GANDINGAN TAHAP KEPIMPINAN (PEMIMPIN) PAKATAN RAKYAT YANG UMNO TIDAK DAPAT LAKUKAN - TAHNIAH!
Ini dipetik dari Yong suka Kuning...Yong ulas dengan cukup berhemah. Makna kata tak la nak menafikan Anwar dan peranan sebagai cendiakawan di luar negara terutamnay Turki.
Heboh dalam dunia siber mengenai perlantikan Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia. Bagaimana pun dalam keadaan kesibukan beliau Anwar juga di iktiraf sebagai salah seorang cendiakawan... dan beliau diberi penghormatan sebagai salah seorang yang berucap di majlis tersebut...
PENGHORMATAN BUAT ULAMA MALAYSIA |
Ucaputama pada persidangan Antarabangsa Ulama di Istanbul itu pula disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim:
PENGHORMATAN BUAT KETUA PEMBANGKANG, MALAYSIA |
Ucaputama tersebut boleh di baca di sini
Tahniah kepada kedua pemimpin Pakatan Rakyat. Inilah gandingan perkongsian ilmu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh UMNO.
Semoga ilmu dan kepakaran yang ada pada kedua pemimpin ini dapat terus dikongsi bersama dengan kami rakyat Marhein.
Yang tak faham, tak boleh tak buat apa.
Hadi Pemimpin Besar Yang Banyak Kali Kecil Hati Dengan Anwar
Perwakilan dari Pulau Pinang, Muhamad Aiman Shamsul Baharin berkata, ahli Pas telah ditarbiahkan untuk menyatakan kesetiaan kepada pimpinan.
Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar sekiranya ahli mengeluarkan kenyataan yang membidas Presiden.
"Ada yang keluarkan kenyataan membabi-buta dan maki hamun Presiden. Adakah ini perangai kita?
"Jika ada yang tidak setuju dengan Presiden, jumpa secara peribadi dengan beliau dan tidak perlu buat surat terbuka. Atau jadikan muktamar sebagai medan lontar pandangan, bukannya di Facebook," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.
Sementara itu, perwakilan Kelantan, Nor Azarizan mempersoalkan sikap segelintir ahli yang dilihat lebih menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.
"Ada yang marah apabila Abdul Hadi buat keputusan yang dianggap bersifat peribadi. Siapa kita nak pertikaikan Abdul Hadi yang selama ini pertahankan Anwar?
"Sebenarnya Abdul Hadi dah banyak kecil hati dengan Anwar yang umum beberapa perkara yang tidak mendapat konsesus PR. Jadi reaksi yang dibuat Abdul Hadi adalah hasil tindakan rakan PR sendiri," katanya.
Manakala, perwakilan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim mempertikaikan politik budiman yang digagaskan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang dilihat hanya diamalkan untuk menjaga hubungan kepimpinan dalam PR tetapi tidak diamalkan kepada Abdul Hadi.
"Terbukti apabila Ketua Pemuda kita budiman tetapi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) langsung tidak budiman. Apabila dipertemukan dengan Presiden, dia mengeluarkan kata-kata nista yang mengguris hati kita.
"Kita juga minta Ketua Pemuda untuk melihat ke depan dalam kita berfikir mengenai budiman ini sedangkan kita tidak berbudiman dengan Presiden kita sendiri. Saya ikuti perbahasan sejak awal dan menunggu kenyataan Ketua Pemuda menyatakan sokongan padu kepada Presiden Pas secara rasmi," katanya.
- sinarharian
BLM
0 comments:
Post a Comment