Punya nak melayu membenci DAP sanggup memfitnah orang. Ini mentaliti blogger UMNO
Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu…. – gambar Dari Sungai Derhaka
Melayu Dimurtadkan Digereja Gambar Palsu – Malaysiakini
Komen: Kerana begitu bersemangatnya dia hendak membela agama dan bangsa melayu sehingga habis disapu semuanya sampai binatang tak berdosa pun jadi mangsa selepas ayam itik pula. Niatnya bercabang dua antara menyembelih untuk memakan haiwan dan menyembelih kerana zalim dibalas dengan zalim lalu kedua duanya silap silap dilempar dalam neraka. Bertenang dan cakap baik baik dan paling habis sindir sahaja sudah cukup dan ingat pesan kerajaan dan polis mengenai jangan menghasut sesama kaum apatah lagi mahu meraih keuntungan politik.
Sumber gambar blog Dari Sungai Derhaka
Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber
Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai ‘bukti’ orang Islam di negara ini menjadi Kristian.
Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.
Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.
Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.
Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.
“Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu – ISTAC jadi gereja!” ~ Malaysiakini BM
Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.
Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.
Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.
“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."
Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja.
0 comments:
Post a Comment