Monday 29 September 2014

[Video] Keputusan yang sukar...Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini...

Selasa, 30 September 2014

Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?



PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.


PAS dikatakan bakal mendapat portfolio yang tidak penting.

Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui portfolio yang bakal dipegang.

Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.

Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin meminggirkan Exco daripada PAS.

Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Exco PAS yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena