Friday, 2 May 2014

62% Rakyat Malaysia Tolak GST [CBP] - Merdeka Center

Jumaat, 2 Mei 2014
Ertinya cukup ramai yang menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu pun menolak dan membantah GST.
Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.


Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎


Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.


"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.


Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.


Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi  adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.


Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena