Thursday, 3 October 2013

Eh,eh, Macam tu sekali!!! Misai Kucing di Perlis disemai dalam sinki...

Khamis, 3 Oktober 2013
Misai Kucing di Perlis disemai dalam sinki

Ia bukan kaedah penanaman baru, tetapi di Perlis Misai Kucing disemai dalam sinki, sehingga dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pembiakan pokok herba itu antara projek kurang memuaskan jabatan pertanian di samping kegagalan membangunkan kawasan lapangan dan menggunakan peralatan memproses herba bernilai RM350,000 serta pengeluaran tidak memuaskan
NONE

"Semakan audit juga mendapati anak pokok Misai Kucing disemai melalui keratan batang.

"Ia dibiarkan sementara di dalam sinki sehingga berakar, sebelum dipindahkan ke dalam polibeg," laporan itu dipetik.

Penemuan juga mendapati, pemprosesan teh Misai Kucing tidak mengikut prosedur, antaranya batang yang dituai hanya disimpan di atas para dan daunnya tidak dilerai dan dikeringkan dengan segera.

Manakala herba yang diproses pula tidak diuji daripada segi nutrisi dan belum mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan bagi menentukan ia selamat diminum.

Sementara itu, audit juga mendapati sebanyak 17,125 Tongkat Ali musnah dalam kebakaran pada tahun 2009 dan sehingga kini belum dibangunkan semula atas alasan "sering berlaku kebakaran".

Nilai perolehan untuk tanaman menggunakan 7 hektar tanah itu berjumlah 80,000.
Mk.
Tongkat Ali
Kesuburan tanah di Felda Jengka 16, Maran, amat sesuai untuk tanaman herba tongkat ali.UM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena