Thursday 3 October 2013

HAIRAN juga, macam mana rakyat Malaysia masih boleh mempercayai BN! Tak menyesal ke?

Khamis, 3 Oktober 2013
Tidak menyesalkah rakyat sokong BN yang korup?
HAIRAN juga, macam mana rakyat Malaysia masih boleh mempercayai Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara sehingga lebih 50 tahun, sedangkan hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN. 
Mungkin mereka boleh ‘pejam mata’ dengan penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku itu kerana menganggap wang dan harta bernilai jutaan dan berbilion ringgit itu milik kerajaan, bukannya milik mereka.

Sebab itu mereka tidak kisah atau ambil peduli berapa juta atau berapa bilion wang yang diseleweng dan dibazirkan sedangkan hakikatnya wang itu adalah milik rakyat yang membayar pelbagai cukai yang dikenakan kerajaan ke atas mereka.
Berlainan jadinya jika rakyat sedar bahawa wang dibazirkan, diseleweng dan dibelanjakan secara begitu boros oleh kerajaan itu adalah wang mereka, termasuk gaji yang dibayar kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan.
Photo: dari mana datangnya duit si badak air ni hah??
Sehari simpan RM1,000; setahun RM365ribu je.
50 tahun, RM18mil shj.
Mcm mana dpt RM73mil ??
Selepas cicin “Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring“ yang berharga USD24.5 Juta (RM73 Juta), kini Rosmah maju setapak lagi kehadapan dengan koleksi terbaru beliau dari Jacob & Co iaitu “Zebra Safari Bangle”
Menurut FMT, “Zebra Safari Bangle” berharga lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta). Wartawan dari FMT telah mendapat pengesahan harga melalui email daripada syarikat yahudi Jacob & Co’s. Gambar di atas menunjukkan Rosmah mengayakan gelang tersebut. Bukan satu, tetapi 2 utas gelang yang dibelinya! Lihatlah kedua-dua belang tangannya itu!
Perangai buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Duit rakyat dibelanjakan sesuka hati sahaja.
Bank apa yang badak air ni menabung? Gua pun nak menabung di bank yang sama dengannya. Bunga tinggi.
fat ugly lady of malaysia simpan duit dalam tabung babi ka tabung ayam atau arak?
Tidak tahulah macam mana rakyat masih boleh berdiam diri apabila dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan wang rakyat berjuta ringgit untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun.

Kenapa Najib dan Rosmah yang berpendapatan begitu tinggi dan kaya masih menggunakan wang rakyat, bukannya wang sendiri untuk mengadakan majlis rumah terbuka yang dikatakan dihadiri beratus ribu tetamu.
Ini tidak termasuk penyelewengan lain yang dilakukan kementerian, jabatan kerajaan sepertimana yang didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara, termasuk kecuaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyebabkan kehilangan senjata api membabitkan kos RM1.33 juta, yang juga dibeli dengan wang rakyat.
Sampai bila rakyat akan beri kepercayaan kepada BN memerintah
audit
Tidak tahu sampai bila rakyat akan sedar dan terus mengundi dan memberi mandat kepada BN yang dibarisi pemimpin yang tidak amanah, jujur dan yang mementingkan kekayaan kroni apabila dengan boros membelanjakan wang rakyat.

Atau rakyat mahu tunggu dan lihat negara ini bankrap dulu baru mereka mahu bertindak kerana sekarang ini mereka ‘dibuai’ dengan harapan dan janji akan diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 sebulan sebagaimana manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Mereka (rakyat) masih boleh mengalah tidak membantah walaupun harga petroleum dan barangan pengguna lain kini naik mendadak.

Permasalahan juga tidak dapat dinafikan yang rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas. Jadi sekarang rakyat bukan hanya perlu bimbang terhadap ahli politik yang korup malah penjawat awam daripada atas hingga ke bawah juga turut terbabit sama.

Penyelewengan penbelian aset berlaku dalam jabatan kerajaan
Agak terkejut juga apabila dilaporkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan sehingga RM3,810 untuk membeli satu jam dinding yang harga sebenarnya hanya RM100. Rangkaian televisyen milik kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama menjadikan harga keseluruhan adalah RM76,200.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 309 barangan didapati hilang dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan. Barangan yang hilang itu direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2012, membabitkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.
Laporan menyatakan kehilangan gari mencatat kes paling tinggi iaitu sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Bagaimanapun, jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar amal dikesali yang cuba ‘lepas tangan’ apabila mendakwa kehilangan itu tidak berlaku di bawah pengawasannya kerana beliau baru saja menyandang jawatan itu.
Ini bermakna PDRM tidak memandang serius kehilangan senjata api berkenaan sehingga mengambil masa begitu lama untuk menyiasat.

Khalid juga yakin senjata api yang hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah kerana polis belum mengesan senjata api berkenaan diguna penjenayah.
Bagaimanapun agak lucu apabila Khalid mengandaikan kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau dalam air dan tidak ada orang yang dapat.
Dalam satu yang berlaku tahun lalu, kerajaan bersungguh-sungguh menafikan usaha membawa kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 itu ditanggung menggunakan wang rakyat namun Laporan Audit Negara 2012 mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu dibawa masuk membabitkan kos RM1.6 juta wang rakyat.

Kementerian Belia dan Sukan itu juga ditegur kerana “berbelanja boros’ wang rakyat termasuk belanja lain untuk sambutan itu yang berjumlah hampir RM3 juta.
Selain itu, kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti juga dilaporkan berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 kerana ketidakseragaman dalam penyediaan ‘Bill of Quantities’ (BQ).
Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).
Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.
Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai BR1M atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri.

Audit puji prestasi SSIC milik Kerajaan Negeri Selangor
Berlainan sekali dengan Laporan Ketua Audit Negara yang berpuashati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) yang memperoleh peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan terkumpul pada 2011 berbanding 2009.

SSIC, syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
Pengauditan yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperoleh lebihan pendapatan bagi 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.
Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperoleh daripada kerajaan negeri.
SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta.

Audit berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif.
Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.

Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja.
Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada 2010 berbanding RM6.75 bilion pada 2009. Bagaimanapun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, disebabkan perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 10/03/2013 10:08:00 PTG 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena