Friday, 7 March 2014

Solidariti Buat Anwar Bermula di Stadium Kajang Malam Ini (7 Mac)... "keadilan telah dicemari"

Jumaat, 7 Mac 2014
Gambar: ‎Pejuang dan penyokong reformasi sedang mendengar amanah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kajang...

#LawanTetapLawan #justice4anwar #PRK_Kajang

ṪןḰєlคtє‎
Pejuang dan penyokong reformasi sedang mendengar amanah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kajang...

#LawanTetapLawan #justice4anwar #PRK_Kajang

ṪןḰєlคtє
 — bersama Faezz Hamdan dan 7 yang lain.

Solidariti Buat Anwar Ibrahim yang terus dizalimi

Solidariti Buat Anwar Bermula di Stadium Kajang Malam Ini (7 Mac)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini meminta orang ramai untuk turun bersolidariti buat Anwar Ibrahim yang terus dizalimi, dengan menghadirkan diri ke Stadium Kajang malam ini.

Stadium Kajang mempunyai kapasiti yang luas untuk mengumpul seramai yang boleh bagi menunjukkan sokongan padu rakyat demi keadilan yang telah dicemari.

Jelas sekali hukuman yang dikenakan terhadap Anwar adalah satu konspirasi mengikut skrip yang telah ditetapkan, apabila dengan sengaja tarikh penamaan calon N25 Kajang dilewatkan secara luar biasa.

SAMM juga menggesa semua pihak bertenang dan jadikanlah perhimpunan di Stadium Kajang malam ini satu detik permulaan perlawanan baru menentang penindasan yang tidak berkesudahan. Penjelasan dan arahan gerakan akan dikeluarkan malam ini, justeru semua harus mengombak hadir.

Malam ini adalah malam penting buat rakyat Malaysia. Semua pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO juga dijemput bersama-sama dengan rakyat bagi penyusunan massa dan gerakan.

Jumpa semua di Stadium Kajang malam ini. Tunjukkan kepada aparat pemerintah bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan terancang sepertimana yang telah diperlakukan terhadap seorang Anwar Ibrahim!

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia



Written By canang on Jumaat, 7 Mac 2014 


Gambar: ‎Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi 5 tahun penjara.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. 

Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sebelum jam 11 pagi, Isnin ini.

ṪןḰєlคtє‎

Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi 5 tahun penjara.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sebelum jam 11 pagi, Isnin ini.


ṪןḰєlคtє

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena