Wednesday, 17 September 2014

[Video] Panas! UMNO mulakan, kemudian DAP diikuti PKR, Semalam PAS pulak...Baru 'Bentak' Dah Nangis?

Rabu, 17 September 2014

Bermula dengan kempen pemilihan Umno. krisis perlembagaan DAP VS ROS, drama baling kerusi PKR dan kini krisis perlembagaan PAS.

Semua mata rakyat yang suka mengikuti perkembangan politik tanah air sekarang tertumpu kepada Muktamar PAS di Johor.

 

Muktamar panas, pengerusi dikejar ke hospital

Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS Kamal Ashaari berkata beliau sendiri akan membawa laporan daripada perwakilan Pemuda Puchong yang mendakwa terdapat perwakilan lima kawasan dari Johor yang tidak dipilih dalam mesyuarat tahunan mereka tetapi hadir pada Muktamar Pemuda PAS tahun lalu. 

Perwakilan lima kawasan itu turut didakwa terlibat dalam pemilihan dalam persidangan tahun lalu selepas dibangkitkan segelintir perwakilan kali ini yang bimbang PAS bakal diharamkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika laporan tahunan tahun  ini disahkan.


"Saya menerima laporan ini. Muktamar tidak ada autoriti (menubuhkan) satu jawatankuasa untuk menyiasatkan (laporan ini) yang dikemukakan malam ini.

"Muktamar (Pemuda) tidak ada jawatankuasa untuk menyiasat laporan ini, jadi saya memohon untuk membawa laporan ini diputuskan pihak beraurotiti atau Majlis Syura Ulama.

"Saya minta mandat dibawa di peringkat atas yang ada jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini," kata Kamal sambil majoriti perwakilan kemudiannya bangun memberi mandat kepadanya untuk membawa laporan itu diputuskan oleh pihak atasan.

Kamal juga menangguhkan perbahasan mengenai laporan tahunan selama 10 minit bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak atasan parti.

Selepas itu, majoriti perwakilan mengesahkan laporan tahunan Muktamar Pemuda PAS tahun ini melalui undian, tetapi status pengesahan kehadiran perwakilan dari lima kawasan itu - yang ada dalam laporan tahunan kali ini - diserahkan kepada pihak atasan untuk menyiasat dan memutuskan.

Kemudian, terdapat seorang perwakilan bangun membangkitkan rasa tidak berpuas hati - selepas ia disahkan dan memberi mandat - cuba menjelaskan situasi yang berlaku di beberapa kawasan di Terengganu pada 2009.

Berlinangan air mata

Bagaimanapun, suasana bising tercetus apabila ramai perwakilan lain menjerit dan melaungkan supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya dan kemudiannya melaungkan takbir, "Hidup Islam dan Hancur Taghut".

Susulan itu juga seorang perwakilan lain cuba menenangkan keadaan dengan meminta perwakilan menghormati keputusan yang dibuat oleh pengerusi tetap sebelum itu.

"Dua kali pengerusi beri peluang (kepada kita untuk selesai masalah ini). Saya minta hormat kepada pengerusi tetap," katanya dan suasana dewan ketika itu menjadi gamat dan riuh rendah.

Hal demikian kemudiannya, menyebabkan Kamal Ashaari mencelah dengan meluahkan rasa kesalnya nada yang sebak dengan air mata berlinangan.

"(Jika tidak sah) muktamar (dan pemilihan) tahun lalu, muktamar khas boleh diadakan untuk mengadakan pemilihan semula. Kita nak tolak, kita tidak ada autoriti untuk buat keputusan.

"Saya faham, kamu sayang kepada parti. Saya tidak mahu PAS diharamkan... Tolong beri mandat. Saya janji saya serah sendiri," katanya dalam nada sebak dan tersekat-sekat.

Selepas itu, beberapa minit selepas insiden itu selesai, Timbalan Pengerusi Tetap Riduan Mohd Nor memberitahu perwakilan bahawa Kamal dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.


sumber...malaysiakini

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena