Macai Menyamar Sebagai Ahli Pas Untuk Bertanding Di PRK Bukit Gelugur
Dengan niat kononnya mahu memastikan hudud dilaksana di Pulau Pinang menjelang 2020, seorang anggota PAS Gombak telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor malaysiakini.
"Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan.
"Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya.
Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor.
Sebuah badan bukan kerajaan Penang Front Party turut menyatakan hasrat meletakkan calon.
Namun semakan lanjut mendapati bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bukan seorang ahli PAS, tetapi adalah seorangAHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600. Lihat di bawah:
Begitu jahat perangai UMNO ini, menghantar ahlinya untuk menyamar sebagai ahli PAS untuk dijadikan calon PRK di Bukit Gelugor. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, pekung UMNO terdedah.
Pendedahan ini merupakan petanda awal UMNO BN bakal kecundang di dalam PRK Bukit Gelugor!
Posted by Jeebond BLM
PRK PARLIMEN BUKIT GELUGOR ... ANAK MENDIANG KARPAL SINGH, RAMKARPAL SINGH ADALAH CALON DAP UNTUK MENERUSKAN LEGASI BAPANYA.
Teka-teki mengenai pemilihan Ramkarpal Singh untuk mempertahankan kerusi Parlimen DAP Bukit Gelugor terjawab hari ini apabila anak lelaki mendiang Karpal Singh itu diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi tersebut pada 25 Mei ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat operasi Bukit Gelugor parti itu di Jalan Greenland hari ini.
Ramkarpal , 38, seorang peguam , adalah anak ketiga mendiang Karpal Singh yang merupakan bekas MP Bukit Gelugor , yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Utara- Selatan, berhampiran Gua Tempurung , Perak pada 17 April.
Karpal yang merupakan pengerusi kebangsaan parti sebelum ini, telah memenangi kerusi tersebut sebanyak tiga kali sejak tahun 2004.
Ramkarpal akan berdepan dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas - Yacoob Mohd Noor dan Mohamed Nabi Bux - yang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding kerusi tersebut.
Sementara itu, parti politik yang belum didaftarkan, Penang Front Party - gabungan 44 NGO yang telah mengisytiharkan perang terhadap DAP - belum menamakan calonnya.
MCA, yang bertanding kerusi tersebut dalam pilihan raya umum yang lalu, di mana calonnya, Teh Beng Yeam , yang memperolehi 13,597 undi - dan tewas engan majoriti besar 42,706 undi kepada Karpal - masih memikirkan sama ada akan bertanding kali ini..
Hari penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor adalah pada hari Isnin, bertempat di Dewan Sri Pinang , manakala hari mengundi ditetapkan pada 25 Mei.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 17 pusat mengundi dan 139 saluran untuk pengundian biasa dan empat bagi pengundian awal .
Sehingga 17 April, kerusi Parlimen yang meliputi kawasan seluas 28 km persegi , termasuk kerusi negeri Paya Terubong , Air Itam dan Seri Delima - semuanya dimenangi DAP - mempunyai sejumlah 82431 pengundi berdaftar.
Posted by OMAK KAU!

1 comments:
Bukti Mat sabu dan Mahfuz bean menipu dan calon bebas bukan ahli UMNO. Bagaimana Kedua2 pemimpin pas bodoh ni boleh akses keahlian UMNO?http://paritbuntarrebels.blogspot.com/2014/05/prkbktgelugor-mat-sabu-mahfuz-penipu.html?zx=9ee103341247eee
Post a Comment