Thursday 25 September 2014

Istiadat Angkat Sumpah MB S'gor....Anwar pulak yang masuk hospital...

Khamis, 25 September 2014
Posted by 

Surat terbuka kepada Azmin Ali, MB Selangor baharu

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 23 September 2014
Kepada Azmin Ali
Selangor mendapat menteri besar baharu hari ini dan Pakatan Rakyat (PR) dapat terus memerintah negeri terkaya Malaysia selepas sembilan bulan berada dalam keadaan politik kacau bilau yang menyebabkan rakyat tertanya-tanya mengapa ia berlaku.
Sejauh mana anda akan berbeza berbanding menteri besar sebelum ini di pejabat di Shah Alam, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?
Selama ini, anda berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal pembabitan kerjaya politik ketua umum berkenaan dalam PKR, sementara Khalid berpengalaman sebagai tokoh korporat hampir sepanjang hidupnya dan hanya terjebak dalam politik pada Pilihan Raya Umum 2008.
Sepanjang 6 tahun lalu, kita melihat Khalid berubah daripada seorang yang mentah dalam politik kepada individu yang mampu menggoyahkan partinya sendiri dan gabungan, menyingkir sekutunya, membuat perjanjian selepas bertahun-tahun menolak mereka, dan melukakan (PR dari dalam.
Ini adalah apa yang kami harapkan daripada anda apabila memulakan kerjaya sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.
1. Anda perlu mengelak perjanjian “pintu belakang” dengan individu berkuasa. Satu teori yang sedang tersebar adalah lobi-lobi besar bimbang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti menjadi batu penghalang kepada transaksi berat sebelah, dan sebagainya.
2. Anda perlu meminta pendapat rakyat Selangor mengenai projek besar dan sanggup memberi penjelasan mengenai rasional rundingan kontroversi seperti Lebuhraya Kidex.
3. Anda perlu adil dan saksama dalam berurusan dengan golongan minoriti di Selangor. Contohnya, daripada hanya sekadar diam dan melihat, anda mesti bersedia untuk bersuara dan bertindak apabila hak seseorang diganggu. Pentadbiran Khalid tidak berjaya menangani kes rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban awal tahun ini dengan baik.
4. Anda mesti berjimat cermat dalam menggunakan dana RM3 bilion dalam tabung kerajaan negeri. Wang itu milik rakyat, dan bukannya PR.
5. Anda perlu ingat anda berhutang taat setia kepada rakyat, lelaki dan wanita biasa yang menyokong PKR sejak penubuhannya dan berdiri di belakang anda dan parti anda walaupun ketika pada waktu paling sukar, apabila menjadi penyokong PKR adalah sesuatu yang tidak popular dan berisiko. Mereka yang berkuasa mungkin meminta sesuatu daripada anda tetapi hakikatnya anda berada di kedudukan anda sekarang kerana suri rumah di Sekinchan atau guru di Subang Jaya.
6. Anda perlu ingat ini adalah peluang terakhir PR untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia gabungan ini mempunyai idea dan polisi untuk mentadbir bukan saja negeri terkaya di Malaysia tetapi negara ini juga. Apatah lagi, "Langkah Kajang" bertujuan menyingkirkan Khalid yang membosankan dan menggantikannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamik, individu yang akan menggunakan Selangor sebagai negeri contoh inklusif dan bukan semata-mata polisi.
7. Tidak ada tempoh bulan madu. Anda perlu terus bekerja dan buat yang terbaik bermula dari Hari Pertama. Tidak adil? Tidak juga.
Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan banyak situasi mengarut sejak akhir-akhir ini. Ini adalah senarai perkara yang memalukan: pengkhianatan rakan gabungan; menyaksikan Perlembagaan dan peraturan undang-undang dimusnahkan; melihat seorang menteri besar yang enggan berganjak daripada jawatannya dengan cara terhormat; melihat PKR berdepan dengan satu demi satu keadaan huru-hara.
Kebanyakan pengundi sudah semakin hilang sabar untuk berdepan dengan lebih banyak lagi perselisihan dan kesilapan.
8. Anda adalah penjawat awam. Tidak ada aspek dalam hidup anda yang boleh diketepikan sebagai peribadi.
Sebagai contoh, jika ada rundingan antara anda dengan institusi kewangan atau entiti perniagaan lain, ia perlu diisytiharkan kepada parti politik anda dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
9. Anda berisiko ditahan dan menjadi sebahagian daripada ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun demi pilihan raya yang bebas dan adil.
Anda pernah diancam dengan tahanan tanpa perbicaraan dan undang-undang drakonian lain oleh rejim yang menunjukkan hanya sedikit hormat terhadap kebebasan bersuaran dan memandang hina peraturan dan undang-undang.
Anda memerangi golongan berkuasa selama lebih 20 tahun. Menjadi menteri besar tidak menjadikan anda sebahagian daripada golongan itu.
10. Lebih baik dikenang kerana melakukan perkara betul dan berpegang dengan prinsip benar daripada mengumpul kekayaan dan pengaruh. Adakah anda lebih rela menjadi Nelson Mandela, Ghandhi atau Marcos?
11. Kad laporan anda akan ditanda pengundi dalam tiga atau empat tahun, dan bukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), broker kuasa Umno,Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak.
Mendapat pengiktirafan daripada Utusan Malaysia atau media arus perdana lain adalah tanda pengakhiran dan bukan sesuatu yang membanggakan.

12. Janji anda adalah kepada rakyat Selangor. Seluruh rakyat, bukan hanya kakitangan awam atau ahli parti anda saja. Anda adalah menteri besar untuk semua. Berkhidmatlah untuk mereka dengan baik. Pujian akan datang daripada semua bahagian bila tiba masanya, bukan sekadar perkhidmatan awam atau parti politik yang berkepentingan saja.

Azmin, anda membawa beban besar selepas apa yang berlaku sepanjang 9 bulan lalu dan daripada penggal kedua PR sebagai kerajaan memerintah Selangor dari 2013.
Kebanyakan isu tercetus sendiri, sama ada oleh parti anda, beberapa pegawai atau malah rakan sekutu. Manfaatkan mandat yang masih bersisa untuk membuktikan anda adalah pilihan tepat dan Sultan Selangor tidak silap memilih.
Selamat berjaya, untuk anda dan seluruh rakyat jelata Selangor. – 23 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/surat-terbuka-kepada-azmin-ali-mb-selangor-baharu#sthash.NWZPdzmd.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena