Wednesday, 3 September 2014

Mukhriz: Kedah dapat membangun hasil daripada sumber asli Sabah...Sabah pula 15 tahun dibelakang 'Malaya'?

Rabu, 3 September 2014
 ADAKAH RAKYAT SABAH MAU TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN?
Gambar: EDISI CUIT MINDA GUNA AKAL LOGIK ... ADAKAH RAKYAT SABAH MAU TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN?????
http://omakkau.blogspot.com/2014/09/edisi-cuit-minda-guna-akal-logik-adakah.html

Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini.

"Sama juga dengan Kedah yang mengeluarkan beras untuk semua negeri termasuk Sabah pada harga subsidi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat di negara ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini.

Mukhriz, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, amalan bantu-membantu antara negeri-negeri di Malaysia dipraktikkan sejak merdeka lagi.

Katanya, ini kerana para pemimpin terdahulu telah memberi formula perpaduan bagi menjamin kemajuan bersama rakyat di negara ini.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno Penampang untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya bukan orang yang sesuai berkata mengenai perpaduan kepada orang Sabah kerana Sabah lebih tahu erti perpaduan kerana mempunyai lebih banyak suku kaum dan agama tetapi saya berharap amalan kesepakatan di kalangan anggota Umno diteruskan. Jika tiada kesepakatan, rakyat akan tolak kita," katanya. - Bernama

7th August, 2014

KOTA KINABALU: Petronas tidak mampu untuk membayar 20 peratus royalti kepada Sabah kerana kos pengeluaran yang tinggi.

Naib Presiden Pengurusan Petroleum Petronas Malaysia, Adif Zulkifli berkata syarikat minyak kebangsaan itu telah membayar 10 peratus royalti untuk kerajaan Persekutuan dan Sabah membolehkan syarikat itu memiliki 90 peratus hasil untuk pelaburan semula dan keuntungan.

“Royalti ini sudah dibayar sejak 1976 dan kita mahu mengelakkannya selagi kita mampu untuk membolehkan kita membawa lebih banyak projek, lebih banyak penggalian semula dan penemuan yang kosnya amat tinggi.

“Pelaburan semula ialah 70 peratus dari hasil, hanya tinggal 20 peratus keuntungan yang dikenakan cukai sebanyak 38 peratus iaitu kira-kira lapan peratus dari jumlah hasil keseluruhannya.

“Ini bererti Petronas dan rakan kongsinya hanya tinggal 12 peratus selepas dikenakan cukai keuntungan yang biasanya akan dibahagi dua iaitu 50:50,” katanya semasa sesi taklimat kepada media di sini kelmarin.

Menurut beliau jika royalti dinaikkan kepada 20 peratus untuk Sabah, Petronas perlu membayar 25 peratus termasuk lima peratus kepada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, jika itu dilakukan, Petronas dan rakannya hanya mendapat 1.5 peratus hasil pendapatan sedangkan ianya membuat pelaburan besar terhadap projek itu yang akan membuatkan Malaysia menjadi destinasi kurang berdaya siang untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Posted by 


Pembangunan Sabah 15 Tahun Dibelakang Malaya?

KEADAAN di Sabah tidak bertambah baik seperti yang dijangka dan dijanjikan oleh Kerajaan. Sabah kekal sebagai negeri yang termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber semulajadi seperti minyak dan gas, perladangan, tanah dan hutan yang besar. Mengapa terjadi begitu?

Hanya satu penjelasan atas kesemua ini, iaitu Sabah tidak mempunyai pengurusan ekonomi yang baik. Ini telah ditunjukkan oleh bilangan pemohonan yang tertinggi di seluruh Malaysia untuk menerima wang BR1M. Ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan amat tinggi dan ini adalah benar kerana mengikut rekod menunjukan bahawa 42% daripada penduduk miskin di Malaysia adalah di Sabah.

Sebenarnya, dengan kekayaan sumber semulajadi, rakyat Sabah sepatutnya boleh menikmati faedah kemakmuran dan keselesaan. Rakyat di Sabah berhijrah ke luar negeri adalah satu lagi bukti, tambahan pula sebilangan besar golongan pemuda-pemudi pergi ke negeri lain untuk mencari kerja.
By : HIEW KING CHEU
Sabahdaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena