Tuesday 2 July 2013

Kenapa kes Kugan rayu, kes Altantuya tidak?

Rabu, 3 Julai 2013
Mengapa kes A Kugan kerajaan merayu keputusan mahkamah & Kes pembunuhan Altantuya pula, kerajaan sengaja tidak mahu buat rayuan...
KUALA LUMPUR: Mengapa dalam kes A Kugan sahaja kerajaan merayu keputusan mahkamah, tetapi enggan berbuat demikian terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Adakah rayuan hendak dibuat dalam kes pembunuhan Kugan ketika dalam tahanan polis kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Khalid (Abu Bakar) bertanggungjawab atas kematian Kugan, yang disiksa ketika soal siasat sehingga menyebabkan kematian?"
"Tetapi, dalam soal pembebasan Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pula, adakah kerajaan sengaja tidak mahu buat rayuan kerana hendak melindungi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sehingga hari ini tidak dilihat bersih oleh sebahagian besar rakyat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu," katanya.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa institusi dan prosedur perundangan diperalatkan untuk kepentingan pihak yang berkuasa.
"Rakyat semakin tidak percaya kerana nampak semakin jelas bahawa pertimbangan dibuat mengikut kepentingan pihak yang ada kuasa.

"Nampak benar kerajaan mengajar rakyat supaya menjadi orang yang berkuasa di dalam kerajaan Umno atau mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, barulah mendapat pertimbangan yang wajar dan saksama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam kes Kugan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham memutuskan Khalid yang pada waktu itu merupakan Ketua Polis Selangor bertanggungjawab ke atas kematian suspek curi kereta itu ketika berada dalam tahanan polis empat tahun lalu.
Singham berkata Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes tersebut.

Tidak berapa lama selepas membuat penghakiman itu, Hakim Singham telah bersara dari perkhidmatan kehakiman.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kelihatan tidak  berpuashati dengan penghakiman itu berkata, kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Beliau berkata, kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sebaliknya, kerajaan tidak pula mahu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dalam kenyataannya pada November 2008, Timbalan Pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pendakwa tidak akan memfail rayuan terhadap keputusan kes Abdul Razak tersebut.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena