IBU BAPA: Mohon Exam Pendidikan Islam Mahsuh!
Lihat atas.
Pernah terjumpa kes macam neh tak? Kes di mana ibu bapa mencadangkan kepada kementerian agar mahsuhkan terus peperiksaan pendidikan Islam?
Rilex.
Aku dapat input neh dari geng2 guru juga. Info neh menyebut bahawa cadangan tersebut dibuat oleh ibu bapa. Ia tiada kaitan dengan kementerian atau BN ke apa oke. Kot2 kalau yang buat cadangan neh sokong BN ke apa ke itu lain citer oke.
Hehe.
Ada ibu bapa mencadangkan agar matapelajaran Islam dimahsuhkan terus dari dijadikan sebahagian dari exam.
Sebab apa dorang nak mahsuhkan? Yang tue aku tatau. Aku takmo ulas lebih2 akan tindakan mereka yang aku pun tak berapa jelas sebab2nya.
Cuma kat sini kalau korang tanya aku apakah cadangan di atas neh relevant atau tidak, maka aku nak cakap ia ada kebaikan nya tersendiri kalau kita perhalusi betul2 cadangan neh.
Kalau takde exam macam mana nak tahu seberapa jauh mereka faham apa yang mereka belajar selama neh beb?
Ini la hujah2 yang pasti akan kedengaran.
Ya. Betul. Exam ialah penanda aras sejauh mana apa yang kita belajar tue kita HAFAL dan FAHAM. Sebenarnya dalam pendidikan Islam bukan cukup setakat FAHAM. Kita kena HAFAL juga. Ia sama2 penting. HAFAL dan FAHAM.
Sekarang abaikan itu.
Ini pendapat aku. Pendidikan Islam dan exam gabungan separuh masak.
Dari dulu lagi benda neh ada dalam kepala hotak aku. Aku melihat exam demi exam berkaitan pendidikan Islam di sekolah seperti tak cukup menyeluruh penyampaiannya mengenai Islam.
Macam mana nak cakap ek?
Aku cukup tak suka budak2 kena pergi sekolah pagi dan petang semata2 nak belajar ilmu agama. Kalau boleh aku impikan sekolah yang mana ko boleh belajar semua benda kat satu tempat. Maksudnya kat situ ko belajar ilmu dunia kat situ juga la ko belajar ilmu akhirat. Kat situ ada orang kaya kat situ juga la ada orang miskin. Maksudnya asalkan ko rakyat Malaysia maka ilmu itu sentiasa ada untuk ko cari tanpa kira status pangkat dan etc2.
Dan sekolah2 pula sentiasa dikemaskini tanpa perlu beza membezakan. Sekolah2 bandar lain layanan yang depa dapat, sekolah ceruk2 kampung lain pula layanan yang mereka terima. Ini semua tidak perlu. Asalkan ia untuk pendidikan, aku berharap sangat semua nya akan dilayan sama rata dan adil agar pelajar2 tak kira di mana pun mereka berada mereka selesa untuk menuntut dan mendapatkan apa2 ilmu sekalipun.
Ini sebenarnya sekolah impian aku.
Aku juga cukup suka kalau budak2 neh diberikan peluang untuk belajar semua benda yang berkaitan agama dan kita adakan program2 tertentu bagi menguji apa yang mereka belajar itu mereka faham.
Itulah yang aku nak sampaikan. Maksud aku, Islam bukan untuk exam2 apa bagai semua neh. Ia lebih kepada ko belajar Islam untuk ko betul2 amal. Senang cakap ustaz ustazah kena ajar budak2 neh agar mereka betul2 faham apa yang mereka belajar.
11 tahun.
Ia terlalu panjang dan lama dan sangat sayang jika kita tak rancang betul2 bagaimana nak mengisikan pendidikan agama dalam jiwa anak2 muslim neh geng.
11 tahun.
Kalau kita ada plan yang menyeluruh dan tersusun, anak2 neh umur 17 tahun, keluar2 jek setakat label ustaz dan ustazah petik jari jek beb.
Sebab kita gunakan 11 tahun untuk mendidik moral anak2 kita melalui sistem pendidikan kita. Aku belum jumpa ayat bagaimana nak menghuraikan idea aku sebenarnya.
Ia lebih kepada aku nak sebut, exam2 bab Islam ke apa ke neh seme aku tak anggap penting apa pun. Ia bukan la kalau ko fail exam ko fail as muslim dan begitu juga sebaliknya.
Ia lebih kepada aku nak cakap bagaimana kita patut gunakan masa selama 11 tahun untuk menajamkan akidah anak2 muslim kita supaya generasi akan datang doktor pun ustaz, engineer pun ustazah, tukang sapu sampah pun ustaz, polis pun ustaz, pendek kata ko kerja apa sekalipun ehh ko boleh jadi ustaz dan ustazah ek?
Faham tak apa yang aku nak sampaikan sekarang?
Oke bai.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/mohon-exam-pendidikan-islam-mahsuh.html#ixzz2Xoc0Hyis
Pelajar Bukan Islam, Belajar Di Sekolah Rendah Agama
Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.
Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.
Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam.
Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi.
Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama.
Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya... katanya lagi yang juga merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.
Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi.
Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta matapelajaran lain dengan baik. -sgburong.
0 comments:
Post a Comment