Monday, 5 May 2014

#GST: S/U ULAMA MUDA UMNO tuduh muslimah bertudung labuh sebagai PELACUR kelas atasan!

Selasa 6 Mei 2014
Dia bukan ulama...

Photo


Dikatakan inilah wajah Setiausaha Ulama Muda Umno (ILMU) yang membuat kenyataan yang agak biadap. Mohon supaya individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan tersebut..

INILAH WAJAH SETIAUSAHA ULAMA MUDA UMNO YANG HINA MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH SEBAGAI PELACUR KELAS ATASAN!!!!


Posted by 

Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menentang keras kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan Muslimah yang turun ke demonstrasi GST sebagai pelacur kelas atasan. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Mei, 2014.
Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menentang keras kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan Muslimah yang turun ke demonstrasi GST sebagai pelacur kelas atasan. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Mei, 2014.Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.
‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.
‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan ulama Umno  yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan  ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena