Tuesday, 16 September 2014

Ulasan Mat Sabu: MUKTAMAR PEMUDA PAS...'Isu Pemuda Jaket Hitam Tinggalkan Dewan'

Rabu, 17 September 2014
BEBERAPA PERWAKILAN PEMUDA PAS KELUAR DEWAN KETIKA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.



Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'
Kedahkini.

Isu Pemuda Tinggalkan Dewan - Ini Ulasan Mat Sabu Yang Begitu Matang Dan Bijak

Tiada insiden perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor yang meninggalkan dewan ketika ucapan perasmian dimulakan, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu "penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan muktamar."


"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan hari ini.

"Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan," katanya.

Sebuah portal hari ini melaporkan seramai kurang 50 individu didakwa meninggalkan dewan dan mereka memakai vest tertera "Kami menyokong presiden dan ulama."

"Tidak, ini bukan tanda protes," kata Mohamad yang lebih selesa dengan panggilan Mat Sabu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga tidak dapat memastikan perkara itu kerana beliau tidak melihatnya sendiri.

"Saya tidak dapat pastikan...saya rasa itu tidak sepatutnya berlaku.

"Macam mana pun kita akan mendengar laporan nanti daripada uktamar Pemuda," katanya.

“Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya berada di hadapan," katanya ketika ditemui pemberita.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat turut bersependapat dengan Mat Sabu ketika ditanya perkara itu.

"Saya pun rasa begitu, mereka keluar solat," katanya.

Mat Sabu juga dalam ucapannya berkata, tiada pihak mempertikaikan kuasa Majlis Syura Ulama sebaliknya mereka hanya melakukan "semak dan imbang."

"Tiada siapa pertikaikan kuasa Majlis Syura Ulama, hanya semak dan imbang supaya ia dihormati dan terus memandu PAS," kata Mat Sabu. – 16 September, 2014.
BLM



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena