Friday 14 March 2014

Pesawat MH370 - DI INSURANS RM328.11 JUTA dengan ALLIANZ MALAYSIAN BHD.

Jumaat, 14 Mac 2014


Gambar Dalaman Pesawat MH370

Empat rakyat Malaysia dan seorang pelajar dari China yang menaiki pesawat MH370 yang hilang memiliki perlindungan insurans daripada Allianz Malaysia Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Jens Reisch.
Beliau berkata empat daripada penumpang mengambil polisi insurans hayat manakala penumpang lain mengambil insurans kemalangan peribadi.
"Buat masa ini, kami belum mempunyai senarai penuh rasmi penumpang lagi. Apa yang kami ada sekarang hanya nama, usia dan kewarganegaraan.
"Jadi, kami tidak boleh mengatakan dengan pasti, tetapi daripada lima yang dikenal pasti (yang kami ada), kami boleh mengesahkan bahawa mereka adalah pelanggan kami.
"Kami (Allianz), buat masa ini berusaha sedaya upaya untuk menghubungi anggota keluarga mereka," katanya selepas memberi taklimat kepada pemberita mengenai prospek ekonomi global, pasaran sedang pesat membangun dan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini. 
Jens berkata Allianz akan menunggu hasil daripada misi mencari dan menyelamat sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
Allianz yang berpangkalan di Jerman mengesahkan pada Isnin bahawa ia adalah penginsurans utama bagi pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines, yang hilang daripada radar di Laut China Selatan pada Sabtu.
Syarikat itu bersimpati dengan semua yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370, dan berjanji untuk bekerjasama rapat dengan penginsurans bersama untuk menyokong pelanggannya.
Meskipun nilai diinsurans pesawat berjumlah kira-kira RM328.11 juta (AS$100 juta), liabiliti dan pampasan biasanya dalam jumlah yang lebih tinggi. 
MH370, yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa  239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada Sabtu.
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama tetapi dilaporkan hilang daripada radar pusat kawalan udara dua jam selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL. - Bernama, 12 Mac, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena