Tuesday 23 September 2014

Jangan Bising Lagi La Kawan...4 Exco PAS Inilah Yang Tolak Kerjasama Dengan Umno

Rabu, 24 September 2014
4 exco PAS Selangor bukan pengkhianat tetapi penyelamat, kata Mahfuz 

Published: 23 September 2014
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyerang empat exco Selangor yang tidak meletakkan jawatan semasa pentadbiran Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak wajar. – Gambar The Malaysian Insider. 

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sikap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang masih menyerang PAS dan menuduh empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka sebagai pengkhianat kerana kekal mentadbir Selangor bersama bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mahfuz berkata, Lim perlu faham tindakan PAS Pusat mengarahkan exconya tidak meletakkan jawatan kerana mahu menyelamatkan Selangor daripada risiko pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akibat ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menjalankan fungsi eksekutif negeri.
"Menuduh exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau percaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu sedar wujudnya peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan terdapat sekurang-kurangnya empat orang exco bagi memastikan kerajaan negeri terus dapat berfungsi seperti biasa.
"Kepimpinan PAS sebelum ini beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai," katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Lim semalam yang menyifatkan empat exco PAS melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan enam lagi bekas exco DAP dan PKR.
Empat exco terbabit; Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan selepas exco lain dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa Lim supaya menghentikan serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.
Katanya, sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutamnaya membabitkan kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.
"Dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh semua parti komponen PR, maka kerajaan Selangor dan seluruh jentera PR wajib bergerak ke hadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, disebalik tuduhan pengkhianat yang dilemparkan Lim, mereka sebaliknya mempertahankan kepentingan PR dalam kerajaan sepanjang tempoh krisis.
"Contohnya mereka memastikan perkhidmatan Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program yang dirancang oleh exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.
"Empat orang exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun menurut Iskandar, sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap PR.
Mengulas pelantikan Azmin, Iskandar berkata ini masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama dan berharap prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Khalid akan dapat diteruskan.
"Bagi pihak empat exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak," katanya. – 23 September, 2014.
Posted by 

4 Exco PAS Inilah Yang Tolak Kerjasama Dengan Umno

KUALA LUMPUR: Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Begitupun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan seperti di bawah.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir. Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor. Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan. Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir Negeri Selangor. Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri. Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut. Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. 4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak. -HARAKAHDAILY 23/9/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena