Monday, 29 September 2014

Khalid meletak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?

Selasa, 30 September 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN PELABUHAN KELANG?



Angin bertiup kencang bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini.

Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, TSKI memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tiket PKR. Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor.

Jawatan Dato' MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

TSKI  meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya TSKI masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

TSKI juga dikatakan tidak berminat menyertai mana-mana parti politik sama ada Pas terutamanya UMNO.

Sebagai wakil rakyat bebas, TSKI dilihat akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih lagi dalam pertimbangan TSKI dan masih belum muktamad.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena