini juga sedang berusaha mendapatkan komen Jakim.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena