Saturday, 20 September 2014

GST 'Geng Songkok Tinggi' Jugak kena buang kerja?...Berbaloikah selama ini aku sokong UmnoBN!

Ahad, 21 September 2014
Gambar: FIKIR DAN NILAI SENDIRI ... BERBALOIKAH SELAMA INI MENYOKONG PADU UMNO/BN???????
http://omakkau.blogspot.com/2014/09/fikir-dan-nilai-sendiri-berbaloikah.html

FIKIR DAN NILAI SENDIRI ... BERBALOIKAH SELAMA INI MENYOKONG PADU UMNO/BN?


Tujuh orang lagi ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dipecat sejak minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 18 orang.

Presiden kesatuan itu, Abdul Razak Md Hassan memberitahu Malaysiakinisemalam bahawa tiga daripadanya adalah ahli jawatankuasa cawangan dan empat lagi merupakan ahli biasa.

Beliau mengulangi bahawa pemecatan itu tidak adil kerana ahli-ahli kesatuan hanya menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan yang sah, dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya campur tangan.

"Kami berharap Liow dan perdana menteri campur tangan dengan segera kerana mereka dalam kedudukan untuk membuat keputusan segera bagi menghentikan tindakan ini.

"Kami berharap perdana menteri akan campur tangan sebelum pemecatan merangkumi pegawai dan ahli kesatuan yang lain, kerana tindakan akan diambil terhadap semua 700 ahli yang mengambil bahagian dalam piket," katanya.

RUM mengadakan piket pada 9 Mei menggesa peletakan jawatan Presiden KTMB, Elias Kadir.

Pada 11 Septembr, kira-kira seminggu yang lalu, Abdul Razak mengadakan sidang akhbar mendakwa bahawa 11 orang telah dipecat, 88 orang diberi surat tunjuk sebab, dan 13 lagi telah digantung perkhidmatan berkaitan dengan piket itu.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena