Friday 14 March 2014

[Video] Bomoh MH370 Sudah Panas - Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tau...

Jumaat, 14 Mac 2014
So... jangan main-main okey....
Gambar: so... jgn main2 okey.... :3
Posted by Maha Missa 

Video : Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh

Published on Mar 13, 2014
Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berang dengan sikap biadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Untuk artikel penuh, sila rujuk http://www.suara.tv/?p=3458

Raja Bomoh 61

Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.
Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.
By Zul Rawi March 14, 2014 : 2:01 pm
Gambar: MANA PERGINYA BUDAK-BUDAK KESATRIA BN YANG MENDABIK DADA SANGGUP GUGUR BILA BERTEMPUR APABILA RAJA BOMOH SEDUNIA NAK TAMPAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN???????
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/mana-perginya-budak-budak-kesatria-bn.html

KJ, Fathul Bahri minta Jakim ambil tindakan ke atas "Raja Bomoh"

email
comments
KJ, Fathul Bahri minta Jakim ambil tindakan ke atas
PUTRAJAYA: Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan ‘permaidani ajaib’ untuk kononnya membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, patut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di dalam akaun Twitternya berkata upacara ritual bomoh itu memalukan.






Somebody should arrest those magic carpet bomohs. Memalukan.

KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'

email
comments
KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutanbomoh Ibrahim Mat Zainyang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".

Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut.





Video Raja Bomoh Tampar VIP. Enjoy. http://www.suara.tv/?p=3458&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena