Monday 10 March 2014

SAR MH370 Saksi Lihat Cahaya Dari Pesawat... Media mula berkumpul di Pangkalan Maritim Tok Bali

Isnin, 10 Mac 2014
Saksi Lihat Cahaya Dari Pesawat Tampilkan Diri 

pesawat mas operasi 3



Ini info yang baru keluar dari bilik berita tv3. Katanya ;


Seorang lelaki mendakwa terlihat satu cahaya terang berwarna putih ketika berada di halaman
rumahnya pada hari kejadian pesawat MH 370 dilaporkan hilang.  Alif Fathi Abdul Hadi, 29
tahun,mendakwa melihat cahaya terbabit pada jam 1.45 pagi, Sabtu lalu.  

Menurut Alif, cahaya itu dilihat bergerak pantas menuju ke arah Laut China 
Selatan, menerusi ke arah Bachok sebelum hilang daripada pandangan. Ujarnya, dia memerhati
pergerakan cahaya itu selama lebih kurang 5 minit, kerana cahaya berkenaan yang dipercayai
datang dari sebuah pesawat bergerak ke arah yang berlainan dari arah yang selalu dilalui
pesawat.   Alif yang ditemani bapa saudaranya, Rosman Ishak membuat laporan berhubung 
kejadian itu di pejabat APMM daerah 10, di Tok Bali, setelah mengetahui insiden kehilangan 
pesawat terbabit. 

Konsisten dengan timeline ketika pesawat tersebut hilang dari radar.  Harap2 dengan clue terbaru ini ia dapat membantu pasukan penyiasat untuk mengesan pesawat tersebut secepat yang mungkin bagi menjawab misteri kehilangan pesawat tersebut yang kini telah pun memasuki pada hari ketiga. 

Dan, lihat video ini ; 


"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."
Rasanya, inila harapan terakhir bagi mereka2 yang related dengan krew2 penerbangan serta penumpang MH370 boleh iktiarkan. Mereka sedang menanti #MH370 pulang ke pangkuan keluarga dan sahabat handai yang menyayangi kamu semua.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/saksi-lihat-cahaya-dari-pesawat.html#ixzz2vYbdcBf2

Ibu Pejabat APMM Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam.
Posted 2014/03/10 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Terkini: Media mula berkumpul di pangkalan maritim Tok Bali – MH370

Perkembangan terbaru yg mungkin membuahkan hasil pencarian misteri ini dan diharap tidak menjadi kenyataan pesawat itu terhempas sama kes dengan Air France – MRM Foto kredit Bernama Sinar Harian dan Malaysiakini BM


PASIR PUTEH – Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini menjadi tumpan media tempatan apabila ia dijadikan satu daripada pusat mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.
Tinjauan Bernama di jeti Maritim di sini hari ini mendapati petugas media mula berkumpul di situ sejak 10 pagi untuk mendapatkan laporan terkini perkembangan operasi SAR.
Beberapa aset milik Maritim bersiap sedia untuk digerakkan dalam operasi SAR dan pada pukul 1.30 tengah hari kelihatan sebuah kapal peronda milik APMM bergerak ke arah Laut China Selatan dipercayai untuk operasi SAR.
Semalam Maritim menemui tompokan minyak di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sampel minyak itu diambil oleh Kapal KD Amanah pada 11 pagi semalam.
Sampel minyak itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya kerana di Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai kemudahan untuk menganalisis minyak berkenaan.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Mohd Amdan berkata, tompokan minyak sepanjang dua kilometer itu kelihatan berlainan kerana warnanya kekuningan berbanding tompokan tumpahan minyak kapal dagang yang biasa ditemui di mana-mana perairan.
Dalam tinjauan udara yang dilakukannya petang semalam di kawasan 70 hingga 100 batu nautika dari pantai di perairan Terengganu, Kelantan dan sempadan Thailand dan Vietnam, tidak menemui apa-apa petunjuk berkaitan pesawat MH370 yang hilang itu. – Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menghantar sampel daripada tompokan minyak yang ditemui di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis.
Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sampel itu yang diambil oleh Kapal KD Amanah pukul 11 pagi tadi dihantar malam ini.
“Keputusan analisis sampel minyak itu dijangka dapat diketahui tengah hari esok,” katanya dalam sidang media mengenai Misi Pencarian Kehilangan Pesawat MAS, di Maritim, Pejabat Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini malam ini. Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena