Saturday 3 May 2014

GST: Pembangkang mendapat untung politik, kata Ibrahim Ali

Sabtu, 3 Mei 2014



Nak buat boleh aku sokong 100%. Pasal aku nak tengok berapa besar perhimpunan tu, megah sangat nak buat perhimpunan besar-besaran kononya. Jangankan separuh, suku pun belum tentu kau dan geng-geng kau boleh kumpul seramai macam gambar kat atas tu. Buat malu saja nanti.

Syaratnya mudah saja Pak Brahim, jangan kau gunakan kerajaan untuk mewajibkan kakitangan awan turut serta, jangan kau gunakan mufti bagi menyokong perhimpunan ini, jangan kau gunakan wang rakyat untuk bagi cabutan bertuah dan t-shirt. Aku nak tengok ada tak orang datang.

Kami datang sana ikhlas untuk berjuang dengan harapan kerajaan akan turunkan kadar walaupun mustahil. Bukan macam kau dan geng geng macai terima saja apa yang kerajaan bagi.
Cuepacs? Mengetuai perhimpunan besar-besaran GST?
NGO pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya Cuepacs dan dewan perniagaan mengetuai perhimpunan besar-besaran rakyat menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO pembangkang yang didakwanya telah mengelirukan rakyat.
PERKASA, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan rakyat dan negara.

"Perhimpunan yang menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat mengenai GST di mana pembangkang mengambil kesempatan isu GST sebagai modal politik memburukan kerajaan dan mereka mendapat untung politik," kata Ibrahim dalam satu kenyataan.
Menurutnya, di kalangan pembangkang, pemimpin PAS dan DAP menyerang GST secara "kromo dan tidak ilmiah".


"Sekadar emosi politik. Manakala PKR mengambil kesempatan untuk membela (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)," tambahnya.
Ibrahim mendakwa 95 peratus orang Melayu dan ahli PAS yang menghadiri perhimpunan anti-GST itu "tidak tahu apa-apa".
"Pasti ada yang percaya menentang GST adalah satu jihad," katanya sambil mendakwa mereka dilatih untuk menentang apa saja isu.

"Baik buruk tidak kisah. Yang penting lawan. DAP dapat peluang bercakap depan ribuan Melayu PAS dan Melayu pun bertepuk, menang sorak kampung tergadai," katanya.
Ibrahim mendakwa ahli DAP (orang Cina) tidak sampai 5 peratus yang hadir.

"Malunya. PKR pula sibuk dengan kes Anwar. Kalau Anwar masih dalam Umno dan (menjadi) menteri kewangan, pasti berapi-api sokong GST dan bedal habis orang yang tak sokong," katanya.

"Macam ISA lah. Masa operasi Lalang 1987, sepatah haram tak bercakap. (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) adalah wira Islam Dunia, kata Anwar masa berkempen Tengku Razaleigh (Hamzah) lawan Tun Dr Mahathir pada 1987.
"Bila dipecat atas kelemahan diri sendiri, Dr Mahathir orang yang paling jahat. Aduh duh duh...," tambahnya.

Oleh itu, tegas Ibrahim, maka wajarlah CUEPAC dan dewan perniagaan tampil menerajui perhimpunan memperjelaskan GST dan diadakan di tempat yang sama,depan Dataran Merdeka.
"PERKASA akan memberi sokongan apa yg termampu demi kebaikan rakyat dan ngara.

"Masa dah tiba,rakyat yang sedar, senyap selama ini, bangkit mpertahankan apa yg baik untuk rakyat dan negara. Jika PERKASA buat, akan dituduh macam-macam," tambahnya.
Khamis lalu, Presiden Cuepacs Azih Muda pada 1 Mei yang berkata penjawat awam yang merancang mengambil bahagian dalam protes anti-GST itu adalah pengkhianat.

Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata penjawat awam yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut -  yang dihadiri kira-kira 50,000 orang di depan Dataran Merdeka untuk membantah GST - akan menghadapi tindakan tegas, termasuk dibuang kerja.
 http://www.malaysiakini.com
Tikaq Buluh

1 comments:

  1. turunlah melayu banggang beramai2. nilah pertama kali aku dengar orang berdemo kerana nak bayar cukai!!??...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena