AHLI ISMA DENGARLAH NASIHAT INI ELOK-ELOK
Nasihat kepada masyarakat Islam yang masih sangsi dengan perjuangan Islam PAS?
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Tidak dinafikan PAS sebagai parti Islam tidak mendapat dukungan sepenuhnya umat Islam. Keahlian PAS sendiri walaupun sudah berumur lebih setengah abad sekitar sejuta lebih.
Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak termakan asakan media dan tawaran penghidupan berasaskan nilai kebendaan, yang meremehkan nilai kerohanian dan tidak menggambarkan Islam itu sebagai wadah yang wajib diimani dan dilaksanakan dalam kehidupan.
Mesej ikrar kita dalam solat, bahawa setiap Muslim tidak boleh terpisah dengan Allah SWT dalam semua gerak kerjanya, tidak dihayati. Isu lama, agama suku politik suku sebenarnya antara yang menjadi punca besar masalah ini.
Maka PAS sebagai sebuah parti Islam, wadah perjuangan kebenaran, tidak sampai kepada orang ramai melainkan yang dirosakkan oleh media tentang PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan sebagainya.
Kemampuan kita untuk menyampaikan mesej parti terhalang. Apapun kita tetap bersyukur, keahlian PAS makin bertambah. Bukan ahli kita sahaja bertambah, sokongan pengundi juga bertambah.
Mutakhir ini dengan adanya media baru, seperti laman web, blog, Facebook dan Youtube, ia telah mengubah persepsi masyarakat kepada perjuangan kita. Penggerak parti turut menunjukkan komitmen tinggi melaksanakan dakwah dan kerja-kerja penerangan di seluruh pelosok negara.
Masyarakat juga semakin jelas dengan propaganda murahan Umno yang mendakwa memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu. Selama lebih 55 tahun mereka berkuasa, ternyata agama kita rugi, ekonomi kita rugi, masalah sosial bertambah parah. Kita masih terkebelakang berbanding orang lain.
Kesedaran itu kini menghambat Umno. Sekarang mereka berhempas pulas hendak mempertahankan kuasa dengan apa jua cara, tetapi rakyat semakin sedar. Rakyat tidak mudah ditipu atau diperbodohkan lagi.
Atas asas itulah kita tidak boleh berhenti berjuang, media kita kena terus giat memberi penjelasan. Aktivis kita harus lebih proaktif bergerak. Salah faham selama ini mesti diperbetulkan. Kita akan memimpin umat Islam untuk mereka hidup bahagia dunia sampai akhirat.
Jangan lupa kita akan bangun di Padang Mashyar dan akhirnya kita akan masuk syurga. Jadi kalau kita tinggalkan penghayatan hidup beragama dan hanya pentingkan dunia sahaja, macam Umno mengajak orang kepada dunia sahaja, maka masyarakat akan rugi.
KHADAM UMNO MASUK AKHBAR UMNO
Seluruh jemaah Islam didalam dunia akan mendapat tentangan daripada pemerintah & kerajaan yang zalim..Itulah yang dihadapi oleh Ikhwan Muslimin , Jamaat Islami Pakistan , Parti Islam Se-Malaysia (PAS)..jangan cakap nak masuk dalam TV , nak dipromosikan didalam akhbar milik kerajaan pun susah..Kalau ada pun hanyalah berita yang memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam..
Akan tetapi lain pula yang diperolehi ISMA & BERJASA..Jika baru-baru ini masuk ke dalam TV hari ini UMNO tolong pula mempromosikan mereka di akhbar-akhbar mereka..UMNO redhai agenda yang ISMA bawa bermakna berlakulah percanggahan dengan sunnatullah perjuangan Islam yang mana tidak akan ada parti/jemaah yang menentang Islam yang akan redha dengan Islam yang dibawa oleh parti Islam..
ISMA BERDAULAT UMNO SEJAHTERA
ABI
AKHLAK NON MUSLIM DENGAN ULAMAK PAS..AKHLAK PEMIMPIN ISMA DENGAN ULAMAK PAS BAGAIMANA PULA??
Tatkala prejudisnya ISMA kepada orang bukan ISLAM dengan menganggap semua orang bukan ISLAM ini punya agenda untuk menjahanamkan ISLAM lain pula penerimaan & sikap orang bukan ISLAM kepada PAS..Bukti salah satu keberjayaan Tahaluf Siyasi PAS & PR adalah orang bukan ISLAM makin dekat dengan ISLAM..Tatkala non muslim makin hampir kepada PAS & ISLAM , maka ISMA makin kuat dan lantang mengkritik Tahaluf Siyasi PAS..
Benarlah mereka ini khadam UMNO kerana mereka amat takut non muslim bersama PAS..Bilamana non muslim bersama PAS maka pemerintahan UMNO & BN akan lenyap dan pastinya tidak akan bangun-bangun lagi..Jadi untuk mempertahankan UMNO & BN maka ISMA akan menyerang habis-habisan Tahaluf Siyasi PAS & menyerang habis-habisan DAP..
ISMA BERDAULAT UMNO SEJAHTERA
ABI
0 comments:
Post a Comment